Thursday, November 27, 2014

689 ~ Andainya....


Akak nak cerita perihal pasar di Adelaide.
Memang perangai akak kalau keluar negara, akak cukup suka pergi pasar atau supermarket/hypermarket negara tersebut. Sesuatu yg sangat mengujakan akak bila ke tempat begitu.

Pasar di Adelaide adalah antara pasar yg amat bersih. Berbanding dengan pasar fi Hanoi, Vietnam.


Pasar di Chinatown, Adelaide.
3 tingkat tapi ruang perniagaan di tingkat bawah manakala 2 tingkat di atas adalah parking.



Buah2an yg sangat segar...
Baru dipetik dari Adelaide Hill.


Sayur2an yg segar.
Yg ini mmg akak tak pernah jumpa.
Brocolli campur asparagus?
Entahlaaa..



Udang, sotong, ketam dan ikan dalam bekas berkaca begini. Padanlah pasarnya tidak berbau... 
Ayam, daging dan khinzir juga di pamer dlm bekas berkaca.



Di pasar juga menjadi tempat yg sangat selesa kita nak menjamu selera. Dalam pasar tersebut ada ruangan orang berniaga makanan dimana kita boleh menikmati makanannya sama seperti dalam restoren2 besar.

Baju kita lansung tidak melekat bau ikan atau bau2 yg kurang menyenangkan. Padanlaa rata2 penduduk tempatan menikmati sarapan, lunch dan dinner dalam pasar tersebut.

Akak harap suatu hari nanti pasar2 di negara kita akan bertukar menjadi seperti pasar ini.



Wednesday, November 26, 2014

688 ~ Kepadamu ku bersyukur ya ALLAH


22 tahun sudah..


Tarikh 26hb kembali lagi.
ALHAMDULILLAH... Kita masih bersama2... Walau pernah diduga.. ALLAH masih memberikan kita peluang utk bersama.
ALHAMDULILLAH.

Tiada pernah lupa Orang ucapkan dengan penuh rasa syukur kerana Yang seorang yang terlalu baik dan sempurna.

Hadiah ulangtahun kita tahun ini ialah percutian Orang ke Adelaide. 



Turut menikmati keindahan kota Adelaide... Dengan bunga Jacaranda warna unggu.....


Memetik cherry warna merah...



Kehijauan pemandangan bukit bukau ...



Rawatan Dialysis yg amat superb dan ohsom... Keramahan petugas dan pesakit yg tidak membuatkan akak rasa janggal dan kesunyian... 


Walau travel sendirian... Tidak merasakan terabai dan sunyi... Segala2nya cukup sempurna...

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Yang 
Tiada apa lagi yg hendak Orang bgtau hanyalah 
Terlalu bersyukurnya Orang meniti hari2 ini bersama Yang. Muga jodoh kita ALLAH panjangkan hingga akhir hayat.

Yang..
Tahun depan book kan percutian hebat lg ya?

Saturday, November 22, 2014

687 ~ Pemerhati juga orangnya....


Hari pertama dialysis akak bawa bekal nasi berlaukkan kari udang. Memang sangatlah menyelerakan dengan cuaca yg sejuk. Di luar waktu pagi mmg sejuk ditambah pula kedinginan penghawa dingin di dalam bilik rawatan dialysis... Dapat kopi O panas dan nasi mmg sangat membantu.


Kalau akak pandang, memang nampak dia bizi nonton tv.. Ataupun sedang berbual di talipon... Agaknya waktu akak tunduk mengambil makanan, dia curi pandang. Sebijik perangai uncle cina tua yg pernah menjadi scandal akak di HSerdang.



Selesai akak makan dan minum dan bekalan makanan pun dah akak simpan,
Mamat ni akan bertanya
" Rahmah.. U makan apa sebentar tadi?"

Akak bagitaulaaa ianya nasi berlaukkan kari Udang.
Dia yang seronok...

Hari kedua akak datang dialysis akak makan lambat sikit... Sebabnya ada di hidangkan minuman untuk semua pesakit. Akak ambil peluang nak menikmati kopi panas2 sebelum makan nasi...




Mungkin sebab lambat akak membuka bekalan, mamat ni dah bertanya.

" Rahmah... U tak bawa bekal nasi hari ini?"

Akak bgtau akak bawa nasi berlaukkan daging, sekali lagi akak nampak puashati
diwajahnya...

 

Bila dikenang2kan mmg laaa kelakar.
Tak ubah dengan perangai akak yg suka mengintai org lain makan....

Friday, November 21, 2014

686 ~ Dimana pun... Sama jer.


Hari pertama akak dialysis di Payneham, Adelaide. Akak datang tepat pada waktu. Mula 830pagi dah tiba..

Teman dialysis sebilik 4 org. Sebelah akak perempuan berusia, manakala hadapan akak seorang mat saleh muda dan berusia.






Mamat yang betul2 depan akak memang peramah orangnya. Banyak yanh kami bualkan. Semuanya berkisar tentang pengalaman kami dialysis. Dia dah 11 tahun dialysis dan dia mencucuk jarumnya sendiri... Dia set sendiri mesinnya. 

Akak mengalami kesejukan sewaktu dialysis. Cuaca di luar dan cuaca di dalam bilik rawatan membuatkan akak perlukan selimut dan setokin. Sungguhpun ada kedua2nya akak masih tetap menggigil.

Kali kedua akak datang dialysis, Anthony Toven sudah panggil nama akak. Dia minta akak tanya petugas di Hospital Serdang berapa suhu yg depa set di mesin dialysis. Akak dapat dan bgtau dia. Dia suruh akak bgtau petugas di Payneham supaya naikkan suhu daripada 35.5 kepada 36.5. 

Hari ketiga akak dapatkan rawatan akak
bgtau petugas dialysis akak perlukan dinaikkan suhu kepada 36.5.
Hasilnya.. Selama 4jam akak dialysis, akak lansung tak perlukan selimut.
ALHAMDULILLAH.

Hari ketiga akak dapat tempat duduk jauh dari Anthony. Anthony datang ke tempat baru akak dan lihat samada akak sudah minta petugas naikkan suhu. 


Setelah Anthony beredar, petugas disitu beritahu akak bahawa akak dapat privilage bila Anthony mengambil berat pasal akak sebab sebelum ini Anthony mmg tidak melayan sesiapa...
Well..... My name is Rahmah... I am from Malaysia.. I come in peace....


Thursday, November 20, 2014

685 ~ Dialysis


Nak cerita bagaimana cara dialysis diluar negera.

Mula2 dapatkan nama tempat nak dialysis. Kalau boleh recce nama tempat.

Dah dapat antar email.
Segala borang yg disertakan kita print dan isi. Selalunya doktor merawat kita yg isi.

Ada juga keperluan mengambil ujian darah dan ujian yg berkaitan. Bayaran tambahan juga tu jika kita jalankan ujian tersebut.

Kemudian yang paling penting ambil insuran kesihatan. Tapi bayaran rawatan dialysis tetap kena bayar secara tunai atau credit card waktu kita daftar hendak dialysis. Insuran digunakan apabila kita ada komplikasi yg berkaitan dgn dialysis... Sebelum rawatan kita diminta tandatangani surat memberi persetujuan sekiranya ada komplikasi perlu dapatkan rawatan di hospital, bayaran ambulan dan kos rawatan kita tanggung sendiri.



Daftar di kaunter.

Kemudian timbang berat.



Selesakan diri.
Letakkan makanan dan minuman berdekatan.





Di sini, pesakit diberikan minuman dan makanan. Akak pilih biskut manakala pesakit lain memilih sandwich.



Bekal akak...


Habis rawatan...
Balik...

Tuesday, November 18, 2014

684 ~ Subha Nallah...


Salah satu ciptaan ALLAH yg amat dikagumi.







Namanya bunga Jacarandas.
Berbunga pada penghujung musim bunga dan awal musim panas. 
Bunganya bewarna unggu.
Apabila kesemua bunganya gugur, daunnya akan keluar dan pokok menjadi hijau.
Bila musim luruh, seluruh pokok tiada daun dan hanya tinggal ranting2 pokok.

Tahun ini kebetulan ianya berbunga pada awal bulan November maka kedatangan akak buat pertama kalinya ke Adelaide, disambut dengan meriahnya oleh bunga2  Jacarandas yg sangat indah. Sepanjang jalan kelihatan keungguan dari pohon2 jacarandas. 

Masya ALLAH
Mmg indah kurniaan Ilahi.

Nikmat ALLAH.

Monday, November 17, 2014

683 ~ Dialysis di Adelaide


Kali kedua dialysis di negara orang.
ALHAMDULILLAH
Sangat sempurna...


Indah suasana dan pandangan depan mata... 

Mamat depan ni dah dialysis 11 tahun..
Peramah dan suka berbual...
Bonus...

Suka berseloroh.

Kebanyakan pesakit ramah2 belaka.
Ada nenek tua yg tanya kabar waktu mula bertemu...
Dah 12 tahun dialysis...

Nanti citer lg...

Friday, November 14, 2014

682 ~ Prektis apa nak jawap nanti...


Mlm ini pertama kali akak bercuti panjang dan keluar negeri sendirian. Suami yang kerap keluar negara memberi tips yg perlu dan tak perlu...

Suami : Yang.. Nanti kalau Immgresen tanya kenapa dtg negara mereka.. Yang nak jawap apa?

Isteri : Orang nanti jawap..
I come in Peace...

Suami : [ tergelak besar....]
Bagus jawap mcmtu... Nanti depa antar Yang balik jam-jam itu juga....



Wednesday, November 12, 2014

681 ~ Rezeki tahun ini..


Rasanya dah bertahun pokok belimbing ini bibik akak tanam.... Akak beli anak pokok dari Nursery Al Mujibur Rahman... Rasanya baru tahun ini ianya galak berbuah dan berbunga...

ALHAMDULILLAH

Ada dekat 6 tahun akak tanam.
Kalau dulu buah sebiji dua, pastu simpan.. Pastu petik lagi... Yg simpan ti kecut... Akhirnya tak masak2... Beli juga di pasar bila2 terasa nak makan....
Sekarang... Sekali berbuah, 3 kali petik. Sekali petik.. Seperiuk digulai.... Berjasanya dia.... Siap boleh bg kawan...



Semalam akak lihat lebat berbunga lagi....



ALHAMDULILLAH

Monday, November 10, 2014

680 ~ Pucuk Midin...


Akak mula mengenal pucuk midin sejak dibawa pulang oleh suami yg ke Serawak. Setiapkali ada kenalan yg kesana, suami rajin mengirim pucuk midin...

Rupa cara pucuk midin dibungkus.. 
Unik. Menggunakan daun ketapang. Mungkin juga untuk mengekalkan kesegaran pucuk midin tersebut kerana almaklumlaaa nak dibawa beribu batu...




Akak pernah cuba buat masak lomak cili api dengan udang (typical Minang clan).. Tapi org Minang pun tak boleh kata masak lomak pucuk midin itu sesuai.
Yang paling sesuai goreng dengan belacan.

Bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan. Cukup...
Kalau nak bg manis letak udang.. Tp rasanya tak perlu..




Nak bgtau juga, sewaktu Aisyah Sakinah berusia 7bulan, akak mendukungnya sambil maratah pucuk midin dalam piring, dengan selamba Aisyah calit jarinya pada piring yg bersambal itu lalu masukkan jarinya kemulut. Terkejut akak sebab dia baru berusia 7bulan dah berani makan sambal belacan... Tp itulah kenangan paling manis dari Aisyah.

Thursday, November 06, 2014

679 ~ Perlu kita TAHU


Baru2 ini penghawa dingin bilik Qeeb selalu tertutup. Bila di periksa di Switch Box yg besar tu (namanya tak tahu) nampak ada satu fius turun. Maknanya ianya sendiri tak dapat menerima beban eletrik yg digunakan.

Penghawa dingin dalam bilik Qeeb baru saja di servis. Akak panggil semula teknisyen yg dtg dan apabila ia periksa ada kebakaran pada fius NCB. Perlu diganti.


Kelihatan wayar dan fius yg sudah terbakar. Mujur kita menyedari kerosakan tersebut. ALHAMDULILLAH.

Tip dari teknisyen
Jika sesuatu bilik yg menggunakan satu fius utk keseluruhan bilik yg menggunakan penghawa dingin dan water heater utk bilik air, perlu menukarkan kepada Amp yg lebih tinggi kadar kuasanya.

Bahaya ada dimana-mana.

Monday, November 03, 2014

678 ~ Kisah biasa2 kiter



Kisah Pertama 

Isteri : Yang.... Bawak kereta jgn laju sangat.. Orang seriau ni...

Suami : Bukan Yang suka Vrooooom vrooommmmm vroooom

Isteri : Itu kalau Orang tulis sms jer.. Sedap tekan V r dan Oooooooooo byk- byk.


Kisah Kedua

Sedang dengar lagu M Nasir di radio.. Tajuk 'Kiambang'.....

Tetiba.....

Suami : Kiambang...................
Amacam?! Sama sebijik suara Abang macam M Nasir ek?...

Isteri : Elehhhhhh..... Baru sepatah... Cer sambung lagu tu sampai habis..... Hancussss!!!!


Begitula kami kalau dah tinggal berdua jer dln kereta bila kemana2....
Macam2 benda boleh dijadikan usik mengusik...
Pastu sampai keluar airmata dek ketawa...