Sunday, July 04, 2010

640 ~ Pokok2 yang pernah Arwah Mak Tanam.

Sewaktu akak makan di gerai Kak Sham, kelihatan jiran yang tinggal bersebelahan dengan kedai Kak Sham mempunyai persamaan pokok-pokok yang sama dengan yang pernah ditanam oleh Arwah emak akak di rumah lama kami di Jalan Raja Muda. Rasa rindu dan kenangan lama mengimbau semula. Pokok yang tak dapat akak rakamkan gambarnya adalah Pokok Rambutan Masam, Pokok Kuini, Pokok Jambu Batu, Pokok Jambu Air, Pokok Pisang Nangka dan Pokok Nangka. Rumah akak dahulu memang mewah dengan pokok-pokok buah-buahan tempatan.

Pokok Bunga 'Spider Web'
Arwah Makcik Ramlah ada tanam beberapa rumpun dibahagian hadapan rumah kami. Memang cantik dan subur...Akak cukup suka melompat dari tangga rumah dan duduk di atas rumpun pokok ini... Boleh jadi Perang Sabil antara akak dan makcik Ramlah...

Pokok Puding..
Terdapat pokok puding berdaun lurus, puding berdaun lebar dan puding berdaun kerinting.


Pokok Nenas..


Pucuk Bebuas.
Sedap dibuat ulam dan dibuat masak lauk.


Poko Langsat. Di dahannya akan penuh dengan tangkai-tangkai langsat sewaktu berbunga dan berbuah...


Pokok Langsat.. Biasanya kecil dan rendang begini...


17 comments:

  1. Salam Rahmah, emm..mana lah dpt kita tanam lagi pokok2 buah2an mcm tuh dgn tanah sekangkang gorila kat KL, unless beli tanah lot bungalo lah..
    Pokok bunga bawang (lily) dan puding pula..hanya terdapat di sekolah2 saja sekarang nih..
    Tak per Rahmah, dusun kita kat Chow Kit, Buah aper saja boleh kita beli kat situ..he he he

    ReplyDelete
  2. salam


    pucuk bebuas????

    apa tu ????

    ReplyDelete
  3. Hmmm...sedapnya bebuas! Jarang jumpa sekarang ni.
    Mah, saya paling suka makan pucuk timba tasik. Lemak-lemak pahit gitu. Lagi satu yang saya belum berani cuba ialah sentang. Huh...pahitnya berdengung kata orang yang dah makan. Anyway, ulam2 pucuk kayu ni baik utk kita orang pompuan kan?

    Mah biasa tak masak rendang itik dengan daun puding tu? Saya rasa masakan ni 'staple' bagi orang Nogori.

    ReplyDelete
  4. Salam DM...beli tanah setengah ekar kat Kajang ke boleh buat kebun buah.... tp larat ke nak jaga??

    Nak mencelah sikit... lili.... KZ org nogori.. tak pernah pulak dengar puding tu dimasak buat rendang... ini satu penemuan baru...tak tau pulak puding tu boleh dimakan??

    ReplyDelete
  5. Kak Nani..
    rindu sungguh dgn suasana Kg Baru dulu2.. Kat laman rumah saya jer, ada macam2 buah2an. Kat Chow Kit, Kat Tesco.. dusun kita sekarng tapi mana nak sama pokok sendiri...

    pB,
    Tak tahulah apa org negeri lain panggil. Pucuk bebuas ni, rasanya lemak-lemak. Kalau buat masak lemak putih campur keledek... memang sedap. Dah lama tak jumpa.

    lili...
    tak ramai org yg kenal pucuk bebuas. Tapi u lagi handal.. pucuk timba tasik dan sentang.. i pun baru kenal. pucuk timba tasik bukan ker sama macam pucuk tangki?..
    I pun tak tahu daun puding boleh buat rendang dgn itik. U ni, hebatlah...

    kak zah..
    bila ingat pokok buah2an, ingin jugak beli tanah.. ttg nak jaga tu yg malas...
    kak zah...
    lili kena kongsi resepi dengan kita.... teruja jugak nak cuba daun puding dan rendang itik...

    ReplyDelete
  6. Mah dan Kak Zah,

    Saya tanya pernah ke, sebab kawan saya orang Perlis kahwin dgn orang Nogori. Dia citer bila balik kampung halam hubby dia, mak mentuanya suka menjamu derang dengan rendang itik letak daun puding! Hehe! Saya kata kat dia, kenapa tak cuba. Something new ni mesti sedap. Kalo tak tak kan ada orang buat, kan? Kawan I ni pelik sikit, tengok tempoyak pun dia heran!
    Saya yg jenis 'membujur lalu, melintang patah' pantang orang ajak mencuba masakan baru!!! HAHA! Tapikan tapi, bukan ler maknanya saya ni buruk makan pulak... hohoho)))

    ReplyDelete
  7. oopps...*halamAN

    typo yo!

    ReplyDelete
  8. Tengok semua tu, buat saya pun rindu pada halaman rumah BONDA saya di kampung. Dulu2 pun banyak pokok2 bunga pelbagai jenis dan warna...

    Rinduuuuu....

    ReplyDelete
  9. kak
    sya tak cam langsung pokok bebuas tu
    mungkin pernah tengok, tp tak kenal.

    ReplyDelete
  10. Akak, nih kali ketiga I mengomen namun I tak putus asa.. Nape you buat I cenggini?? (ibaratkan I cam Aisyah seketika ok?)

    You pernah dengar pokok cekra cekri tak?

    P/S: KakZah/Lili .. I orang noghori (Johor). Tak tanya eh? Takperlah, I peraMAH..

    ReplyDelete
  11. Di rumah Kpg Baru pada waktu itu ada pokok rambutan di depan rumah, pokok nona, pokok nangka. pokok kelapa dan ada juga spider lily dan pokok puding.

    ReplyDelete
  12. terpaksa mengaku, masih lemah dalam subjek `Mengenal Tumbuh-tumbuhan' dan juga `Ikan-ikan di Pasar'.

    ReplyDelete
  13. Lili...
    baguslah masih ada pokok2 yg u kenal, tp kami tak kenal.. boleh juga kita buka kelas mengenal tanaman disekitar anda..

    azie..
    suasanakg baru masa tahun 1970, memang begitu kekampongan.. akak pun rindu...

    sya..
    mungkin kat kampong u, lain namanya...

    kak som..
    sowwy... i pun tak tau kenapa jadi cenggitu....
    pokok cekra cekri pun kali pertama i dengar...
    kita memang kena ambil gambar pokok2 lama dan tunjukkan pada semua geng2 kita... jadinya kita akan saling tahu apa nama pokok2 di sekitar kita.. takdirnya u terjumpalah pokok cakra cakri.. u ambil gambar kemudian tunjukkan pada kami.. kami pun boleh kenal dan belajar...

    kak hajah nora..
    kalau dulu memang kg baru ada macam2 pokok. pokok bunga tanjung dan cendana pun ada...

    fa...
    nampaknya student pertama kami ialah u... u kena selalu ikuti pelajaran mengenal tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan di pasar.... i akan buka kelas...khas untuk you.

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Mana nk cari pucuk bebuas ye
    Kt chow kit Ada ke?

    ReplyDelete
  15. Salam..
    Mana nk cari pucuk bebuas ye
    Kt chow kit Ada ke?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata