Thursday, April 12, 2012

322 ~ Melayan Anak Korea...


Semalam balik dari dialysis.. suami ajak gi makan Korean Food sempena anak Korea yang kami bela tu nak makan makanan kebangsaan dia... Lepas solat Zohor, bergeraklah kami ke Mid Valley. Satu hal yg akak paling geram nak ke Mid Valley adalah kesesakan keliling Mid Valley... nak masuk parking nya berpusing2 satu hal... kereta sesak disekeliling MId Valley satu hal... yang kita ni perut dahlah lapar... satu hal lagi... Mau jer pergi sana naik Komuter jer....

Selepas dekat sejam mencari jalan nak ke parking di Garden... baru ler dapat parking... atas bumbung lg...

Dan inilah Restoren Korea yg dicari... 
LG Mid Valley




Set pilihan Anak Korea tu..
Bangga dia bila dia pandai menterjemah bahasa Korea yang ada dalam menu...





Soba Spicy Soup pilihan akak..




Anak Korea sedang menikmati makanannya..



Anak Jepun yg di 'Paksa' makan makanan Korea...
Siap pesan " Qeeb, bukan semua orang Korea dekat sini yang suka makanan ini..."
tapi... tengok nasinya habis jugak...





Budak ni lagi best...
Semua okay saja...
Senang kira...




Taugeh Ipoh... my faberet..




Bean Curd yang diletakkan pulut hitam...
Nasi depa pun guna pulut hitam...




Bean Curd dengan Honey...
Sedap jugak...




Rumusannya...
Sedap.. boleh cuba lagi...

Tuesday, April 10, 2012

321 ~ My Faberet spot...




Suka kemari...
suasana sangat redup dan damai...
taklah jauh sangat pun...
Jom....




Thursday, April 05, 2012

320 ~ ALHAMDULILLAH...






Jika beberapa bulan lepas memang tak mungkin akak akan dapat mencapai dry weight. Selalu datang dialysis dengan berat sehingga 69kg dan BP jadi 180/110 dan bila nak tarik hanyalah mampu sehingga 3.8kg. Bila dah tarik begitu banyak, terasa sangat penat yang tak terkata. Selesai dialysis memang terasa sangat penat dan kepala terasa sangat berat. Kaki akan terasa kejang hingga ke perut.

Selepas beberapa bulan akak datang dengan berat yang berlebihan dengan air.. dan tarik air pun sangat banyak dari yang sepatutnya... Alhamdulillah... 2 minggu kebelakangan ini dah adalah sikit....disiplin diri. Datang pun dalam 66-67kg... tarik setakat 3.2kg... kemudian dah turun tarik 2.8kg...

Mungkin ramai yg tak faham proses pengiraan air.

Mari akak terangkan.

Doktor membenarkan had berat badan akak adalah 63kg.
Bila dapat 63kg.. B/P akak menjadi cantik tidak berlebihan.
selalunya jika berat datang hanya 66kg..
akak cuma perlu tarik air sebanyak 2.8kg
Had yg dibenarkan untuk berat badan 63kg adalah tarik hanya sebanyak 2.5kg
Jika ditarik lebih, jantung bekerja dengan lebih kencang dan akan membengkak jika terlalu banyak air.

Setelah mendapat berat badan ideal 63kg BP pun 114/78
Memang sesuatu yang baik dan perlu dikekalkan.
Amalan berpuasa pada hari tidak dialysis memang sangat membantu.

### Lebih pada catatan dan peringatan buat diri sendiri

Monday, April 02, 2012

319 ~ P R....



Setiap perniagaan yang menjalankan perniagaan yg kerap jumpa pelanggan perlukan PR yang bagus... Baik tuanpunya mahupun pekerja biasa saja...

Hari ini akak mendapat 2 layanan yang sangat selesa sewaktu berurusan dengan kedai jahit dan kedai gunting rambut...

Asalnya akak hanya mahu cuba-cuba menempah sepasang baju anak di sini. Tetapi melihatkan PRnya sangat baik dari tuanpunya butik itu sendiri, terus akak keluarkan lagi 2 pasang kain untuk dijahit disitu. Tengok, bagaimana kuasa PR yang baik dan berhemah akan mendatangkan rezeki buat perniagaan mereka.

Begitu juga dengan salun gunting rambut yang akak baru cuba tadi. Selama ini akak pergi ke kedai gunting rambut yang berdekatan dengan rumah tetapi sebabkan kedai itu tutup, akak mencari hingga ke seberang sana untuk menggunting rambut.

Cara pekerjanya menyambut kita sebagai pelanggan, sangat memuaskan hati. Kita pun jadi lembut hati daripada hanya gunting sahaja terus cuci rambut sekali... Lepas tu beli shampoo yang digunakannya untuk mencuci rambut akak. Bayangkan jika dia buat acuh tak acuh dalam kerjanya... kita sebagai pelanggan tak happy dan tak akan datang lagi.


Alhamdulillah... pencarian tempat jahit baju dan tempat gunting rambut sudah dapat yang berkenan dihati....
Akan kesini sahaja lain kali....

Sunday, April 01, 2012

318 ~ Mangga oh Mangga....



Ingin akak dendangkan di bawah pokok..

Mangga Oh Mangga
Bilalah Hang nak berbunga?..







Kali terakhir berbuah.. Hmmmmm.... Puaslah makan...
ambil yang kuning... esok lusa yg sebelah sini pula kuning...
dalam seminggu memang sentiasa ada...

Ooooooooo
Cepatler berbunga....



Saturday, March 31, 2012

317 ~ Ke Kg Baru...



Dah bertahun-tahun makan nasi lemak ni... hinggakan pagi tadi dapat sms dari seorang kekanda yang menghantar sms " Salam dinda pencinta Nasi Lemak ".... hahahahahaha..... heh heh heh... sehingga dapat gelaran Pencinta Nasi Lemak....
Mungkin kerana sejak sekolah rendah dah kenal dengan Nasi Lemak yang sangat sedap. Dan sehingga kini dok makan Nasi Lemak kerana nak cari rasa yang serupa. Tapi masih belum bertemu.

Nasi Lemak yang tersedap sekali dalam 'donia akak' adalah Nasi Lemak Makcik Som yang berniaga di premis persatuan Eurosian Jalan Raja Muda. Depan Sekolah akak Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Makcik Som berniaga setiap pagi. Nasi Lemak kukusnya yang tersangatlah harum... beserta dengan sambal sotong dan sambal nasi lemaknya.... Kangkong dan ikan bilisnya.... memang tak akan jumpa rasa dan bau yang serupa. Enaknya tidak terhingga.

Baru ni, selain dari Nasi Lemak Kak Sham.. akak mencuba pula Nasi Lemak Mak Wanjor... Premis jualannya di Pasar Minggu Kg Baharu. Pertama cuba rasanya okay juga. Akak terlupa nak minta sambal lebih... jadinya nasinya sedikit kering nak menghabiskannya. Tak apa... lainkali boleh cuba lagi.



Nampak sambal sotongnya pucat sahaja...
Sambal sotong yang selalu bantu bagi rasa Nasi Lemak tu jadi Ummmmmmpppppppp..
Di sini ada bergedil... Hmmmmm.... sedappppp puas rasanya makan...
lainkali nak cuba banyak lauk....
nampak ada macam-macam
ada rendang...
ADUH!!!!
Lapar tak tahan bila sendiri menggoda...




Thursday, March 29, 2012

316 ~ Beratur pun Beratur lah...



Dahlama tak kemari... Pernah buat entry mengenai Nasi Lemak Beratur Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dulu kalau beli tidak beratur... sampai sakit2 hati jadinya bila ada orang potong queue... Kita pulak kena buat muker seposen kat depa tu tunggu penjual tanya nak apa? Tension dan stress sangat...

Sehinggalah taklama kemudian, penjual membuat sistem beratur. Pembeli akur kerana kesedapan Nasi Lemak itu, maka pembeli sanggup beratur. Puas hati.. takda saper rasa di anak tirikan... Heh Heh Heh!!!! (Ketawa Lega.....)

Pagi tadi... sedang dalam forum dengan kenkawan, ada seorang tu katanya sedang membeli Nasi Lemak sambil berFB... Akak pun apalah lagi.... tengok jam... awal lagi... Terus mandi... Pakai wangi2... Berdesup pergi...

Pergi ke Seksyen 7, mencari Nasi Lemak Beratur. Sebab jika lambat... memang akan habis....

Dari dalam kereta nampak masih ada orang beratur. Maknanya Nasi Lemak tu masih ada.... Heh! Heh! Heh! ( Ketawa senang hati sebab Nasi Lemak masih ada...)



Agaknya jam pun dah pukul 8 lebih sikit hampir sembilan... Linenya taklah panjang seperti yang akak pernah kena waktu gerai baru buka... Boleh ngantok wooo menunggu...




Penjualnya memang sedang melayan pembeli...
Walau beratur... bergeraklah..
Adalah harapan..




Heh! Heh! Heh!
5 bungkus...
terasa macam nak makan semuanya sendiri
sebab memang bau sambalnya dan rendang ayamnya dah menikam-nikam hidung...




Tiba rumah... bila buka...
Voila.....

Nyum...nyum... nyum...