Tuesday, November 22, 2011

220 ~ Kisah semalam dan rindu pada Lek.



Balik dari Dialysis semalam... ambil anak dan sesudah solat zohor, akak bersiap ke KPJ Damansara. Teman sebilik dan rapat semasa buat haji 1992 dahulu Kak Hajah Munirah telah dikabarkan mengalami keuzuran... Perbualan dengan anaknya mengesahkan berita tersebut. Sebaik mengetahuinya akak dan suami pun pergi menziarahi beliau.

Sewaktu kami tiba, beliau sedang menjalani rawatan Physioteraphy.. menanti diluar sebentar, kami pun sama-sama kebiliknya. Alhamdulillah... Doktor Pakar Bedah juga telah memberitahunya bahawa ketumbuhan yang di keluarkan dari kepalanya sebesar bola tenis bukanlah kanser. Alhamdulillah... kabar yang sangat menggembirakan buat ahli keluarganya dan kami....





Dalam perjalanan pulang, hujan telah turun dengan lebatnya. Cadangan hendak berhenti makan di Cyberjaya dibatalkan dan kami berubah lokasi di Alamanda. Hujan2 dan sejuk2 begini memang sesuai bila kena dengan sup pedas panas-panas... Sama macam yang kami rasa di Phuket baru ni...

Rindu pulak pada Lek.. Chef kami sewaktu kami di Villa Sanyanga, Phuket...



Masakan yang hampir sama dengan yang Lek masak boleh di dapati di sini..




Baru tahu perbezaan tomyam di Thailand..
Jika yang jenis 'clear' - Bangkok Style
Jika yang jenis merah - Selatan Thailand
Jika yang jenis bersantan - Utara Thailand...

Selama hari ni tahunya makan sahaja...




Pilihan air akak
Virgin Blue Soda... Huh.. tak sedappp tah apa-apa rasa..




Pilihan Boss..
Apple dan Asam Boi... pun katanya tak sedap.. tak sepekat dan sesedap yang Qeeb selalu buat..




Starter
Popiah Udang..




Tomyam Oxtail...
Rekemen dari Chef..
sedap jugak..




Tomyam Gung...
Sebenarnya makna Gung - Tomyam Udang...




Daging black pepper..




Asparagus Udang




Kerabu mangga..



Ada pengajaran disini..
Jika hendak makan di luar.. jangan pilih hari Isnin.
1. Restoren yang buka hari ahad selalunya cuti hari Isnin.
2. Ada sesetengah restoren menjadikan hari isnin sebagai hari nak meeting dengan staff. Kita datang depa sibuk bermeeting... Bila ambil order dengan keadaan yang tension.. dahlah tak guna memo untuk ambil order. Ambil ikut mulut sahaja.. dan kemungkinan nak tertinggal order memang akan terjadi.
3. Kami order Soft Shell Crab, sampai kesudah tak sampai... inilah sebab degil tak mahu ambil order bertulis. Kita ni kan hanya manusia... tak boleh nak ingat semuanya...

Tak rekemen tempat ni.

10 comments:

  1. Akak
    You ke KPJ Damansara? Patutnya I kesana juga menziarah kenalan yang dah lama berada di ICU. Dia dapat radang paru2. Nak tunggu TB cuti jer nih, bolehlah kesana..

    Psst..habis ke lauk2 tu?? Tak bawak balik sket untuk Tamby? -CS-

    ReplyDelete
  2. soft shell crab adalah sedappppppppp......


    salam dan doa buat kawan Akak tu...

    ReplyDelete
  3. sedap. dgr khabar kat cyberjaya tu ada restoren 'fish castle' yg sedap gak..belum cuba, dgr khabar jer..

    ReplyDelete
  4. Kak som...
    Jalan ke sini berbelit2 jika ikut LDP.. tapi bila tgk betul2 mudah pula... selalu i sesat barat jika ke KPJ Damansara.
    Tamby disusukan oleh baby ching... Alhamdulillah. Baby Ching betul2 ada sifat kemanusiaan... Anak2 baby ching ada 3 ekor yg sebaya Tamby. Rezeki budak hitam tu...

    ReplyDelete
  5. AM..
    semuga dapat membantu.. :)

    ReplyDelete
  6. doktor..
    itulah yg kami order dahulu... itu pulak yg depa tak buat.. memang nak kena bakor jer kedai tu...

    ReplyDelete
  7. cikgu hani...
    sebenarnya.. Fish Castle ni.. sebaik kami tgk di JJCM terus pergi mencari isnin lepas... takder... ok.. kami ingatkan dia cuti isnin... datang lagi hari rabu... pun takder..tutup... rasanya dah tak buka di Cyberjaya.. tapi kabarnya ada branch di Damansara Uptown..nak cuba cari nanti...

    ReplyDelete
  8. syukur Alhamdulillah kak hajah munirah tidak menghidapi barah.
    semuga dikurniakan kesembuhan.

    oh tom yam 3 cara..budak kecik tu suka.
    popiah udang nampak sedap. jeles la kat sana tempat makan meriah. kalau saya kat sana, makin kembang la jadinya.

    ReplyDelete
  9. madora..
    Alhamdulillah...
    Kat sini memang banyak tempat nak makan... jika u lama disini, memang dapat akak bawakan ketempat2 makan tu... hmmm... kembang tak kembang.. tak jamin ya... :D

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata