Sunday, May 08, 2011

1032 ~ Semalam dan Hari ini...


Semalam

Bangun seawal 530pagi... Mandi dan siap-siap....

Sarapan di .....
Lunch di .....
Dinner di .....

Bila cerita pada Ja... jawapannya ' Sakan, Akak....'....

Hari Ini...

Bangun dah tak seawal semalam...
Tapi sempat balas sms.....

Bangun pukul 1130 pagi....

Mandi dan siap-siap untuk pergi kenduri.
Walaupun hanya terima jemputan melalui sms... tapi mengenangkan yang menjemputnya adalah sahabat di Mekah .. kenal betul2 depan Kaabah.....dan beliau adalah pengapit sewaktu akak bernikah dahulu.... memang kena letak tepi ego... Jika orang lain hanya menjemput melalui sms, memanglah tak akan datang.

Kami berkenalan betul2 depan Kaabah. Kami dari travel agent yang sama tapi tidak pernah hendak mengenal sebelum ini... bila satu malam tu kami ditinggalkan hanya berdua depan Kaabah oleh jemaah dan mutawwif... kami terus menjadi rapat. Saling menyenangi perawakan masing2 sebab walaupun dia seorang doktor pakar.. sikapnya yang tidak sombong dan berlagak membuatkan mudah sekali akak berkawan dengannya.

" U ni macam ada magnet, mesti nak cari you saja...." katanya selepas kami menghabiskan masa malam itu sama-sama dari isyak hingga subuh... kami terus menjadi akrab. Bila-bila hendak melakukan umrah tentunya dia akan datang ke bilik akak ataupun akak akan datang mencarinya ke biliknya... kadang-kadang akak mengikut dia pergi merawat jemaah yang uzur.... ( Steteskop Dr Ainy lah yang akak teringin sekali nak pinjam dan cuba dengar.. tapi malu...)

Akhirnya stetoskop Dr ini yang akak dapat.... hehehehehehehehe




Senyuman dari 4 anak dara...



Bila bertemu.... memang terasa hebatnya rasa persahabatan yang terjalin 20 tahun dahulu...



Rindu betul dengan Dr Ainy...
Tindakan yang bijak kerana memenuhi jemputannya dengan membuang ego sendiri...



Anak dan ibu...




Kenalan Dr Ainy juga adalah kenalan suami...



Alhamdulillah... dahulu Dr Ainy adalah pengapit kami...
gambar kami selepas 20 tahun...
(nanti akak nak scan gambar masa 20 tahun dahulu waktu resepsi akak bersama Dr Ainy)
Seminggu sebelum majlis pernikahan akak, setiap hari selepas balik dari bertugas, Dr Ainy akan singgah di rumah kami untuk melihat apa-apa yang perlu beliau bantu untuk menjayakan majlis tersebut.... bayangkan kalau akak ber 'ego' tak mahu hadir majlis resepsi anaknya... memang tak patut....
( Saja tulis di sini untuk pedoman akan datang... kerana walau lama tak berjumpa dan bermesra tapi kenangan budi yang diberikan lama dahulu tetaplah menjadi ingatan....)



rasa rindu hadir kerana adanya rasa sayang....

LUEM

4 comments:

  1. gambar kat atas tu macam Dr Ainy tengah pegang bahu doktor...hehheehe

    ReplyDelete
  2. another art of luxury is havng good friends

    ReplyDelete
  3. Fa..
    Dr Ainy bukan saja pegang bahu malah dia dok lap pipi kahar lagi...hehehehehehehehe...
    (Puas hati????)

    ReplyDelete
  4. cikgu hani....
    Yes, indeed....
    Persahabatan lagi lama terjalin lagi tinggi nilainya...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata