Friday, October 21, 2011

1188 ~ Bukan Rahsia Versi Akak Pulak....






Adinder Ja Ling .. U dah dapat makan CI di SR di SP ka? Jika belum.. bukanlah rahsia akak pergi lagi ke mari hari ini... Nak pergi sini rahsia-rahsia buat apa.... bagitau biaq pi lah...kan?? Kan Adinder????

Qeeb teringin sangat nak makan Durian Durian Cake...




Akak pulak...
sejak pagi tadi teringin nak makan  Noodle Tom Yam Kung..
dah banyak kali nampak kat blog orang lain.. tapi pagi tadi.. cukup mengujakan gambar di blog Juju... hmmmm tak boleh jadi ni....
Berdesuppppp.. lepas dialysis... lepas ambil anak sekolah...  terus pergi SR..

Adinder Ja..
U nak kata i kijam ke... aper ker.. katalah..
yang pastinya... bukan rahsia i kemari lagi hari ini...
makanan2nya memang sangat sedapppppp...
### Udang galah yang ada terndam dalam Tom Yam Kung tu... hmmmmm sangat fresh... kunyah terasa kenyal2 lagi....





LUEM

Thursday, October 20, 2011

1187 ~ Apasal jadi macamni????






Semalam, awal lagi dah tiba opis... Mesin dah siap rupanya... Haji Mulok dan Mahani sedang betulkan itu ini... Akak pun apalagi.. terus duduk dan tunggu untuk di cucuk.

Lepas dah siap semua, baru teringat... buka tak ambil lagi... badan tak timbang lagi... BP pun tak ambil lagi...
Mujurlah SN Mahani buatkan semua itu... Thank you Mahani...




Mintak Puan Chan belikan sarapan. Nasi lemak biasa takderlah pulak... belilah mee hoon goreng.
Bila makan, memang tak sedap... dapat makan dua tiga sudu sahaja.. lebihnya minum air sahaja...
Sementara nak menyampaikan 4jam dialysis, kepala dah rasa pening sikit, perut dah terlalu lapar..
Muiz offer nak belikan Pau ataupun roti.. tapi bila dia pergi cari... belum ada lagi Paunya... Roti yang akak mintak pun takder...
Selesaikan hingga 4jam dialysis... terus pergi lunch kat kantin...


Balik selesai ambil anak sekolah, kepala tersangatlah sakit lagi. Apalagi... tidur teruslah sampai Isyak. Mujur Qeeb ada. Dialah yang buatkan air panas untuk tuam di perut yang terasa memulas sejak pagi tadi. Maka nyenyaklah tidur hingga Isyak.

Selesai makan ubat... Terus tidur sampai pukul 6 pagi...
Puas dah rasanya tidur...


Tuesday, October 18, 2011

1186 ~ Bila bertemu...



Kami bertiga agak lama juga tak bertemu... last jumpa waktu pergi sarapan pagi di Kg Baru... Minggu lepas rasanya... hehehehe.... tak jumpa seminggu jer tu....

Bila dah jumpa... jauh pula langkahnya...
Akak bawa mereka ke restoren tomyam yang sudah akak biasa pergi sejak dari zaman anak dara dulu.... Alhamdulillah mereka semua suka.... menepati selera katanya... Syukur....







Daging masak merah adalah pilihan akak...



Kailan ikan masin..




Kerabu mangga..




Tomyam campur..




Ikan Siakap masak Kukus dengan Lemon..




Selepas sudah makan lunch.. kami minum tea pula..
kali ni ke Secret Recipe di BBBangi..




Memang dah pantang berjumpa...
Ada sajalah yang menggelikan hati...




Pilihan kek
Durian Cake
Chocolate Indulgence
Strawberry chocolate...




Kekenyangan hingga sekarang...


1185 ~ Kening 'The Rock'...







Dari sejak baby... Qeeb memang dah pandai naikkan kening begini...
sebijik macam 'The Rock'...

Kenan kah? Entahlah....





akak memang tersangatlah berkenankan The Rock tu..

Monday, October 17, 2011

Sunday, October 16, 2011

1183 ~ Hari Minggu....


Pagi2 selepas azan subuh sepi'ee.. akak dah pun bangun... buat sarapan untuk seisi rumah... (Hebatlah kunun-kununnya... ) Pergi kedai beli barang untuk buat Nasi Lemak Sambal Sutun dan sambal ikan bilis....

Selesai sarapan beramai-ramai dengan FIL dan MIL... akak ke rumah kenduri kawin anak Matron Hospital dan FIL dan MIL ke hospital menziarah 'ahli keluarga' yang mendapat rawatan di hospital sejak Jumaat.

Selesai majlis, kami juga terus ke hospital.

Kelihatan Unit Dialysis dari tingkat 8 Hospital Serdang...




Ruang legar di Wad Kelas Pertama, Tingkat 8.




Ruang kerja untuk Doktor dan isteri doktor......




Alhamdulillah... keadaan 'ahli keluarga' semakin baik... Syukur Alhamdulillah...


Saturday, October 15, 2011

1182 ~ Subhanallah..Masya Allah...








Waktu : Pagi semalam... Pukul 730pagi.... Pagi Jumaat 14hb Oktober 2011

Dalam perjalanan dari BBBangi ke Hospital Serdang.. melalui Silk Highway...


Di bahagian hadapan kelihatan bulan...

Di bahagian belakang kelihatan matahari sedang naik...

Indahnya....

Serentak dalam satu masa....

Allahu Akbar.....


- gambar di ambil sewaktu sedang memandu... jadinya dapat tangkap gambar matahari melalui cermin pandang sisi belah kanan kereta...




LUEM