Monday, August 09, 2010

698 ~ cucu


Sebaik kami tiba dari Penang mlm tadi bibik bagitau dia bawak balik anak baby ching yang baru dilahirkan 3 hari lepas. Bibik mmg sangat sayang baby ching kerana dia jugak yg bertanggungjawap sepenuhnya mmelihara dan memberi makan pada baby ching.

Akak lihat 'cucu'... comel.. ada 3 ekor semuanya. Baby ching tidak pula datang mencari anaknya.

'Atuk'nya diberitahu berita gembira. Atuknya terus turun dan melihat cucunya..

Atuknya terus keluar ke Vet bertanyakan bagaimana kalau baby ching merajuk tak mahu anaknya bila anaknya dialih-alihkan. Vet beritahu kemungkinan itu ada. Atuknya membeli beberapa kotak susu untuk cucunya dan juga botol susu.

Sebaik tiba di rumah, qeeb menyelia untuk memberi cucu-cucu minum... Bibik berjanji akan bangun setiap 2 jam untuk memberi susu. Antara ikhtiar kami memberi minum untuk cucu kesayangan kami.....

Nenek nak ambil gambar tp nenek teringat tak baik ambil gambar anak kucing baru lahir.... nanti, insya'allah kalau dah besar... nenek akan tunjukkan.

Seronoknya atuk dan nenek.....


7 comments:

  1. tahniah nek..skang dah bercucu. musti kiut2 sumenya...

    ReplyDelete
  2. Ai...
    thank you...
    mestilah.. tgklah nenek dan atuknya...
    (verangannyer.. kekonon dapat cucu betullll...)

    ReplyDelete
  3. amboi..seronok hang no...
    balik dari penang terus dapat cucu..
    tahniah...
    cucu jantan ke betina...

    ReplyDelete
  4. tak baik memisahkan kasih sayang ibu dan anakkk.....
    (hehehe...ada rasa gilti tak lepas baca stetmen tu...)

    ReplyDelete
  5. yani...
    belum sempat tengok jantina cucu... itu tak penting... nak make sure dia hidup yang paling penting sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. Doktor...
    bukan sengaja memisahkan ibu dan anak... baby ching pergi beranak kat rumah jiran cina. cina tu nak bela anjing.. sebab itu dia bagi semula anak-anak kucing tu.... ibu kucing tu pulak yg lebeh2 merajuk tak cari anak dia....
    sekarang doktor salahkan cina tu pulak....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata