Sejak 3 bulan lalu akak mengikuti kelas mengaji Al-Quran bertajwid bersama-sama 6 orang teman. Melalui seorang kawan iaitu Bibi Sharifah, akak diperkenalkan dengan Kak As, Kak Ani, Ina, Liza dan Ustazah Aslina.
- Kisah Ustazah Aslina pernah akak masukkan dalam entry yang terdahulu.
Sempena Hari Guru, kami beramai-ramai telah membelikan cenderahati buat Ustazah Aslina yang telah sudi mengajar kami. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan kami mengaji... banyak yang telah kami pelajari. Ustazah Aslina bukan saja mengajar kami Tajwid Al-Quran dan Makhraj huruf tetapi kelas kami di selangselikan dengan pembelajaran Fardhu Ain dan Fekah. Alhamdulillah.... Sudah nampak dan sudah agak mengenal akak hukum-hukum tajwid selepas belajar dengan Ustazah Aslina.
Kelas kami memang antara yang terbaik pernah akak hadiri.... Sewaktu tinggal di Pulau Pinang, akak belajar mengaji dengan Mak tok Jamaliah. Sewaktu selepas ibu akak meninggal dunia, akak belajar mengaji dengan Mak Engku. Kemudian sewaktu tinggal bersama-sama keluarga angkat iaitu keluarga Zuraida, akak belajar mengaji dengan Ustaz Din. Kesemuanya mengajar dengan baik sekali dan Alhamdulillah... kali ini akak diberikan Ustazah Aslina. Alhamdulillah.....
Kak As, Kak Ani dan Ustazah Aslina.
Bibi Sharifah, Kak As dan Ustazah Aslina sedang bersalam dan dibelakangnya kak Ani.
Ina, Kak As, Kak Ani, Ustazah Aslina, Bibi Sharifah, Liza dan akak....
LUEM
Kak As tu macam ada rupa adik bradik ngan akak.
ReplyDeleteTahniah dan selamat meraikan Hari Guru. Memang mereka golongan yang wajar dirai dan dihargai.
ReplyDeleteSeronoknya bila ada peluang mengikuti kelas-kelas sebegini.. Dapat ilmu, dapat kawan.
Ate...
ReplyDeleteiyer?.. padanlah akak nampak kak As tu cantik sangat.... hehehe....
azie....
ReplyDeleteAlhamdulillah....
mmg terasa sangat bertuah bila dapat menghadiri kelas ustazah Aslina.... dia mmg berusaha mengajar kami hingga kami faham... Syukur Alhamdulillah kerana berpeluang menjadi muridnya.... Alhamdulillah..