Monday, January 03, 2011

899 ~ Meriahnya opisku hari ini....

Berita baik..

Akak datang hari ini dengan berat 65.1kg...
tarik air 3.5kg..
Balik berat 61.9kg
Maknanya semasa hari sabtu dan ahad berat akak naik hanya 2.6kg..(sebab masa balik hari jumaat berat sebanyak 62.5kg)
Jika sebelum ini berat akak selalunya naik setiapkali hari sabtu dan ahad ialah 5/6/7kgs.....
tapi minggu ni dapat 2.6kg...
Adalah harapan nak dapat dry weight 61kg by hujung minggu ni dan x-ray jantung sekali...
Insya'Allah... (Maher Zain jerit kat belakang)
Alhamdulillah..all praises to Allah...(pun Maher Zain nyanyi kat belakang)


Akak tiba awal di opis pagi ini. Suami menghantar anak-anak ke sekolah manakala akak pergi sendiri ke opis. Bertemankan 2M... akak pun berdesuppp menyusur tepian pantai yang permai SILK highway menuju ke opis... Parking di depan klinik pakar masih banyak yang kosong... Boleh pilih.. mana-mana nak parking..

Masuk jer dalam opis.. kelihatan meriah bagai shopping complex baru bukak. Petugas sedang menjalankan tugas dan juga pesakit juga sedang bersedia untuk disambung ke mesin...

Kelihatan bibik sedang menyediakan singgahsana akak...
Uncle dan auntie Loo pun sibuk menyediakan diri untuk rawatan...
MA WA Lutfi (mentor akak ) sedang menjalankan tugas...



Dah tak tahu nak makan apa..
asyik2 nasi lemak..asyik2 nasi lemak...
kalau cengginilah lepas sakit ni sakit jantung tersumbat lah pulak..
puaslah pikir..
untuk kali yang ke 18nya, akak pun beritahu pada bibik tolong belikan nasi goreng... sebabnya 1-17 kalinya akak dah menyebut nak nasi lemak... kejap2 ubah fikiran.. dan untuk kali yang ke 18, akak bersetuju untuk dibelikan nasi goreng...
Mee Hoon akak tak beli sebab takder sambal sotong yang sama macam akak beli dekat dengan tangga Bata, Chow Kit Road... Sekali kunyah.... pergggghhhh nikmatnya.... serasa makan di tepi pantai yang permai...

Nasi goreng cili api dan ayam rendang...



Entah apalah punya malang... tak dapat nak makan nasi goreng dan ayam rendang tersebut... agaknya kilang cili api yang dah blender dah tertumpah masa depa dok goreng nasi tu... punyalah pedas...dan ayamnya rasa macam busuk semacam.. memang kalau akak makan alamat bertaburlah harta2 qarun.. tengah dialysis, mana nak cari petronas stesyen????

Dengan uncle ni,.. dah lama kami tak bersanding cenggini... dulu ingat tak akak cerita.. akak mintak kebenaran wife dia untuk duduk mengeseh dekat dengan uncle Loo sebab laptop akak wajib pakai power point sebab baterinya hanya tahan 2 jam... Dan power point tu betul2 belakang kerusi uncle... Hendak tak hendak... memang akak kena bersanding dengan uncle ini...
Tapi mujurlah... sejak akak mengebas laptop baru suami yang kuasa baterinya bertahan hingga 4jam.. akak dah tak pandang perlu duduk dekat uncle... Tapi aleh-aleh hari ni... kami duduk bersanding lagi... itu yang uncle tu menyengeh sebab dapat bini muda



Sebenarnya tiap2 kali dialysis pihak hospital ada menyediakan makanan sihat buat pesakit. Tapi entah mengapa sorang hamba Allah ni... dia tak pernahlah nak makan makanan yang disediakan oleh dietician pulak tu... dia asyik nak ikut piawaian tekak dia walaupun hampir mengorbankan nyawanya.... dah tak mahu membeli nasi lemak hari ni... akak pun makan makanan yang diberikan dengan meminta kicap dari boipren lama uncle Loo bagi menyedapkan rasa...
Perggghhhhhh.... taklah sesedap mana tapi bolehlah....

Bibik yang tukang ambil kicap dari beg uncle dan tuangkan pada pinggan akak..



Bila dah campur kicap masin tu... licin...



Apalah halnya budak Muiz ni tunduk depan akak ni...
Sebenarnya dia adalah salah seorang wonder pet dan dia sedang membantu akak dengan mengambil air yang baru dan disambungkan ke mesin...



Pasangan ini memanglah kelakar...
Masa akak duduk bertentangmata dengan uncle ni, dia memang selalu suka memerhatikan akak makan.. bila akak dah pindah jauh darinya.. tiap2 kali yang dia sempat dia akan datang jumpa akak... Tanya dah makan ke belum.. makan apa... Kalau dia tak datang bertanya, isterinya pulak yang akan datang bertanya... jika nampak macam air minuman akak masih ada dalam cawan tu, dia akan bertanya minum air apa? (brand apa?).. sedap ker tidak... ada sekali tu dia kata uncle suruh tanya... nanti balik uncle nak minum air yang sama... - Itu kisahnya another boipren akak....



Yang Muiz ni hari ni memang dia agak kerinduan sikit... Rindu pada SN Ros yang comel dan sweet tu. Muiz memang tak pandai menyembunyikan apa yang dia rasa.. Macam dia selalu tanya kenapa Qeeb dah tak datang menemankan akak... apa Qeeb buat kat rumah kalau tak datang ikut akak... kali ni, hatinya dah tersangkut pada SN Ros yang sememangnya disayangi oleh semua patient dan semua keluarga patient...

Saja akak mengusik dia dengan berkata Muiz harus menunggu lagi 4 bulan baru SN Ros turun bertugas semula di unit ini kerana setiap 4 bulan petugas akan bertugas bergilir-gilir antara wad dan unit dialysis.... jenuhlah Muiz menanggung rindu 4 bulan. Yang rindu seminggu pun dah azab.. inikan pulak 4 bulan... Kesian sungguh dengan Muiz ni...



Hari ni akak bertudung oren sama dengan warna tirai... hadoi..... kalau macam ni nak tukar kaler pink lah pulak...




Luv u bebs..

10 comments:

  1. Salam Akak.
    Saya sentiasa berdoa agar akak mampu mengontrol nafsu makan tu....anyway your entry is always interesting to read!

    ReplyDelete
  2. He he he colour tudung sama cam tirai..kelakarlah Rahmah..so ingat lain kali pakai colour lain tau..
    Aduhhh..favi akak nasi goreng cili padi, kena pulak ada rendang..emmm...heaven/nikmat.

    ReplyDelete
  3. Hikhikhik! Sungguh terperinci ceritanya. Cerita orang yg sedang kerinduan ni kan? kan?

    ~ nak sambung sengihhh....~

    ReplyDelete
  4. dapat saya rasakan kemeriahannya :)
    hilang sikit kemurungan masa dialysis :)

    ReplyDelete
  5. tang kaler tudung tu mmg x boleh blah la kak. hahahaha...lawak giler! (^_^)

    ReplyDelete
  6. Uncle..
    terima kaseh.. dan Insya'Allah akan cuba kuatkan semangat untuk mengawal nafsu makan....

    ReplyDelete
  7. kak nani..
    itulah namanya malang tidak berbau...
    boleh ker sama warna tudung dan tirai..
    rendang memang faberet saya...

    ReplyDelete
  8. azie..
    rindu ni satu anugerah juga, kan???

    ReplyDelete
  9. madora.. shift kami adalah antara shift yang terbaik pernah akak alami... kami dah mesra antara satu sama lain... Alhamdulillah.. macam2 peristiwa dan warna yg mewarnai opis kami... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Ai...
    memang tersangat lawak kan...
    mulanya tak perasan until akak tengok gambar ini semula.... bayangkanlah....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata