Saturday, November 19, 2011

217 ~ Obertaim....



Hari ini tetaplah akak ke opis... obertaim kekdahnya....
Semalam datang ofis jugak... cuci 4 jam jugak... tapi tah dimana silapnya.. tarik air cuma dapat 1kg..
Datang dgn berat 67.3kg.. tarik 3.5kg.. tapi bila timbang selepas dialysis... berat 66.kg.. heran betul...
timbang lagi.. tengok org lain timbang.. timbang lg.. tetaplah beratnya 66kg.

Kita ni manusia.. adalah kesilapan di pihak kita.. mungkin waktu timbang mula2, akak tersalah FAndang... bukan 67.3.. mungkin 69.3kg.. hmmm.. entahlah... apapun akak datang untuk dialysis juga hari ini semata-mata nak tarik air...

Akak bawa Vaio kerana pembantu khas akak guna Ipad....
tapi bagus jugak sebab akak boleh buat entry secara lintas lansung kekdahnya... direct from ofis...

Nampak jari pembantu khas tetap sibuk walau dah diupah Ipad..




Pembantu yg sangat membantu.. Alhamdulillah...




Pesakit yg banyak beri keinsafan pada akak.
Beliau diuji dgn kanser tulang belakang dan kerosakan buah pinggang sekali...
Pegawai Kerajaan yg baru bersara sebabkan kesihatan. yg tidak mengizinkan.
Bila berbual dgn beliau, buat akak sangat insaf...



Pembantu menjamu selewa..
Sedap katanya..




Tunggu untuk 3jam untuk proses tarik air..

4 comments:

  1. mudah2an kesihatan akak sentiasa stabil..ida tk berapa faham kekdah rawatan dn 'proses tarik air'yg akak kata...tp ida harap semuanya ok...

    p/s harini pun ida obertaim...

    ReplyDelete
  2. saya adalah pembaca setia blog awk .. semuga awak tabah ..

    ReplyDelete
  3. Ida..
    terima kaseh.. nanti akak terangkan bila kita jumpa... memang kita akan jumpa bila anak Mak Uda kami nikah dengan sepupu Ida... :) Makin rapatlah kita yer.... Kita juga yg tak jumpa2 lagi...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata