Ingin akak kongsikan disini antara Fadhilat Zikir yang selama ini akak pernah dengar tapi tidak mengambil perhatian... Bila Ustazah Hajjah Aslina memberitahu Fadhilatnya, akak mencari lagi Fadhilat yang akan membuatkan akak menjadi lebih Istiqomah (tetap mengamalkannya). Usia pun sudah semakin meningkat maka amalan pun harus ditingkatkan. Tak boleh lagi akak nak buat lebih kurang.
Petikan dari Kitab Fadhilat Amal Bab Pertama
Kelebihan Zikir.
Andai kata tidak terdapat mana-mana ayat atau hadis yang menyebut tentang zikrullah, namun tidak sepatutnya seseorang hamba Allah itu lalai daripada mengingati Allah Taala pemberi nikmat yang hakiki pada bila-bila masa pun kerana pada setiap saat, kenikmatan dan kurniaan daripada Allah Zat Yang Maha Suci begitu banyak dan tidak kesudahan serta tidak ada bandingan seumpama itu. Oleh itu, mengingati, menyebut, mensyukuri dan mengakui kebaikan pemberi nikmat yang sedemikian adalah suatu perkara yang terdapat dalam naluri diri manusia itu sendiri.
Daripada Surah Al-Baqarah : 152
" Maka oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu mengkufuri (nikmatku)."
Antara Fadhilat Zikir :
1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2. Zikir menyebabkan keredaan Allah swt.
3. Zikir manjauhkan dukacita dan kerisauan daripada hati.
4. Zikir menenangkan dan menggembirakan hati.
5. Zikir menguatkan hati dan badan.
6.  Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
7. Zikir menarik rezeki.
8. Orang yang berzikir diberi kehebatan dan kemanisan yakni orang yang memandangnya  akan merasakan kehebatannya dan dikurniakan kemanisan.
9. Zikir melahirkan cinta terhadap Allah swt dan cinta merupakan roh Islam, sumber agama,  kebahagiaan dan kejayaan. Sesiapa yang ingin mendapatkan cinta Allah maka hendaklah dia  berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana membaca dan muzakarah merupakan pintu  ilmu, demikianlah zikrullah merupakan pintu cinta akan Allah.
10. Zikir mendatangkan hakikat muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.  Martabat Ihsan inilah yang menyebabkan seseorang itu beribadat dalam keadaan seolah- olah dia melihat Allah.
11. Zikir membawa seseorang kembali kepada Allah. Sedikit demi sedikit Allah swt menjadi  pelindung dan pembantu dalam setiap keadaannya. Dalam menghadapi setiap musibah  perhatiannya akan tertumpu hanya kepada Allah swt.
12. Zikir menghampirkan seseorang kepada Allah swt. Sebanyak mana seseorang itu berzikir  makan sebanyak itulah dia akan hampir kepada Allah swt. Sebaliknya sebanyak mana  seseorang itu lali daripada zikrullah maka sebanyak itulah dia jauh daripada Allah swt.
13. Zikir membuka pintu makrifatullah.
14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah swt di dalam hati. Zikir melahirkan  tumpuan di dalam hati agar sentiasa ingat kepada Allah swt.
15. Orang yang berzikir disebut oleh Allah swt di majlisNya, sebagaimana firman Allah swt  dalam Al-Quran, " Ingatlah kamu kepadaKu, maka aku akan ingatimu." Juga diterangkan  dalam hadis, " Sesiapa mengingati Aku di dalam hatinya, maka Aku mengingatinya di dalam  hatiKu."
16. Zikir menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyyah rah. berkata bahawa zikrullah bagi hati  adalah seumpama air bagi ikan. Cuba fikirkan keadaan ikan sekiranya tanpa air.
17. Zikir adalah makanan bagi roh dan hati. Jika kedua-dua ini tidak mendapat makanan maka  adalah sama seperti badan yang tidak mendapat makanan.
18. Zikir membersihkan karat daripada hati sepertimana diterangkan dalam hadis bahawa  setiap sesuatu ada karat dan kekotoran yang tersendiri. Karat dan kekotoran hati ialah  keinginan nafsu dan kelalaian yang hanya akan dapat dibersihkan melalui zikir.
19. Zikir menjauhkan daripada dosa dan maksiat.
20. Zikir menghapuskan sifat keraguan daripada seseorang terhadap Allah swt. Sebenarnya  hati orang yang lalai itu diselubungi oleh sifat-sifat keraguan terhadap Allah swt. Sifat ini  dapat dihapuskan hanya melalui zikrullah.
21. Ucapan zikir yang dilafazkan oleh seseorang hamba itu akan menyebut-nyebut hamba itu di  keempat-empat penjuru 'Arasy Ilahi'.
22. Sesiapa yang mengingati Allah swt dalam kesenangan, Allah swt akan mengingatinya ketika  dia dalam kesusahan.
23. Zikir menyelamatkan seseorang itu daripada azab Allah swt.
24. Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah. Para malaikat mengelilingi orang-orang  yang berzikir itu.
25. Dengan keberkatan zikrullah, lidah terselamat daripada mengumpat, mencela, berdusta dan  percakapan yang sia-sia. Pengalaman dan kenyataan telah membuktikan bahawa sesiapa  yang membiasakan lidahnya dengan berzikir maka secara umumnya terpelihara daripada  perkara-perkara tersebut. Sebaliknya orang yang tidak membiasakan lidahnya dengan  zikrullah maka dia akan terlibat dalam segala jenis perbuatan yang sia-sia.
( Akan disambung lagi, Insya'Allah ).
 
memang teramat banyak fadhilatnya. walaupun senang nak amal tapi akan sentiasa menjadi lupa untuk dibiasakan. yang baik itu sebenarnya mudah, musuh yang membuat lupa dan rasa berat dan susah.
ReplyDeletelupa nak ambil makanan buat ruh sebab tu ruh sakit dan akhirnya mati. guru saya kata ramai sekarang 'mayat hidup.' yang hidup jasad tapi hati dah mati
madora...
ReplyDeleteAlhamdulillah... apa yg baik kita kongsi buat pedoman kita....
Muga hati kita tidak dibiarkan hingga mati sewaktu kita masih bernafas...Insya'Allah..
Jom berjiran disana...
TENKIU AKAK
ReplyDeletepB....
ReplyDeletejom kita bina mahligai kita disana....
insya'allah...