Tuesday, May 24, 2016

733 ~ Yakin dan Tawakal.


Teringat masa kecik dulu.
Azab jugalah bila nak potong kuku.

Arwah mak mmg akan memotong kuku akak bila panjang. 

Waktu arwah lapang iaitu selepas makan tengahari.. Siap solat ... Dalam pukul 3 petang.
Lokasi kegemaran depan pintu rumah sebab terang bercahaya.

Duduklah kami dua beranak di muka pintu.

Sebotol kopi juga di sediakan kot2 ada kecederaan berlaku.

Akak hulurkan jari.
Arwah mak pegang cermat.

Pisau blade digunakan.

Tak main2....
Jangan bergerak walau sedikit sebab nanti luka.
Kena tinggi rasa percaya pada arwah mak.
Apapun boleh berlaku.


Seriau terasa tapi kena yakin.
Penuh keyakinan hingga tak bergerak waktu kuku dipotong.

Arwah mak pun bukannya makin muda.
Ada kalanya terbabas juga kena isi jari.
Dalampada memotong kuku, isi terkena juga.
Mengalir darah.
Pedih....
Terus buka tutup botol kopi.
Arwah mak segera celup jari berdarah dalam kopi.
Sewaktu darah dan jari yang luka kena kopi.. Terasa pedih.
2 kali pedih.
Satu sebab luka.
Kedua sebab luka kena kopi.
Darah berhenti.

Kali ketiga sakitnya bila basuh jari yg hitam sebab kopi. 
Kan huduh jari hitam berlumur kopi.
Cuba basuh.
Luka masih belum sempurna keringnya.
Aduhhhhh
Azab...

Sekarang zaman dah berubah.
Anak minta potong kuku... Ibu dan anak senyum jer. 
Takda luka dan tangisan kesakitan.

Apapun rindu waktu dulu.
Biarpun pedih dan luka.
Ianya kenangan paling indah.

Tuesday, May 10, 2016

732 ~ Tahun Akhir Bersama..


Tahun ni tahun akhir mereka sama2 pergi sekolah dan balik sekolah sama-sama.
Segala gurau senda balik sekolah tak akan sama lagi. Maknanya usikan adik beradik menyakat satu sama lain tidak lagi kedengaran.

Kakak dah hampir tamat zaman persekolahan. Dah tak memakai baju putih dan kain biru muda. Tinggallah si adik keseorangan memakai baju putih dan kain biru tua.....

Selalu dalam kereta kakak akan mengulangkaji pelajaran sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah. Si adik kadang2 nak tahu apa yang kakak baca. Selalunya kakak suka terangkan semula fakta2 sejarah dalam bentuk penceritaan. Kami dalam kereta turut sama mendengar dan memahami kisah2 terutama kisah sejarah.

Aisyah : Ain... Bagi saya tengok buku Ain.

Ain : Tak boleh....

Aisyah : Saya nak baca sekejap jer..

Ain : Tak boleh...

Aisyah : Ibu.. Tengok Ain... Saya nak pinjam bukunya sekejap pun tak boleh.

Ain : (meniru nada suara dan gaya ibu) Aisyah.. Kita hidup ni tak selalu dapat apa yang kita hendak... Life is like that...

Ibu : (dalam hati) perli aku lah tu....

Tahun depan sunyilah tanpa senda gurau mereka berdua.


Si Kakak suka menyakat....



Si adik yang sangat sayangkan si kakak walau apapun...



Memang ketara si adik sangat kasihkan si kakak....





Wednesday, May 04, 2016

731 ~ Akak dan Madamme Tussauds


Nama Madamme Tussauds ni akak dah dengar sejak 1993. Masa tu akak berhanimun di London. Tapi sebab masa tu gugel menggugel belum ada lagi.. Akak mengandaikan Madamme Tussauds ni satu tempat yg 'kurang bermoral'. Jadinya.. Waktu berhanimun tahun 1993 tu takdalah akak berkeinginan nak masuk ke Madamme Tussauds.

Bila akak kembali semula ke London pada 2015, akak teringin sangat nak kesana tapi waktu itu mmg waktu cuti.. Akak lihat pengunjung beratur panjang diluar premis Madamme Tussauds di London. Bukan setakat beratur panjang, diluar tu nampak kesesakan dengan pengunjung yg berpusu-pusu menanti giliran untuk masuk kedalam. Terasa menyesal sungguh waktu 1993 akak sendiri memikirkan takmahu melawat MT.

Jadinya bila peluang melawat MT di The Peak, Hong Kong... Akak tidak mahu lagi melepaskan peluang tersebut.

Madamme Tussauds (MT) Hong Kong terletak di The Peak. Jika naik ke puncak baru dapat melawat MT. 

Naik Tram hingga atas.


Mula2 sekali naik sampai atas....
Mempunyai banyak escalator...
Ada yg tak gayat dan ada yg menggayatkan..



Yang ini serius akak rasa gayat...
Yang seterusnya dah okay.


Kemudian turun pergi ke MT.


Di sinilah bermula pertemuan dgn ..
.
.
.

Queen Elizabeth..


Wolverine


Iron Man..


Mr Depp..


Mohd Ali...

Dan Lain lain....



Lepas dah jumpa mereka kat MT.. Terasa sesal jugak sebab tak masuk MT di London. Itulaaaaaa... Suka sangat nak assuming...

Alhamdulillah.
Selesai sudah kisah Hong Kong.
Sebelum terlupa..

Queen kirim salam..