Thursday, April 30, 2015

752 ~ Kehilangan Surat beranak..


Asalnya surat beranak anak sulong yg hilang bukan hilang sebenarnya...
( kalau tgk cerita Sixth Sense ) barang2 kita tak hilang ... Cuma DIALEHKAN tempatnya oleh kuasa2 tertentu...  - sebab ayat yg terkenal dari budak tu " I see dead people"....

Okay.
Dalam hati mmg sangat serabut bila kehilangan Surat Beranak. Mula2 kehilangan passpot. Dah buat polis repot di Siasatan Jenayah.. Then buat polis repot biasa.. 
Bila pi Jabatan Immigrasi depa nak jugak surat beranak anak sulong walau dah lepas umur 18.

Cari punya cari dekat dua minggu masih tak jumpa. Declare hilang.

Susah hati sebab tak tahu procedure macamana. Nak kena panjat tangga Jabatan Siasatan Jenayah lagi ke kemudian baru buat polis repot? Itu yg dok tangguh sampai suami lapang masa
Nak pi buat polis repot.

Sehinggalah pagi td, akak talipon jabatan pendaftaran tanya kena buat polis repot tak jika nak buat surat beranak gantian, kata pegawai tu tak perlu.

ALHAMDULILLAH
Berita baik ni...

Seawal pukul sembilan dah tiba jabatan pendaftaran. Ambil nombor depa bagi borang suruh isi.
Isi borang bg maklumat yg kita ingat...
Mujurlaaa masih ingat.. Jika tidak mahunya kena soal siasat juga tadi..

Dapat nombor kaunter Anak Angkat.maybe sebab  takda kaunter Kehilangan.

Sekejap jer.

Kemudian dipanggil dan depa print salinan surat beranak.. Baca dan setuju jika semua butir2 salinan itu benar...buat bayaran rm5 sekeping.
Tunggu sat.

Kena panggil semula..
Ambil  surat beranak baru.
Buat akak mmg cantik surat beranak baru ni.
Besar daripada surat beranak anak kita yg Lahir tahun 2000.
Anak kita yg lahir tahun awal 90an masih tulisan tangan dan lebih kurang sama dgn kita yg lahir tahun 60an.

ALHAMDULILLAH.
Dengan surat beranak baru terasa bagai lahir semula.
Especially baca tang sini :


Kanak-kanak/Child tu.....
RAHMAH BINTI MOHD ZIN
Walau umuq dah 50...

ALHAMDULILLAH
nak buat gantian kehilangan Surat Beranak sangat mudah... Taklah susah dan serabut mana.
Tp mesti lahir kat Malaysia
Anak org Malaysia...

Wednesday, April 29, 2015

751 ~ Merajuk ker..


Selalunya sebelum puasa mangga akak dah berbuah. Buah lebat seluruh pokok. 
Yang ada skrg cuma daun yg merimbun pokok.

Begitulah dgn rezeki kita.
Ada masa sesak..
Ada masa mewah...

Bila musim sesak... Nak nampak bunga mangga pun azab. Lama menunggu...

Bila dia nak berbunga... Buah akhir masih dipokok.. Bunga dah keluar.
Kurang baja kot.
Lebah pun jarang nampak menghurung pokok. Selalu nampak lebah kuning yg kecil2 tu membantu proses pendebungaan..


Masa sekolah dulu takda gugel.
Kalau tak... Sure pandai. 
Bukan pandai apa pun..
Pandai gugel....
Kikikikikiki

Smlm akak panggil orang bantu kemaskan 'kebun' akak. Mmg sdg semak samun kebun akak tu... BBPJ..
(Baca boleh percaya jangan...)
Poko bunga kantan berbunga pun takut akak nak pi ambil. Sampai ada yg dah keluar bunga pastu kembang dan mati.
Pucuk ubi.... Jangan citer... Subur...
Siap ada ubinya...
Pokok mangga?
Hmmmmmmm lebat merimbun daunnya.

Tukang kemas seronok lihat bunga kantan dan pucuk ubi. Minta izin nak bawak balik bg isteri masak. Sebab banyak .. Akak mintak sikit. Tah laaa... Nak buat apa pun tak tahu lg.
Takut lebam rosak jer dlm peti ais.



Dah kemas dan baru nampak pokok mangga ni. Lupa nak ambil gambar sebelum kemas. Entah2 binatang buas pun ada tumpang sembunyi....(BBPJ)

Bila dah kemas cantik terasa nak buat buai kat pokok mangga.

Jom berbuai sambil nyanyi....

Monday, April 27, 2015

750 ~ Sempat pula tu....


Hari ahad akak sgt membizikan diri.
Kalau ikutkan mmg tak larat. Semangat tu kuat pula...

Awal pg akak dah ke pasar. Beli segala mcm tok nadok. Hajat hati nak masak Kari Dhal ayam dan sambal udang.
Qeeb teringin nak mkn kari dhal. Akak pun teringin jugak bila dia menyebut.

Rebus dhal guna pressure cooker. 
Kalau nak rendam mmg tak sempat lembut.
Masakkan waktu nak keluar pi pasar...
Balik pasar dah kembang...
Mudah betul...

Balik pasar sarapan dulu. Nak sarapan si pasar mmg takda kedai yg kosong. Semua meja penuh. Beli dan tapau makan di rumah.

Menyediakan bahan dan terus masak.
Mujur anak dara 2 org ada membantu.
Itupun dekat pkl satu juga selesai.

Naik atas mandi dan solat.
Kuatir juga kot2 tak sempat.
Suami konfiden kata sempat.

Keluar rumah dekat pukul 2 ptg.
Tayangan pkl 210ptg.
Ikut akal mmg tak sempat.

Tiba IOI Citymall terus cari parking.
Mujurlah ada ruang dekat lift.
Naik lif terus sampai tingkat 2 dkt panggung.
Tiket guna barcode dan beli makanan pun guna pesanan online. Mmg mudah dan taklama beratur.

Alhamdulillah....
Siapa menyangka sempat juga walau ikut akal dah lewat.

Berkejar nonton filem Furious 7.
Nak lihat teknik yg depa gunakan utk menghidupkan watak Paul Walker yg terbunuh dlm kemalangan kereta sewaktu filem belum selesai shooting.


Saturday, April 25, 2015

749 ~ Sabtu yang sangat padat..


Pernah jadi bila kita rancang begini tapi jadi begitu...
Akak merancang paling teliti.
25hb April mmg akan akak peruntukkan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Ustazah, sahabat dan jiran akak iaitu Ustazah Aslina.

Malangnya belum sempat akak memberitahu suami, beliau dah beli tiket menonton 'Avengers' untuk pagi sabtu.
Tayangan bermula pukul 1130pagi dan rancangan akak berubah untuk ke majlis ustazah aslina waktu tengahari.

Sebelum  menonton...
Sarapan merangkap lunch..
'brunch'..


Kemudian berkejar pi menonton...

Selesai tayangan terus pulang ke rumah untuk solat zohor dan salin baju..

Walaupun tiba waktu majlis dah berakhir rupanya masih ada tiga pasangan yg sama2 terlewat. Tuan rumah masih sedia menanti kami yg terawal ini.

Sempat posing...





Alhamdulillah..
Mmg stress bila rancangan bertukar sekelip mata begitu namun akak berpuashati kerana masih dapat menghadhirkan diri untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan anak sahabat akak. Jika selalunya akak tidak upaya hendak terkejar2 begitu.

Alhamdulillah..
Terima kaseh Yang dan Qeeby...

Wednesday, April 22, 2015

748 ~ Baru 3 hari.....


Semalam akak dgn geng pergi sarapan dirumah Ustazah Aslina. Kebetulan lg 2 org sahabat akak belum sampai rumah Ustazah Aslina yg baru.

Bertemu di rumah Datin Marina...
Datin Marina membawa kereta barunya.. Perjalanan yg akak ambil masa selama 50minit utk tiba di rumah Ustazah Aslina menjadi hanya 30minit sahaja bila dipandu oleh Datin Marina.

Tiba di rumah Ustazah, kami dijamu dgn nasi lemak dan teh tarik dan kopi o. Mmg sdg lapar, mkn pun laju jer. Kebetulan minggu hadapan hari ulangtahun kelahiran Datin Marina, akak bawa kek utk beliau.


Ustazah Aslina sudah mengemas rumahnya kira2 90%. Mmg cekap. Deko yg cantik dan sgt mengagumkan. Jika akaklah... Masa 3hari tu hanya dpt kemas 10% sahaja. Pernah akak pindah dari KL ke Melaka, masih terdapat kotak2 yg tidak dibuka lg sehinggalah akak pindah ke Penang, kotak itu hanya dibuka waktu di Penang.
Tiapkali tamu datang, akak dah bersedia dgn dialog..
" maaf ya.. Set cawan dan teko tak dpt keluarkan sbb masih dlm kotak.."
Jadinya tetamu dihidangkan menggunakan cawan campur2...


Sempat bergambar kenangan.
Entah bila lg dpt bersama....
- minggu ni jumpa lg di majlis perkahwinan anak Ustazah di Senawang.
Minggu depan pun ada plan nak bertemu...
Hihihihihihi
Ustazah ni mcm tak pindah jer ni....

Monday, April 20, 2015

747 ~ Berpisah akhirnya....


Sejak berbulan juga jiran baik akak Ustazah Aslina beritahu akan berpindah. Selagi belum nampak depan mata beliau benar2 angkat barang masuk lori... Akak masih berharap semua itu tidak benar.

Sehinggalah tiba pagi sabtu 18hb April...
Kelihatan lori datang utk mengambil barang2.



Pagi tu baru terasa mimpi dah jd nyata.
Jiran merangkap sahabat baik akak mmg akan berpindah.
Kawal sebak juga.
Akak kerumahnya melihat proses memasukkan barang dlm lori.

Ramai pekerja yg diupah mengangkat barang. Ahli keluarga pun ada bersama.
Akak balik dahulu dan minta depa bgtau waktu nak berangkat. Akak nak ikut menghantar.

Selesai urusan memasukkan barang dlm lori, ina menalipon bgtau hendak bertolak. Akak terus masuk kereta dan mengikut kereta Ina.

Perjalanan ke tempat baru mengambil masa kira2 50minit ikut Highway Lekas.
Sebaik membayar tol Ampangan... Ambil susur keluar dan sampai simpang 3, ambil sebelah kanan.
Kemudian masuk jalan sebelah kiri di traffic light. Terus sampai nampak Petron sebelah kiri... Ambil terus ke hadapan hingga nampak kawasan perumahan Taman Datuk Dagang.

Kawasan perumahan yg sangat sejuk mata memandang. Dengan rimbunan pokok2 keliling rumahnya mmg sangar menyegarkan pemandangan.

Seumur hidup akak mmg tak pernah akak mengikut sahabat pindah rumah sampai begitu sekali. Inilah pertama kalinya akak memandu sendirian mengikut sahabat dan jiran berpindah rumah.

Semuga walaupun berjauhan tidak menjarakkan hubungan kami. Jauh dimata tp dekat dihati.

Sekarang nampak kosong rumah jiran akak.. Terasa sedih dihati....


Friday, April 17, 2015

746 ~ Belacan....


Kadang2 kita tak hargai apa yg kita telah ada. Masih lg kita mencari kesempurnaan yg kita idamkan.
Tak semua yg kita punya tidak bernilai...

Mcm kes akak.
Dah selalu kena pun tak belajar2 lg...

Dah ada belacan sedap pi carik lg belacan tah apa2...


Dah beli masa balik Melaka tahun lepas. 
Masihla mencari yg lebih sedap sprt yg pernah akak beli di Phuket.

Baru2 ni beli belacan sabah. 
Rupanya hitam mcm belacan phuket.
Rasanya?
Tak sedap...
Pahit.


Smlm teringin nak makan sambal kuini.
Hajatnya nak rasmikan belacan baru...
Mujur tak habiskan cili hidup 5 biji tu.

Selesai menumbuk, akak rasa...
Pahitnya... Mcm pahit ubat...
Rupanya pun buruk.
Tak ambil gambar pun sbb mmg tak cantik sambalnya.

Ambil belacan lama.
Tumbuk semula sambal.
Kuini pun mmg beli lebih.
Alhamdulillah laaaaa
Cili pun cukup2 selepas dicampur cili api..

Voilla......



Alhamdulillah..

Sedap dimakan bersama masak asam rebus ikan tuka.