Friday, February 03, 2012

279 ~ Kecenderungan Ain..



Semakin Ain membesar.. akak perhatikan Ain semakin berminat apabila dipertanggungjawapkan untuk menjaga kucing. Membersihkan kandang kucing, memberi makan kucing sakit, membersihkan kucing yang sakit, mandikan kucing dan mengebumikan kucing. Bila ada kucing yang luka, kami akan mencari Ain untuk menguruskannya.

Dia seorang yang berseni.. Gemar melukis... Pernah membuat Kartun Animation melalui laptopnya...
Dan nampaknya dia sangat berminat membela binatang peliharaan. Tidak jijik menguruskan kebersihan kucing2... 

Baru ditugaskan memujuk UniQ masuk dalam carrier untuk dibawa ke Pet Shop...





UniQ cedera di leher mungkin kerana di kerjakan oleh Kelabu yang dah membunuh Shadow dan mencederakan Thung-Thung...




So Ain?
Nak jadi Vet seperti Mak Da???


5 comments:

  1. Lawa-lawa kucing tu kan? Haritu tengopk mata warna hijau, yang ini kaler biru plak. woooooo! comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing2 ni memang matanya macam2 kaler...
      kalau kita ada cenggitu, ganjil tak?
      ekekekeke...

      Delete
  2. saya pun rasa Ain sesuai jadi vet.
    bagus ada naluri ihsan pada haiwan.
    malangnya saya naluri penakut, kesian anak saya tak dapat contoh yg baik.
    nak tanya soalan kurang bijak. kalau nak kena rawat anjing boleh tak? kalau kat sini, ramai yg pets dogs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh madora...
      selalunya pet shop yg kepunyaan orang muslim jarang menerima anjing...
      dan orang bukan muslim yang membela anjing tidak akan menghantar anjing mereka kepada pet shop org muslim punya...
      lagi satu...
      jika sekiranya terpaksa merawat anjing... masih dibolehkan tapi kena samaklah. Sama juga dengan Ba Alif Ba Ya... boleh rawat tapikena samak..(pengalaman adik ipar yg jadi Vet kena posting kat ladang ba alif ba ya..)

      Delete
  3. thanks kak share with me. ye lah memang kena hilang rasa sensitif kerana mereka juga haiwan yg perlu dirawat.
    Alhamdulillah ada insan seperti adik ipar akak yg boleh membantu haiwan makhlukNYA juga. sebab tu kena ajar anak2 jgn rasa eee tak kira haiwan. tapi susah sikit, kita org melayu dah biasa bila lihat aje rasa eee padahal that's not right.
    nak kena reverse psychology bermula dengan saya hehe.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata