Friday, December 10, 2010

869 ~ Dah tiba Penang..

Siaran lansung dari Parkroyal Penang Resort... Batu Ferringhi...

Alhamdulillah.. kami dah selamat tiba di Penang. Sebaik habis dialysis tadi kami sekeluarga dah memulakan perjalanan ke Penang. Singgah sebentar di Shah Alam untuk solat jumaat kemudian teruskan perjalanan melalui Lebuhraya Guthrie...

Kawasan R&R Alma, berhenti untuk mengisi perut. hajat asalnya nak lalu ikut NKVE singgah di Kota Damansara makan Mc Donald 'drive thru' tapi salah simpang... terus bawak kami ke Lebuhraya Guthrie. Akur dengan ketentuan rezeki yang telah ditetapkan Allah.. lunch kami bukan dari Mc D, tapi nasi kukus ayam berempah...

Perjalanan diteruskan hingga ke Hentian Sungai Perak untuk akak dan anak-anak solat jamak Qasar dan Takhir... Sempat beli makanan ringan dan air kopi o ais pekat. Memang terangkat sedapnya.....

Tiba di jambatan pukul 645ptg. Sebaik tiba ditempat makan biasa kami, terus order makanan. Makan memang tak tengok kiri dan kanan dah....

Selesai makan terus ke hotel. Kali ini kami pilih hotel yang tepi laut kerana teringat nak main motor besar.... VVVVvvvvvrrrrooooooommmm.....

13 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat tiba di tempat yang dituju.

    Selamat bercuti ya KAK. Moga percutian kali ini lebih menyeronokkan dari sebelumnya.

    Ehemmm! Sebagai pemenang dan yg berjaya naik podium juara malam ni, nak mintak skit bleh?

    Kalu terjumpa Fridge Magnet lawo-lawo, sambor ler sebutir dua yaaaa...:D

    ReplyDelete
  2. azie..
    insya'allah....
    (untuk pemenang tempat pertama...)

    ReplyDelete
  3. Hikhikhikhik!

    kita acah-acah. Ingatkan dia dah tidor, rupanya masih jaga lagi.

    Selamat malam AKAK...

    ReplyDelete
  4. :-(
    .
    .
    .
    .
    Yg asyik kena tinggal
    Kak Long

    ReplyDelete
  5. Akak, I nak tanya skit, tolonglah jwb dgn jujur.. Kak Long Som tu ekceli anak tiri Akak ek?

    ReplyDelete
  6. kak long...
    ibu dah ajak dah.. kak long yang tak siap-siap...
    takpalah kak long.. kak long tengok-tengokkanlah umah ya....

    ReplyDelete
  7. ja...
    (bisik paling pelan....)
    ekceli anak tiri pun bukan....

    ReplyDelete
  8. Parkroyal ....banyak minah dan mat saleh tu.Masa swimming fool tu ..tutup mata yek....teringat masa terduduk kat sana dulu dulu.

    ReplyDelete
  9. cikgu...
    setakat ni nampak mak arab dan pak arab yang ramai...
    harap2 inah dan mat saleh tu dah pandai beli kain buat baju...

    ReplyDelete
  10. doktor...
    dah tanya tadi...
    tapi tak verannnnnniiiiii....
    org yg kendalikan water sport pun kata tak payah..
    nak naik water scooter.. hujanlah pulak...

    ReplyDelete
  11. Saya suka Parkroyal!

    Don't worry, minah2 saleh yg bergelempang kat swimming fool tu bukannya ramai yang menggiurkan tapi lebih banyak yang gedabak dgn bapak punya cellulite! Haishh... kesian depa tak sempat 'iron' kedut tu! wakaka!

    ReplyDelete
  12. lili...
    entry you yg lepas ada cerita pasal Park Royal..(itu pasallah kami tinggai sini...) memang best...
    musim cuti kali ni, ramai mak arab dan pak arab dari mat saleh.... kira okayyy...
    (see no evil....)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata