Friday, August 13, 2010

707 ~ Mistewi


1.

Ini adalah uncle Loo Eik Tong... LET...
Orangnya peramah dan cukup menghiburkan
kadang-kadang dia datang menyanyi-nyanyi
kadang-kadang dia turut menari-nari tarian opera cina..
apa pun dia memang baik...

hari ini petugas meminta dia duduk di tempat pesakit yang meninggal sebelum ini
rupanya ada cerita...
Uncle LET bermimpi arwahnya datang dalam mimpinya meminta seliparnya yang tertinggal
Esoknya bila dia datang ke Unit Dialysis
Petugas beritahu selipar arwahnya memang ada di situ tertinggal..
Mistewi kan...

2.

Satu ketika dahulu (25 tahun lalu) akak mengikut kawan pulang ke kampong datuknya
Malam tu akak bermimpi kawasan sekitar rumah kawan tu adalah beberapa buah kubur
Esoknya bangun pagi akak bertanya pada kawan tersebut
Dia bertanya atuknya...
Atuknya mengiyakan dan mengatakan memang ada kubur di penjuru kawasan luar rumah tersebut
Kubur dari satu keluarga...
tapi kubur lama...
Seram sungguh akak mendengarnya kerana 'ahli' kubur datang beritahu akak dalam mimpi...

Macam ni kesahnya... kena tanya Mistewi Nusantara nampaknya....

(Inilah uncle LET yang akak ambil gambarnya menggunakan hp camera... tak secantik cybershot tapi uncle ni siap kembangkan kipas lagi masa akak snap gambarnya.....)


Akak tak ambil curi-curi... dia rela posing....
Thank You, Uncle......

Nak ceritanya...
Uncle ni juga yang akan tolong akak kiranya akak kehabisan air...
Uncle ini akan datang borak depan akak menceritakan apa-apa sakit yang dia alami...
Kadang-kadang.. bila dua tiga pesakit/kawan2 dialysis datang borak depan akak.. terasa macam akak ada bukak kaunter untuk pengaduan...
Bibik seri pun rajin datang cerita masalah kerja dengan majikan cina...
You all pikirlahkan...
Patut tak..
Akak buat satu sign letak kat meja
Kaunter Pengaduan.....


20 comments:

  1. Mah,

    Ini macam kena panggil er...sapa ke nama dia tu..

    ...Zainal Ariffin Ismail!

    "Jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTEWI!"

    ReplyDelete
  2. pergh..mistewi sungguh!!!

    ReplyDelete
  3. Lili...
    Memang dari dulu i minat si Zainal Ariffin Ismail ni... seronok sangatlah i kalau dia nak melayan i... hihihhihi...(gelak ala-ala anak dawa.. gitu...)

    ReplyDelete
  4. Ai...
    Masa akak alami 20 tahun lebih kisah tu, akak tak kisah sangat.. tapi tetap masih ingat mimpi itu sejelas-jelasnya...
    tapi bila kesah uncle ni didatangi kisah yang serupa...
    Hmmmmmmm... memang mistewi...

    ReplyDelete
  5. Bukan setakat kaunter pengaduan jer KAK... siap buka meja jual keropok lagi. amacam? hehehehe

    ReplyDelete
  6. azie...
    jual keropok????
    mana nak dapat supplier nyer???
    (sambil jeling arah kemamang...)

    ReplyDelete
  7. Eh, baru pasan...I nombo wan kat sini! Huahuahua))) (gelak macam anak dawa sengau!)

    ReplyDelete
  8. lili....
    sekarang ni i perhatikan.. kat mana-mana pun u nombor one.... maybe sebab nama u ada 'wan'. i nak pergi jabatan pendaftaran negaralah.. nak tukar nama jadi Wan Rahmah... Hahhhhhhhh!

    ReplyDelete
  9. Pn Rahmah (eee,baru tau nama sebenar)
    Suka baca cerita pn yang ceria.Agak kalau semua macam tu,aman dunia.
    Anyway,makcik pun ada juga gift physic.Selalu dapat tanda kalau sesuatu tak kena.Mimpilah,mata berkejitlah,jantung berdebar.Itu yang selalu buat risau.

    ReplyDelete
  10. cikgu...
    Terima kaseh kerana rajin mengikuti cerita saya...
    Memang kalau kita dah terasa sesuatu akan berlaku.. hati akan menjadi risau dan berdebar...
    kan seronok kalau semuanya berita yang baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  11. salam akak
    sekarang ni akak dah tk mimpi mesteri lagi ke...

    idea yg bagus tu tp takut nanti tak terlarat nak layan..bnyk sgt pengaduan...

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan Mah,
    Bulan posa tetap ke opis gak kan..boleh posa tak masa tu? Uncle tu happy dan ceria jer nampaknya. Kekadang mimipi antara ruang utk disampaikan sesuatu massage..secara kebetulan ia benar2 terjadi biasanya..ikut pengalaman sayalah Mah.

    ReplyDelete
  13. Akak, tadi I dah baca n3 Akak ni, tp I tak berani nak komen.. I tetiba jd tatotttttt.. terus I lari pi umah KS, kekunun nak ngadu.. Blom bangun tidur lagi dia ghopa2nya!!

    Akak, apa uncle tu buat dgn selipar tu?

    ReplyDelete
  14. Ida...
    rasanya lepas mimpi kubur tu, dah tak mimpi lagi...
    memang akak tak akan buat kaunter pengaduan sebab nanti tak pasal=pasal.. BP akak yang mencanak naik...
    tak kose...

    ReplyDelete
  15. Yati...
    walaupun bulan pose.. saya tetap akan ke opis...
    tapi malangnya saya belum tahan lagi untuk berpuasa ketika dialysis... sebab kekadang rawatan dialysis ni boleh membuat seseorang itu jadi pening, cramp dan hypo... setakat ini saya belum berani lagi nak mencuba...
    mungkin juga ada mesej yg nak disampaikan melalui mimpi tersebut..

    ReplyDelete
  16. Ja...
    Jangan lawiiii
    jangan bergewappppp...
    Selipar tu dah pun dituntut oleh ahli keluarga arwah... tak dapatlah akak nak 'pos laju' kat u... hihihihihihi.....

    ReplyDelete
  17. boleh saja,
    jd tempat berkongsi bahu
    tak pun tempat luahan perasaan

    kak
    sungguh mesteri
    tp termasuk golongan insan terpilih jugakan? ;p

    ReplyDelete
  18. Akak!!
    hari tu..masa ayah saya meninggal..
    ada kazen saya telefon..
    tanya..
    'nak 'simpan' bila??'
    (saya sempat sengih lagi..walaupun tengah nangis..sebab teringat kat Akak..)

    ReplyDelete
  19. Sya...
    gitulah bila kami sesama kami...
    jumpa 3x seminggu
    memang dah macam saudara
    biarpun apa asal kaum nya...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata