Sunday, July 04, 2010

637 ~ Kisah Hari Ahad pulak....(Sebelah Pagi)


Ini adalah gambar rumah lama akak. Sempat akak rakamkan semasa akak masuk kedalam kawasan rumah lama akak. Gambar yang sempat akak rakam melalui kamera henfon yang selalu jammed. Rumah akak yang sekarang dah jadi bilik pameran kereta. Selepas tangga, adalah bahagian bilik air rumah akak. Pintu kayu dan dinding batu dan ditukar dengan dinding kaca.



Bangun pagi, suami pulak yang menyuarakan rancangan ingin bersarapan di luar. Akak mencadangkan kami ke Kg Baru untuk menikmati nasi lemak kak sham yang tersohor tu. Lihat jam dah pukul 900pagi. Akak pun menalipon kak sham bertanyakan samaada nasi lemaknya ada lagi atau tidak... katanya ada lagi... ok.. setengah jam lagi akak sampai....

Dekat sejam jugalah baru nak sampai ke Kg Baru... dengan nak mandinya... pakai bajunya... bersiap-siapnya... akhirnya sampailah juga....

Inilah pujaan hati akak... Nasi Lemak Kukus Original dan sambal original..... (banyak sangat kedai yg jual nasi lemak kukus tapi tak sama dengan ini.... Inilah yg paling sedap dan tersohor..)



Lepas makan, perut pun dah kenyang, hati pun dah senang. Dah terlanjur bawak DSLR, akak pun mengambil gambar sekitar kedai Kak Sham. Terdapat satu pohon yang rendang dan dahulunya daun ini akak suka buat ulam ataupun masak kuah lemak. Arwah makcik Ramlah amat mengemari pucuk ini dan selalunya menjadi lauk kami dimasak lemak putih dengan keledek dan dimakan bersama-sama sambal belacan. Sedappppppp... tak terhingga.....
Namanya adalah Pucuk Bebuas.
( Ada sesiapa yang pernah kenal dan masih ingat??????? )


Olehkerana semalam akak cuma bawa henfon saja dan bila nak ambil gambar, henfon jadi jammed.. hari ini akak ambil gambar sewaktu kereta melintasi depan rumah akak yang dahulu di Jalan Raja Muda. Inilah rumah yang dahulunya rumah papan tempat akak membesar. Emak akak menukar menjadi bangunan rumah kedai pada tahun 1980.


Di sinilah dahulunya Kediaman Menteri Besar Selangor. Datok Harun Hj Idris.


Akak memang selalu berjalan-jalan di sekitar Kg Baru kerana ingin mengenang kembali jalan-jalan yang akak sering lalui sewaktu akak berulang alik di sekitar kampong baru sewaktu membesar dan mendiami kawasan ini.

11 comments:

  1. Muakakaakakaaaa...

    Dpt nomor siji kat sini!!

    ReplyDelete
  2. Ni baru nak ngomen..

    Nak tanya skiiitt je.. Apa kena mengena mandi pagi dgn mamam nasik lemak?

    ReplyDelete
  3. Ja...
    selamat bertemu malam ini...
    Apa kena mengena mandi pagi dengan mamam nasi lemak..
    okay.. satu..
    kalau tak mandi.. badan tak berapa nak segar.. kena pulak nasi lemak yang mengandungi banyak lemak.. mata boleh jadi tersangatlah berat. Nak buka luas-luas tak boleh. Membahayakan diri shendiwi dan orang sekeliling....
    dua...
    bila tak mandi.. badan menjadi agak tak wangi.. penjual nasi lemak tentunya akan menaikkan harga dengan begitu mendadak apabila terbau badan kita kerana kalau boleh dia dah tak mahu kita datang lagi ke kedainya... bila dia beri harga mahal, sudah tentu kita marah dan tak datang lagi...
    tiga...
    sangatlah tak menjaga kesihatan bila tak mandi dan makan nasi lemak....
    S E T U J U????????

    ReplyDelete
  4. ehem..cerita pasal mandi ye?
    Tak setuju.
    Lepas makan nasi lemak, badan kita akan dipenuhi dengan lemak. Kita perlu bersenam untuk membuang lemak tersebut. Sebab esok kita nak makan nasi lemak lagi. Kalau kita bersenam, kita akan berpeluh. Jadi amatlah rugi kalau kita mandi terlebih dahulu. Mandi 2x sebelum dan selepas makan tak digalakkan kerana berlaku pembaziran air di situ. Jadinya, mandilah selepas bersenam selepas makan nasik lomak...heheheheee....

    ReplyDelete
  5. kak
    dulu sya suka gak pergi ke sana
    tp sekarang ramai sangat orang seberangkan...

    ReplyDelete
  6. kak
    kalau sya tak mandi pun boleh makan...
    lagi pun yang memandu enpakwe, jdnya kalau dah makan konyang, lolap jo mato.. ;p
    hheheheheh. ;p

    ReplyDelete
  7. Fa..
    apapun akak lebih suka mandi dahulu sebelum makan nasi lemak. Dan kalau berpeloh, akak akan mandi lagi sekali... kami di Selangor membayar bil air murah sekali...

    Sya..
    memang sekarang terlalu ramai org indon.. tapi yg bestnya masih ada orang asal Kg Baru....
    Tapi kan.. kalau kita tertidor... suami kita takda geng nak borak2 dan gurau-gurau... sunyi dier...

    ReplyDelete
  8. Salam DM... kenangan KZ pasal Kg.Baru ialah pasar minggunya. Kami dari kg jarang datang ke KL... jd bila sesekali dtg arwah mak mesti nak pergi pasar minggu... looking forward...kalau tak singgah tak sah kekdahnya...shopping....semua nak borong... mlm tu jugak balik ke NS.. sampai rumah dah pagi tp arwah mak hepi giler

    ReplyDelete
  9. salam kak zah...
    wah! ini kes lagi special... sanggup ke kg baru semata2 ke pasar minggu.... dulu memang best ke pasar minggu.. semua orang kita... sekarang dah byk indon... rasa dah macam mini jakarta....

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka Kampung Baru... suker sangat. Rasa kampungan gitu....

    ReplyDelete
  11. azie...
    kalau dulu lagi seronok Kg Baru... sekarang dah mini jakarta....
    sedih lah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata