Thursday, July 08, 2010

646 ~ Doktor gigi


Sejak dari kecil lagi.. Ain cukup suka memberitahu akak bila giginya perlu dicabut. Selalunya dia akan datang beritahu sewaktu gigi tersebut dah longgar dan mudah ditarik.
Berbeza dengan anak-anak yang lain. Mereka mendiamkan diri hinggalah gigi tersebut akak periksa selalu. Ingat lagi sewaktu pertama kali mencabut gigi anak yang pertama. Punyalah payah kerana perasaan kasihan dan tak sanggup melihat anak itu kesakitan bila dicabut giginya.

Pernah akak cuba ikat gigi dengan benang dan kemudian diikatkan pula pada pintu. Akak tutup pintu tersebut...si anak pun mengikut pintu yang di tutup itu... tapi... tak berkesan lansung. Akak cuba guna benang dan tarik sendiri.. tak sampai hati.. akhirnya akak buat appointment dengan doktor gigi untuk mencabut gigi pertama anak akak. Bila dah beranak ramai (40 orang)... akak dah mula berani dan hilang rasa kesian. Akak teringat taktik arwah mak akak yang beritahu "ala... mak tengok saja bukan nak cabut pun...". Tapi sebaik akak memegang gigi yang dah longgar itu, akak terus rentap dan tanggal... Dah tak kuasa nak angkut anak ke klinik gigi untuk dicabut oleh doktor...

Ain adalah anak yang paling mudah menjaga giginya. Dengan giginya kesemuanya baik tidak rosak seperti -budak gigi besi, gigi Ain sejak kecil dalam keadaan yang sangat cantik dan baik. Tepukan gemuruh buat ibunya yang rajin bersilat di dalam bilik air memastikan Ain menggosok giginya. Bila dah beranak yang ke 40, kerajinan dan ilmu persilatan itu dah habis......

Terjadilah babak menanti di hospital untuk mencabut gigi Aisyah dan menggantikan dengan Gigi Besi.....

9 comments:

  1. Salam cikMah..

    Ilmu silat yang ada tu jgn disia2kan.. Mana tau kot ada orang nak tempah bersilat kat majlis kawen ke, kaan? Ehehee.. guwau jer.

    ReplyDelete
  2. kak som...
    kalau u teragak nak booking utk majlis T dan D... bgtaulah...(sempat i larikan diri ke dunia ketiga..)hehhehehehehe...

    fa...
    anak2 akak simpan jer gigi2 tu. Ingat masa kita dulu, kita campak atas bumbung biar gigi yg akak tumbuh cantik...(entah apa2 TAH..KENA MENGENA KER?)

    ReplyDelete
  3. dulu2 anak2 saya terpengaruh katun..ada tooth fairy...
    ntah hapa2...

    ReplyDelete
  4. doktor,
    budak2 kat umah kita pun cenggitu... percaya ada tooth fairy jugak.... itu yg depa suka simpan gigi shendiwi...

    ReplyDelete
  5. Salam DM... bukan budak2 je takut cabut gigi.. mak budak pun takut jugak...

    ReplyDelete
  6. teringgat masa kecik2, gtulah gayanya cabut gigi...;p

    ReplyDelete
  7. sya...
    betul.. gitulah juga, gigi2 akak dicabut arwah ibu...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata