Thursday, May 27, 2010

Hantar anak sendiwi...


Seperti yang pernah akak ceritakan sebelum ini, anak-anak pada mulanya akak gunakan perkhidmatan hantar dan ambil kesekolah melalui seorang teman yang juga menjalankan perkhidmatan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah.

Memandangkan terlalu banyak murid yang diambilnya, anak-anak akak dimasukkan dalam shift pertama. Belum pukul 630pagi, anak-anak akak sudah bersedia di muka pintu. Jika terlambat, anak-anak akak akan dimarahi dan sepanjang jalan menuju kesekolah akan terdengarlah bebelan dari pemandu tersebut. Sekali dua anak mengadu, akak diamkan saja kerana keadaan akak dan suami tidak membolehkan kami terlalu cerewet. Dah ada orang sanggup ambil dan hantar budak-budak pun kira dah syukur Alhamdulillah.

Sehinggalah pad suatu hari, pemandu tersebut telah meninggalkan anak ketiga akak iaitu Ain yang berusia 10 tahun di sekolah. Pemandu tersebut tidak pula memberitahu akak mengapa Ain ditinggalkannya. Sehinggalah bila kakaknya yang sulung tiba dirumah memberitahu akak. Mestilah terkejut akak jadinya. Akak terus menaliponnya dan jawapannya, " Saya nampak begnya tadi, tapi Ain takda.. jadinya saya tinggalkan saja...". Itukah jawapan yang sehabis baik yang pemandu tersebut boleh jawap jika terjadi apa-apa kepada Ain?

Pemandu tersebut seorang yang tidak mahu berlebih kurang. Dia hanya mahu ikut peraturannya. Itulah yang akak dengar dari kawan-kawan sebelum ini. Tetapi apabila akak merasakan tidak dapat berkejar mengambil anak waktu hari akak dialysis dan suami pula makin sibuk urusannya... akak menghampiri si pemandu dan meminta bantuan untuk menghantarkan anak-anak akak. Sejak dari tahun lepas, akak gunakan bantuan beliau untuk menghantar anak akak yang bersekolah petang, kerana memang selalu anak akak datang kesekolah lambat kerana waktu akak habis dialysis pun kadang-kadang lewat.

Bila kami bincangkan suami isteri, kami mengambil keputusan supaya tugas menghantar dan mengambil anak menjadi tugas kami. Kami cuba datang lebih awal dalam memastikan pada hari dialysis, akak dapat habiskan sesi cuci darah selama 4 jam itu habis awal dan anak yang bersekolah petang tahun lepas dah sekolah pagi bersama-sama kedua2 anak yang lain. Dah satu sesi semuanya. Memang terkejar-kejar masa tapi agak relak dari dahulu kerana kami pastikan tiada anak yang akan tertinggal.

Keadaan sekitar sewaktu menghantar anak yang pertama.. kedudukan sekolahnya yang dilalui terlebih dahulu menjadikan Qeeb penumpang pertama yang diturunkan.

Qeeb dah turun... tinggal dua sekolah lagi....


Ain pula dah turun... sekolah kakak pula...

Kakak pula dah tiba di sekolahnya....

Penumpang semua dah turun... Tinggal ibu dan abah menuju ke hospital..... tapi singgah dahulu di warung makcik jual nasi lemak di Esso/Shell Kawasan Perindustrian Bangi.

5 comments:

  1. demi anak2 kan kak?
    tp mmg kebanyakkan pemandu mcm tu la. di jerit2kan bebudak tu. sian tengok.. :(

    ReplyDelete
  2. Gelap lagi anak dah sampai sekolah..
    Teringat juga masa anak2 kak nani pergi sekolah..kami keluarga tentera ada perkhidmatan dan penghantaran ker sekolah.
    Syukur Alhamdulillah Rahmah suami isteri sgt perihatin akan keselamatan anak2.

    ReplyDelete
  3. sama dgn sya kak
    tak sanggup tengok anak anak naik bas ke van berhimpit2,
    biasa enpakwe kepejabat terus hantar anak kesekolah, sya ambik dari sekolah, tak pun ikut siapa yang sempat
    biarlah hantar sendiri puashati

    ReplyDelete
  4. Saya tidak ingat bila kali akhir anak2 saya naik van sekolah, itupun cuma anak pertam dan kedua sahaja.

    Yang 4 lagi, tidak pernah naik bas sekolah, semua TOKLAKI hantar wpun sampai 2 kali ulang alik. Pagi2 selalu jem di jalan besar, wpun tak jauh, tapi sebab kena seberangi main road, hantar dgn motor lebih mudah.

    Letih juga, tapi yg penting2 anak-anak sangat happy dan kita ibu bapa pun happy jugaaaaa....!

    ReplyDelete
  5. Ai,
    yup.. demi anak-anak
    diturutkan jua...

    kak nani,
    kalau dgn pemandu dulu, 630pg anak2 dah terayap2 kena jalan dalam gelap ke sekolah. Minta hantar bahagian depan sekolah katanya jauh.. di hantarnya di bahagian belakang sekolah yg sunyi sepi dan bersemak. Ngeri nak memikirkan segala kemungkinan. Alhamdulillah... anak2 selamat dan tiada apa2 yg tak diingini berlaku.

    sya,
    anak2 akak pulak tak mahu naik bas kuning ramai-ramai begitu... sebab tu pilih pemandu kereta persendirian.

    azie..
    memang letih ambil dan hantar anak.. tapi demi nak pastikan anak kita selamat.. baiklah buat sendiri...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata