Thursday, January 31, 2013

507 ~ Kehidupan kami berubah sepenuhnya....





Genap 2 tahun bibik mebantu akak di rumah, 28hb Januari adalah hari terakhir beliau berkhidmat. Beliau telah membantu akak dengan cemerlang walaupun ada sedikit sedu dalam menunaikan tugasannya tapi mana ada yang sempurna... Kerosakan peralatan letrik, kerosakan baju kesayangan dengan clorox dan campuran warna dan pecah pinggan mangkuk cawan kesayangan kiranya biasalah tu.... tapi khidmat yang telah beliau curahkan memang banyak sekali membantu kami sekeluarga...

Kisah beliau menjadi bibik adalah kerana kesusahan hidup yang beliau hadapi. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Menumpang tinggal di tanah yang dipajak dan di bayar secara tahunan dengan jumlah yang sedikit, tanpa pendapatan yang tetap membuatkan bibik berazam datang ke Malaysia mencari rezeki. Lanjutan dari kakaknya pernah bekerja di Malaysia dan mendapat rezeki yang lumayan, beliau memujuk suaminya membenarkan beliau bekerja di Malaysia... Lama juga nak mendapatkan persetujuan suaminya. Setelah di berikan kebenaran untuk bekerja selama 2 tahun SAHAJA.. keizinan yang diperolehinya di gunakan sebaik-baiknya.

Dari awal beliau bertugas di rumah kami.. memang beliau bernekad untuk mencari rezeki yang halal demi merubah nasib keluarga... Suaminya hanyalah seorang nelayan yang menumpang bot kawan-kawannya dan upah yang di dapatinya tidaklah seberapa. Anak-anak bujangnya juga mengikut jejak suaminya bekerja di bot milik orang lain. Rezeki yang diterima bergantung pada upah yang diterima. Bibik berazam ingin mengumpul duit untuk membeli sebuah bot enjin untuk suami dan anak-anaknya ke laut. Rezeki yang di dapati akan lebih dari sekarang.

Oleh itu, sejak dari mula bekerja, bibik tidak pernah membelanjakan sesen pun wang gajinya mahupun menghantar pulang walau sedikit. Dia nekad, wang yang terkumpul adalah untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah dan membeli bot enjin.( Tidak pandai minta untuk dibelikan handphone seperti pembantu2 akak yang lain. Baru kerja sebulan dah minta dibelikan handphone... Tiapkali kita nak keluar rumah, dia akan pesan pula nak dibelikan kredit.)

Sebaik bibik yang ini telah tiada... kami anak beranak bernekad tidak mahu lagi menggunakan khidmat pembantu rumah. Rasanya cukuplah selama dekat 20tahun kami menggunakan khidmat pembantu rumah yangmana kami tolerate dengan berbagai-bagai kerenah mereka. Ada yang begini.. ada yang begitu... tapi sebabkan anak masih kecil2 kami sabarkan sahaja. Terima sahaja orang asing duduk sekali dengan kami... Tapi bila anak2 dah semakin besar dan banyak membantu, akak terasa sudah memadai setakat ini kami menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing.

Anak-anak dah tahu tugas masing-masing. Zahrah bertanggungjawap darisegi membantu memasak dan  menjaga kebajikan adiknya. Qeeb waktu tidak bersekolah akan membantu menguruskan pakaian dan kebersihan rumah. Ain memang khas menjaga kucing... Kiranya waktu ini akak nampak kelebihan mempunyai ramai anak perempuan. Waktu kami masih mempunyai bibik, mereka seolah2 tak tahu apa.. tapi terkejut juga akak  selepas bibik pulang, Zahrah dah mengemop seluruh rumah sebaik lepas solat subuh. Ain pun selepas solat subuh terus mengurskan kandang kucing dan membersihkan hal2 mengenai kucing... Qeeb pula mengambil tugas membasuh pakaian, menjemur, melipat dan masukkan dalam almari2 kami semua.

Memang terasa tugas dan tanggungjawap kami semua menjadi bertambah tapi nampaknya kami lebih gembira tanpa perlu menghadapi kerenah dan bergantung hidup dengan pembantu rumah.

##### 
Tapi ada satu perkara yang akak amat pening memikirkannya bila bibik dah pulang..
Siapa yang nak petik mangga kami yang berekar2 tu sebab hanya bibik sahaja yang pandai menggunakan alat pengait ciptaannya sendiri... Aduh... kena buka iklan jawatan pemetik manggalah cenggini...


Semuga semangat kami akan terus utuh dan bersedia menghadapi segala tugas dengan baiknya. In Syaa ALLAH....



Sunday, January 27, 2013

506 ~ Hari Keluarga Jabatan Kardiologi...


Sepatutnya di adakan pada tahun 2012.. tapi sebabkan banyak rintangan.. makanya di adakan hari ini. Kebetulan sepatutnya hari ini kami kena pulang ke Melaka kerana majlis perkahwinan anak kakak sepupu.. tapi demi tugas... terpaksa tinggalkan majlis dan hadiri majlis Family Day. Apa citer jika Family Day.. akak tak da... kan? Ahaks....




Sekeluarga...


Waktu tiba.. 
Banyak perubahan di sini. 18 tahun lepas akak ada juga datang kemari. Waktu itu Sunway Pyamid belum ada. hadapan ini masih tanah kosong/lapang untuk di jadikan ruang letak kereta... Sekarang dah ada bangunan Shopping Mall...



Package yang termasuk ialah lunch untuk semua.. 
Pilihan yang ada Nasi Ayam, Nasi Beriyani, Ayam goreng Marrybrown..




Selesai waktu bermain air di dalam Sunway Lagoon.. kami beralih ke Sunway Pyramid.
Menanti waktu solat Maghrib sempat merayap sebentar. Memang banyak kedai yang tiada di Shopping Mall yang lain..

Tempat solatnya sangat bersih dan besar..




Selesai solat kami pergi dinner.
Bubba Gump
Hakmilik Forest Gump..
Nampak kerusi yang Forrest Gump pernah duduk dan letak beg baju..




Menu..



Spagetthi meat ball




Shrimp pelbagai rasa hidangan..
Ada bersalut kelapa
ada yang di goreng dengan butter dan garlic..




Yang bersalut kelapa parut..




Ribs..
Akak cepat muak..




Untuk hilang muak kena minum
Lemonade berperisa Raspberry..




Yang ini menarik..
bila letakkan tanda merah,
pelayan akan datang bertanya apa yang kita perlukan..
ditempat lain disediakan loceng untuk di picit jika mahu panggil pelayan..




Tanda tak perlukan pelayan..




Si Meja pun di cetak nama Bubba Gump..

Untuk lainkali jika ke sini akak akan mencuba menu yang berbeza..

Bolehlah nak makan..
tidaklah teringin nak cuba lagi...
jika 6 bulan sekali nak datang, okay gak..



Wednesday, January 23, 2013

505 ~ Makan dalam bilik jer....





Balik dari dialysis tengahari tadi.. memang teramat penat...
Lepas ambil Qeeb, terus berhenti depan 7 Eleven beli air Sarsi... Then makan dengan Curry puff yang akak suka tu... nak makan nasi macam tak lalu...

Nostalgia sungguh...

Masa kecik2 dulu akak memang akan simpan F&N Sarsi yang emak beli 2 pak untuk dihidangkan pada orang datang... kebanyakan air Sarsi akak punya... kekadang air Ice  Cream Soda pun akak punya.. Orange pun akak punya... Kesudahannya.. bagi hidang kat orang dah tinggal sikit jer...

Sebaik sedut air Sarsi dalam mulut.... terasa macam suasana raya waktu kecik dahulu... Kenangan hari raya.. Juadah raya... semua dapat di rasai... Besttt....
Rasa yang sama sejak dahulu jika di minum lagi sekarang akan kembalikan kenangan....




Balik rumah berehat sebentar dan Qeeb masak yang ini.. Memang mudah... Masukkan dalam Microwave jer.... memang dah sedia seandainya anak-anak lapar... mudah jer nak dipanaskan...
Bawak naik jugak.. makan dalam bilik...



Pastu suami pun balik...
Bawak balik Limau Mandarin...
Makan dalam bilik gak...






## Masa berbunga dulu bukan main lebat...
jika tempah lori.. mau lori kontena yang besar tu..
tapi kena tiup angin..
jadi tinggal sebijik dua..
( Malas nak tengok dah...)



Dah tinggal togel...
Nasib2..
Lori dah tempah...





Tuesday, January 22, 2013

504 ~ Hangin...



Akak memang tak boleh jumpa orang jual Dukong. Mesti beli.. JIka beli pun, akak sorang jer yang makan kat umah tu... Selalu beli makan setakat yang daya jer.. paling-paling sekali hadap 5 butir.. pastu berhenti... tapi beli selalu sekilo.. Akhirnya ianya jadi hitam dan membusuk... masuk tong sampah..




Ciku pun akak suka..
tapi yang dah siap kopek dan dah sejuk dalam peti sejuk..
nak kopeklah tu yang malas....
nak makan jer...




Nangka ni Nek Mon antar sebijik besar semalam..
Puas mikir nak bagi saper lagi..
Manisnya.. ALHAMDULILLAH..
Kadang2 akak beli jugak yang jual dah siap kopek tepi jalan di BBBangi ni..
selalu hampa sebab tak manis.. nampak jer kuning jingga..
yang ini..
tak kuning sangat.. tapi manisnya menyengat...
tapi..
itu ler..
tak tahan dah tue  tak berapa nak muda ni..
makan petang, malam perut rasa semacam..
tapi tekak suka..




##
Nak bagi tau jugak..
Pokok Belimbing Nan Sebatang depan rumah tu dah berbunga semula..
Adalah dalam Sebijik selori jugak...




Monday, January 21, 2013

503 ~ Teringatlah pulak...


Teringat waktu sekolah dahulu...
Sekitar tahun awal 80 an..

Akak memasuki Persatuan Bulan Sabit Merah dan dilantik menjadi Pengerusi  Persatuan Bulan Sabit Merah...(Dah lupa nama yang diberikan... tapi diberikan pangkat iaitu berpangkat Sarjan..)

Bila dah bercampur dengan sekolah lain, makanya akak dah mula mempunyai teman dari sekolah yang berlainan. Kami bertukar nombor talipon tapi malangnya rumah akak tiada perkhidmatan talian talipon. Waktu tahun 80an, untuk mendapatkan line baru.. memang mengambil masa... walaupun ada jiran yang berkerja dengan syarikat Telekom dan membantu menguruskan 'masuk line' baru di kawasan rumah akak, ia tetaplah mengambil masa yang agak lama. Untuk berhubung dengan teman baru, akak sering ke pondok talipon.

Pondok talipon yang terdekat dengan rumah akak, kira-kira tiga blok dari rumah akak. Puas jugalah jika berjalan kaki. Pernah akak hendak menanyakan sesuatu dengan teman, akak mengajak Arwah Mak akak menemankan akak ke pondok talipon... Jalanlah kami dua beranak malam-malam..

Kenangan menggunakan perkhidmatan awam ini memang berbagai. Yang tak boleh tahan bila ada pasangan kekaseh yang bergayut lama tanpa memperdulikan orang lain yang menanti... Dahlah di tempat awam.. agak2lah... (Mentang2 masa tu masih sekolah menengah... mak pun ikut... Inesen lah...)

Kena tunggu lama... Ada yang benar2 memerlukan nak menggunakan talian talipon siap marah2.. tapi yang bergayut tu seakan tak boleh nak lepaskan buahhatinya di sebelah sana... Siap ada yang marah dan bahasakan... " Bawak baliklah Phone tu... cakap kat bilik.." Mamat/Minah yang bergayut tu boleh buat muka... 'Ada aku kesah????'

Memang waktu itu suasana sangat panas... Mau jadi perang jika tak sabar...

Tak sangkalah pulak sekarang setiap orang ada handphone memasing.. budak kecik pun dah ada... hahahahahaha Akak memang tak pernah terpikir kemungkinan akan ada kemudahan sebegini untuk berhubung. 

Sekarang jika tak boleh hubung hp, kita guna FB, FB Mesej, Skype, Viber, WhatsApp... tak akan pernah terputus....

Ayat yang selalu akak guna...

' Been There... Done That....'

ALHAMDULILLAH.

Saturday, January 19, 2013

502 ~ Taugeh dan Ikan bilis.... Dulu dan Sekarang....






Masa kecik2 dulu.. Bila mak minta tolong kopek ikan bilis, itu buatkan akak rasa nak bungkus kain baju dan lari dari rumah...
Sungguh... Kerja mengopek ikan bilis dan membuang ekor taugeh adalah dua kerja yang amat menyiksakan jiwa raga akak waktu itu.

Mahu rasanya akak mengamuk bawak parang minta tutup kedai jual ikan bilis kat Chokit Road rasanya waktu kena 'dera' kopek ikan bilis... Walhalnya ikan bilis jer pun.. Tidaklah teruk mana pun...
Tapi...
Penyiksaan kena panggil waktu sedang leka bermain dgn kenkawan kat luar rumah tu lebihlah terasa amat menghiris lebih2 lagi sewaktu peninggalan kita, kenkawan kita dah main games baru....
Tengok anak dara akak yg berkurung dalam rumah sahaja tak pandai keluar cari kawan ada rasa lega dan ada rasa mereka tidak merasa keseronokan bermain di luar rumah dengan kenkawan. Tak merasa menunjuk permainan masak-masak yang baru, kad games yang baru, pistol baru dan anak patung baru....

Berbalik pada cerita mengenai ikan bilis dan taugeh..

Entah mengapa pulak sekarang ni akak bila beli ikan bilis, tidak suka beli yang dah siap kopek.. sebab yang siap kopek tu bukan sedap mana pun.. putih bersih tapi bila goreng tak garing. Lain pula jika beli ikan bilis belum kopek yang datang dari Pulau Pangkor. Dahlah garing dan rasanya lebih sedap... Macamana pun akak akan cari yang belum berkopek dan akan kopek sendiri dirumah.

Jika kopek pun, akak akan kopek betul-betul. Tidak tipu2 macam masa kecik dulu. Jika dulu akak bukan kopek, akak siat jer perut ikan bilis yang hitam tu sebab kerja akan menjadi lebih senang jika buat begitu. Sekarang akak belah betul2, keluarkan perut ikan... kadang2 tulang2 ikan bilis tersebut pun akak buang sekali.. jadi bersih sangat...

Kenang kembali waktu akak kecik dulu kena dera  suruh kopek ikan bilis dengan waktu sekarang dah jadi tukang masak sendiri... memang beza. Sanggup kopek ikan bilis... waima masak sayur pun sayur taugeh.. memang lauk kegemaran. Jika dulu bila mak minta buang ekor taugeh, selalunya terjadi taugeh yang dibeli sekati, bila akak yang kena buang ekor, separuh masuk tong sampah. Padanlah mak selalu tak puas hati bila hasilnya jadi sikit...

Sekarang, akak punya sayur faberet ialah Taugeh. Macam tak percaya pula lah.. dan bila dah masuk sayur taugeh goreng dengan udang dan kucai... akak suka makan dengan sambal ikan bilis goreng kering2....
Mabeles....

Thursday, January 17, 2013

501 ~ Rupa-rupanya...





Seperti biasa anak dara ni memang tidur sekali dengan kami..
bila akak selimutkan dia, dia akan keluarkan kakinya dari selimut...
selalu dibuatnya begitu walaupun waktu itu dia sedang lena tidur...

Malam tadi, akak lansung tak bukak selimut..
Baru nak landing kepala, dia berbunyi....

Aisyah : Ibu, kenapa tak bukak selimut?

Ibu : Aisyah bukan pakai selimut pun....

Aisyah : Nanti saya Hachim-hachim  (bersin) kat  dalam kelas nanti...

Ibu : Tau pun sejuk... kenapa malam2 selalu bukak selimut?

Aisyah : Bila ada saya tak pakai, bila takda saya nak pakai....

Iyerlah tu... bila selimut bukak semula....