Friday, April 29, 2016

730 ~ Lagi Gambar Hong Kong


Dah seminggu dah...
Meh akak sambung kisah Hong Kong.
Sampai sana setelah berada dalam pesawat selama 3jam 50minit.

Sampai dah tengahmalam.

Turun jauh dari terminal.

Sebaik turun kena naik bas.

Then dibawa ke terminal.

Beratur utk immigration.

Mudah jer.

Tapi...
Terasa macam kami berdua saja anak melayu yg berada di Airport tu.
Rata2nya kaum Cina samada yg dtg dari China atau dari luar China.
Macam depa balik kampong.





Dari airport nak ke hotel mmg puas masuk terowong dan jambatan.. 'Island Hopping'. Pengalaman baru.


Pagi esoknya akak pi sarapan. 
Macam2 yg dihidangkan. Akak cuma berani ambil...


Selesai sarapan akak jalan keluar hotel.
Lihat jalanraya.
Nampak tram dua tingkat.
Teruja sangat.


Bas dua tingkat mmg sepenuhnya.
Tram dua tingkat yang kurus tengah tu.
Sampai balik akak tak sempat nak naik tram. 

Untuk lunch kami ke Masjid Ammar.
Adik ipar bgtau disana ada kantin Muslim. Chinese Muslim mengendalikan kantin dengan hidangan masakan cina. Ini yg menarik ni.



Selesai makan kami memulakan lawatan dengan mengambil package Bus Hop On dan Hop Off.

Seronok dapat melawat sekitar Hong Kong dari atas bas dua tingkat.


Nampak jalanrayanya berliku2..
Kecekapan pemandu bas dua tingkat mmg tak dinafikan. Pada akak 'mustahil' tp depa boleh jer lalu. 

Dapatlah lihat separuh Hong Kong.
Esok sambung lagi.


Saturday, April 23, 2016

729 ~ JJTNO Destinasi Hong Kong



22hb April 2016

Kembara ke Hong Kong. 
Selalu dengar org cerita Hong Kong..
Akak sejak kecil tahu HSBC jer...
Suami ajak ke Hong Kong.. Okay jer..
(Heh heh heh...)
Macam2 berkata dalam hati sebenarnya...
Sama macam bila suami ajak pi Hanoi, Phuket dan Makassar.
Kecuali waktu suami ajak ke London atau Gold Coast... Mulut akak yang berkata2...
Hehehehehe...
Tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri dan alami sendiri...
Hah!!!! Nak datang lagik...

Habis dialysis Jumaat tu, balik umah kemas2 dan masak2 utk anak2... Sebelum solat Asar kami dah keluar.
Tiba airport check in.. Solat dan minum petang, dah tiba masa masuk pesawat.

Lebihkurang 3jam 50 minit tiba Hong Kong.
Kami bertolak pukul 715malam.. Tiba sana 1050malam.
Gedebak gedebuk... Pkl 12 tengahmalam tiba Hotel JW Marriot.









Nanti sambung ya...

Nak keluar jalan2..