Sunday, July 24, 2016

738 ~ Beraya...


Tahun lepas akak lansung tak dapat beraya. Baru hari raya kedua, akak dah terlebih air. Jadi sesak nafas sewaktu masih di Melaka lagi. Mula terasa sesak pada malam hari raya kedua. Malam tersebut adalah malam sabtu... Akak dah tak boleh bernafas dengan sempurna.

Suami akak nak bawa balik ke Hospital Serdang tapi akak rasakan boleh bertahan kerana mmg tak mahu menyusahkan petugas yang sedang beraya kena datang oncall pula. Selagi akak masih boleh bertahan akak cuba tahan.

Waktu ini belum beli Mesin Oksigen. Akak bernafas dengan bantuan Nebulizer dan berpuasa pada hari ahad. Seharian juga menggunakan nebulizer sebelum kami balik ke Bangi hari ahad malam isnin. Sepanjang perjalanan mesin nebulizer terpasang utk membantu akak bernafas.

Malam isnin akak masih belum mahu  dibawa ke hospital kerana pagi esoknya akak dah dijadualkan dialysis. Syukur Alhamdulillah akak masih mampu bertahan. Oxy meter sentiasa berada di jari bagi mengetahui tahap oksigen akak. Syukur Alhamdulillah kami punya semua peralatan yg diperlukan.

Raya tahun ini akak memang agak berhati2 tidak mahu mengulangi kisah raya tahun lepas. Jalan beraya pun dikurangkan.... Jumlah minum pun kena kurangkan. Bila dikenang2kan mmg banyak rumah yg akak tak sempat nak pergi beraya.

Di sini juga akak mengambil kesempatan meminta maaf kepada sahabat Blogger yg pernah menjemput akak hadir ke
Majlis perkahwinan anak mereka. Bila
tiba hari sabtu dan hari ahad.. Akak kena  lebih berjaga2 dengan jumlah pengambilan air. Banyak jemputan yg berlansung hari sabtu atau ahad tidak dapat akak penuhi. Mmg terasa sedih, tp ianya perlu dilakukan. 

Kecuali jika akak berpuasa hari sabtu, bolehlah akak hadiri majlis hari ahad.. Jika tak berpeluang puasa pada salah satu hari, selalunya akak mmg tak akan kemana2.

Begitu juga dengan berpuasa.
Dalam seminggu hanya 4 hari sahaja yg akak boleh berpuasa. Tapi kekadang dalan 4 hari itulah nak bawa anak2 makan diluar... Beriadah sekeluarga... Jadinya peluang nak puasa dah terlepas.

Malam td baru berpeluang beraya dengan saudara mara yg paling akak sayangi. Itupun sebab akak dah berpuasa hari sabtu dan ahad.


Raya minggu lepas..



Dengan teman2 lain.. Akak sedang mencuba nak ziarah raya dalamasa satu dua hari ini. In syaa ALLAH.

Tahun lepas rata2 teman2 dtg ziarah dan beraya dengan akak dirumah. Akak mmg tak berpeluang lansung keluar beraya.

Semuga ALLAH beri akak kesihatan yang baik dan dapatlah akak beraya bersama teman2 yang akak tak berpeluang nak beraya pada tahun lepas.

آمــــــــــــــــــين  يا ربّ العالمين


4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Dik...

    Raya kakcik tahun ini memang rasa agak suram. Mungkin sebab hati kurang ceria. Jomlah kita berjumpa di rumah Dato' Abdullah (Musholla Ihsan) pada 31/7/ nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kakcik...
      Saya doakan semuga hati yg gundah gulana itu sudah terubat saat ini.
      In syaa ALLAH
      Saya mmg teringin sekali join pertemuan raya di Musholla Ihsan. Jika kesihatan membenarkan, saya pasti akan turut serta. In syaa ALLAH.
      Terima kaseh atas pelawaan kakcik.... Dahlama tak jumpa kakcik....

      Delete
  2. Kak.

    Jaga kesihatan dulu kak...Itu lebih penting....Dulu sewaktu saya sibuk bekerja (la ni kurang sibuk) bila saya ditanya kenapa tak bercuti raya, saya selalu menjawab..."takpa...raya tiap-tiap tahun ada....miss tahun ni, tahun depan ada lagi!"....

    Anyway, saya rasa kawan-kawan kakak tentu faham...lastly you take care, maaf zahir dan batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh Uncle..
      In syaa ALLAH

      bilalah berpeluang nak bertemu uncle ni ya?

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata