Friday, November 25, 2011

222 ~ Mari mengenal pokok yg biasa kita lihat...




Buah letup-letup ini sering terdapat pada pokok2 besar. Ianya jenis pokok tumpang... Namanya yang sering di kenali ialah Buah letup-letup. Bila picit buahnya yang bulat dan kuning, ianya ada bunyi 'pop'... dari situlah namanya diperolehi... ( Hahahahaha.... penuh konpiden beri ulasan sendiri.... Walhalnya nama pokok tu yg sebenarnya ikut IC kekdahnya... akak memang haram tak tau..... ) Buah ini menjadi faberet akak dan arwah Iqbal  sewaktu Iqbal masih kecik.... hehehehehehe...




Dan satu lagi pokok yang sering kita jumpa di semak-semak samun tepi lebuhraya dan tepi jalan bukit2.. ialah pokok yang ini. Bunganya berwarna unggu. Tah apalah namanya juga... Tapi kegunaannya.. jika sekiranya kita nak masak pucuk betik... kita gunakan pucuk pokok ini untuk kita rebuskan bersama-sama dengan pucuk betik tersebut agar dapat mengurangkan rasa pahit pucuk betik tersebut.... Arwah mak akak pernah guna... dan terbukti keberkesanannya...




Buah letup-letup dari sisi pemandangan dalam buah tersebut...
rasanya sedap manis dan sedikit masam-masam...





14 comments:

  1. pucuk betik boleh buat ubat gastrik, tapi pahitnya tuhan aje yang tahu... rasanya lagi ramai yang sanggup gastrik dari minum air pucuk betik tu, hehe

    ReplyDelete
  2. bukan pokok senduduk yang pepel tu?

    morning Akak!!

    ReplyDelete
  3. gambar kedua tu bukan senduduk ke akak?

    ReplyDelete
  4. Pokok senduduk.

    ReplyDelete
  5. tak pernah nampak. buah letup2 boleh makan eh. ajar2 lagi.
    anak2 baru belajar lagu tanya sama pokok, jumpa buku di library.

    ReplyDelete
  6. buah letup2 ni macam gooseberry jer ropa nya...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum makcik...dulu kecik2 dil penah tengok dan main buah ni..tapi..memang x tau blh makan...ish2....dan terima kasih kerana kongsi info..:-)

    ReplyDelete
  8. KOG..
    oh iyer ker? Bagus juga kita kongsi info sama-sama. Akak tak tahupun air pucuk betik ubat gastrik. Akak cuma pandai makan kerabu pucuk betik.. dan sedapnya...

    ReplyDelete
  9. doktor...
    morning doktor...:)
    betul.. dah u menyebutnya barulah akak konpem nama pokoknya. Nak tulis takut salah pulak... rupanya betul... :)
    Terima kaseh berkongsi info.

    ReplyDelete
  10. Eija..
    nampaknya dah konpemlah nama daun u daun senduduk bila ramai yg bagi maklumat... terima kaseh Eija.

    ReplyDelete
  11. Anon..
    terima kaseh bagi info.
    Bagus juga kita sama-sama bagi info bila akak tak tahu nama pokok.

    ReplyDelete
  12. madora...
    kalau dulu masa Iqbal kecik2 memang kami berebut makan buah ni.. tapi sekarang, akak tak berani nak makan. takut pulak keracunan ke apa ke... sekadar tengok saja...

    ReplyDelete
  13. Kak ezza..
    oh iyer? Gooseberry pulak yg saya tak kenal...
    kak ezza kalau jumpa tunjukkan nanti dalam entry ya...
    kita belajar mengenal pokok...

    ReplyDelete
  14. Dil..
    Waalaikumusalam..
    makcik pernah makan dolu-dolu..
    sekarang jumpa tak berani nak makan...
    tak jamin ya... :)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata