Sunday, July 24, 2016

738 ~ Beraya...


Tahun lepas akak lansung tak dapat beraya. Baru hari raya kedua, akak dah terlebih air. Jadi sesak nafas sewaktu masih di Melaka lagi. Mula terasa sesak pada malam hari raya kedua. Malam tersebut adalah malam sabtu... Akak dah tak boleh bernafas dengan sempurna.

Suami akak nak bawa balik ke Hospital Serdang tapi akak rasakan boleh bertahan kerana mmg tak mahu menyusahkan petugas yang sedang beraya kena datang oncall pula. Selagi akak masih boleh bertahan akak cuba tahan.

Waktu ini belum beli Mesin Oksigen. Akak bernafas dengan bantuan Nebulizer dan berpuasa pada hari ahad. Seharian juga menggunakan nebulizer sebelum kami balik ke Bangi hari ahad malam isnin. Sepanjang perjalanan mesin nebulizer terpasang utk membantu akak bernafas.

Malam isnin akak masih belum mahu  dibawa ke hospital kerana pagi esoknya akak dah dijadualkan dialysis. Syukur Alhamdulillah akak masih mampu bertahan. Oxy meter sentiasa berada di jari bagi mengetahui tahap oksigen akak. Syukur Alhamdulillah kami punya semua peralatan yg diperlukan.

Raya tahun ini akak memang agak berhati2 tidak mahu mengulangi kisah raya tahun lepas. Jalan beraya pun dikurangkan.... Jumlah minum pun kena kurangkan. Bila dikenang2kan mmg banyak rumah yg akak tak sempat nak pergi beraya.

Di sini juga akak mengambil kesempatan meminta maaf kepada sahabat Blogger yg pernah menjemput akak hadir ke
Majlis perkahwinan anak mereka. Bila
tiba hari sabtu dan hari ahad.. Akak kena  lebih berjaga2 dengan jumlah pengambilan air. Banyak jemputan yg berlansung hari sabtu atau ahad tidak dapat akak penuhi. Mmg terasa sedih, tp ianya perlu dilakukan. 

Kecuali jika akak berpuasa hari sabtu, bolehlah akak hadiri majlis hari ahad.. Jika tak berpeluang puasa pada salah satu hari, selalunya akak mmg tak akan kemana2.

Begitu juga dengan berpuasa.
Dalam seminggu hanya 4 hari sahaja yg akak boleh berpuasa. Tapi kekadang dalan 4 hari itulah nak bawa anak2 makan diluar... Beriadah sekeluarga... Jadinya peluang nak puasa dah terlepas.

Malam td baru berpeluang beraya dengan saudara mara yg paling akak sayangi. Itupun sebab akak dah berpuasa hari sabtu dan ahad.


Raya minggu lepas..



Dengan teman2 lain.. Akak sedang mencuba nak ziarah raya dalamasa satu dua hari ini. In syaa ALLAH.

Tahun lepas rata2 teman2 dtg ziarah dan beraya dengan akak dirumah. Akak mmg tak berpeluang lansung keluar beraya.

Semuga ALLAH beri akak kesihatan yang baik dan dapatlah akak beraya bersama teman2 yang akak tak berpeluang nak beraya pada tahun lepas.

آمــــــــــــــــــين  يا ربّ العالمين


Tuesday, July 19, 2016

737 ~ Lama tak kesini...


Nak katakan sibuk.. Tidaklah sibuk bebenor...
Nak dikatakan tak sibuk.. Sibuklah juga.

Entah apa saja lag yg dibuat sehari hari.
Hari menoreh dah pasti baliknya keletihan dan banyak kena berehat.
Hari tak menoreh pun adakalanya rehat2 jer.

Baru2 ni abang sedara yg sama2 membesar kembali kerahmatullah pada hari sabtu lepas. Kami beza umur 4 tahun. Dia bagaikan abang pada akak yg sejak kecil tinggal dengan ibu angkat.
Neneknya adalah kakak sulong kepada arwah emak akak.

Sewaktu kecil arwah selalu mengikut neneknya datang kerumah akak dan kami selalu keluar bermain mencari tiket2 bas di stesen bas. Tiket2 tersebut kami kumpul. Seronok melihat tiket2 bas yang berwarna warni mengikut harga tiket. Bila dah kumpul dan kira jumlah harga tiket... Terasa kaya sekejap.
Begitulah budak2.. Bukan pikir kotor.
Berangan kaya hanya dengan jumlah harga tiket yg tertera. Anak2 sekarang tak jumpa dah tiket2 berwarna warni begitu.

Arwah seorang yang sangat baik.
Anak sulong dari adik beradik seramai 7 orang. Adik beradik yg kebanyakannya lelaki  dan hanya seorang perempuan...

Setelah berumahtangga beliau dikurniakan 4 orang anak perempuan sama seperti kawan sepermainannya pulak. Macam berjanjilah pulak.
(Agaknya sebab hobi kami suka mencari tiket bas kotnya kami dapat 4 anak perempuan... Kalau kami cari tin kosong mungkin boleh dapat anak lelaki 4 orang)
Kekekekekekekekekee.........

Beliau disahkan mengalami sakit jantung setelah menjalani rawatan di hospital. Suami kawan sepermainannya juga yg rawat. 

Tetapi....

Kami semua tidak berjaya memujuk arwah supaya mendapatkan rawatan yg diperlukan. Sikap arwah yang agak 'tak berani' dibedah.... Adalah jawapan yg paling tepat.

Yang pasti ....
ALLAH lebih menyayangi beliau.
Semuga roh beliau ditempatkan bersama para solihin. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AlFatihah .

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Saturday, July 09, 2016

736 ~ Beraya Kita...

Rasanya baru jer satu Ramadhan..
Tau2 dah satu Syawal....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin.

Waktu perjalanan balik beraya ke kampong kena sesak juga. Ingatkan dah balik waktu Hari Raya tak sesak... Rupanya masih sesak.

Kita semua masih punya ibu bapa, ibu bapa mertua...Datuk dan nenek.... Adik beradik .. Sepupu sepapat.. Yang berada di kampong.. Tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk balik beraya bersama-sama. Tidak akan rasa kemeriahan perayaan jika tanpa mereka semua. Selagi hayat mereka masih ada.. Pulanglah beraya bersama mereka. 
Esok nanti bila mereka dah tiada kita akan merasai kerinduan suasana beraya bersama mereka.

Memikirkan begini.. Walau sesak bagaimana pun kita pasti harung juga. Perlahan-lahan hingga tiba ke destinasi.. Jika selalu ambil masa dua jam.. Bila kena sesak begitu... Boleh ambil masa hingga empat atau lima jam.

Tak mengapa....
Demi keluarga yang tercinta.

Pengguna jalanraya yang balik beraya sama2 dalan kesesakan bersabarlah juga. Sebab orang lain pun punya keluarga dan sanak saudara yg rercinta untuk beraya bersama. Jangan fikir nak baran dan berlumba-lumba. Keselamatan seisi keluarga penting. Banyak2 bersabar dan fikirkan nak sampai dengan selamatnya.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin....



Sewaktu perjalanan pulang raya pertama lepas dialysis...



Beraya di rumah Mak Sedara..


Bergambar sekeluarga..


Keluarga besar Tuan Haji Abdul Ghapar..


Di rumah nenek saudara di Bukit Gambir, Muar.


Meneruskan perjalanan dari Bukit Gambir ke Segamat.


Menikmati ikan bakar bersama adik beradik sekeluarga....

Alhamdulillah....

Keluarga kebahagiaan kita.