Tahun ni tahun akhir mereka sama2 pergi sekolah dan balik sekolah sama-sama.
Segala gurau senda balik sekolah tak akan sama lagi. Maknanya usikan adik beradik menyakat satu sama lain tidak lagi kedengaran.
Kakak dah hampir tamat zaman persekolahan. Dah tak memakai baju putih dan kain biru muda. Tinggallah si adik keseorangan memakai baju putih dan kain biru tua.....
Selalu dalam kereta kakak akan mengulangkaji pelajaran sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah. Si adik kadang2 nak tahu apa yang kakak baca. Selalunya kakak suka terangkan semula fakta2 sejarah dalam bentuk penceritaan. Kami dalam kereta turut sama mendengar dan memahami kisah2 terutama kisah sejarah.
Aisyah : Ain... Bagi saya tengok buku Ain.
Ain : Tak boleh....
Aisyah : Saya nak baca sekejap jer..
Ain : Tak boleh...
Aisyah : Ibu.. Tengok Ain... Saya nak pinjam bukunya sekejap pun tak boleh.
Ain : (meniru nada suara dan gaya ibu) Aisyah.. Kita hidup ni tak selalu dapat apa yang kita hendak... Life is like that...
Ibu : (dalam hati) perli aku lah tu....
Tahun depan sunyilah tanpa senda gurau mereka berdua.
Si Kakak suka menyakat....
Si adik yang sangat sayangkan si kakak walau apapun...
Memang ketara si adik sangat kasihkan si kakak....
masa tetaap akan berganjak tanpa peduli apa keluh kesah kita...
ReplyDeleteBenar tu IM..
DeleteAda jam paling mahal pun takdapat menghentikan masa bahagia kita..
Kakak sebaya anak makchaq Khadijah. Nafisah baru tahun2, tapi depa rapat sama macam Ain dan Aisyah.
ReplyDeleteNafisah kalau dapat apa2 makanan atau gula2 mesti ingat nak simpan untuk kongsi dengan Khadijah.. ada kala makan separuh.. simpan separuh...
Kasihsayang adik beradik tetap utuh. Seronok bila membesar bersama.
DeleteCepat masa berlalu...sewaktu saya mula menulis diluar negara dulu, anak-anak masih kecil dan tak mengerti apa-apa...kini anak dah mula akan melangkah ke Universiti...masyAllah...rambut saya makin putih!
ReplyDeleteDah lama kan?
DeleteMasa berlalu cepat sekali..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete