Sunday, December 26, 2010

888 ~ Wah! cantiknya Nombor.....


Untuk nombor yang cantik... kena buat entry yang istimewa...

Yang ini adalah gambar akak sewaktu tahun 1990 dahulu... bergambar dengan anak saudara yang bernama Rais. Sewaktu kecilnya memang dia membesar didepan mata akak... Akak gemar membawanya berjalan-jalan. Gambar yang ini diambil ketika kami membawanya ke Melaka.




Okay... cerita mengenai family akak pula...
Gambar ini diambil ketika kami sekeluarga bercuti di Gold Coast Australia. Waktu ini anak hanya tiga orang... yang keempat belum lahir lagi...



Setiapkali kami menonton video percutian dan melihat gambar-gambar lama, Aisyah sering bersedih kerana dia tiada sekali dalam gambar tersebut. Banyak kali dia bertanya dimanakah dia, adakalanya akak boleh jawap dan ada kalanya dia tak dapat menerima jawapan tersebut.



Gambar Dr Rais dan isterinya Dr Sophia bersama-sama ibu dan adik beradik Dr Rais.
Kebetulanlah pulak Majlis Perkahwinan pasangan istimewa dihati ini jatuhnya pada hari tiket yang kami tempah sejak sebulan lalu.... Takdapatlah kami bersama-sama meraikan majlis perkahwinan Dr Rais. Terasa sedih juga.... tapi semuanya dah tertulis, rezeki kami tiada di majlis itu walaupun kad jemputan dihantar sendiri oleh Dr Rais.






Pada hari Ahad minggu lepas 19hb Disember... majlis perkahwinan Dr Rais dan juga tarikh kami dapat tiket ke Universal Studio Singapore. Semuanya demi Aisyah sebagai menghiburkannya yang tidak dapat bersama-sama ke Gold Coast Australia....








Buat pasangan Dr Rais dan Dr Sophia...
Barakallah Hulakuma wabaraka Alaikuma Wajamaa Alaikuma Bi Khair.....
Dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat....

Saturday, December 25, 2010

887 ~ Dah lama tak masak....

Rasa dah lama sangat akak tak masak...
samada akak pergi JJCL ataupun akak pergi JJCM atau JJMA...

Maka setelah lamanya dapur dikuasai oleh cik embak... maka hari ini dengan vangganya akak nak ceritakan disini ialah... akak dah mula masak.
Khamis baru ni akak pergi ke Pasar Tani Seksyen 16 dan dapat satu kepala ikan Jenahak. Memang sesuai di buat kari...



dan bila dah ada kari mesti ada...
.
.
.

samval velachan cili api.....




dan sayurnya ialah...
.
.
.
.
kacang buncis goreng dengan udang dan telor...



dan juga...
.
.
.
.

tempe goreng tepung.....




Jom kita mengadap sama-sama....
Lunch cum dinner akak hari ini...


Friday, December 24, 2010

886 ~ Satu ayat..2 makna...


Sewaktu mencari-cari t-shirt untuk si montel...
nampak yang ini terus berkenan...
anak-anak sewaktu kami berjalan2 di Orchard Road dah memuji...
" Ibu, bersih kan Singapore ni...."

Bila jumpa t-shirt ni terus beli....





tapi.....
.
.
.
.
.
.
.

belakang t-shirtnya tulis cenggini pulak....




Akak suker sangat......

1. Part No urinating in Lifts - itu yang paling bagus di kuatkuasakan... selalu terkena bila pergi ziarah kawan kat flat... masuk lift memang berbau semacam.....

2. Part No sale of cigarettes under 18 - akak pernah lihat sendiri tokey kedai runcit menjual rokok pada budak yang pakai baju seragam sekolah... lepas tu akak terus berhenti dari pergi kedai dia.

Yang lain-lain tu... untuk diri sendiri pandai-pandai ler.....

Wednesday, December 22, 2010

885 ~ Kemuncaknya - Universal Studio Singapore

###Tukaran wang SD1.00 = RM 2.45

Hari Ahad 19hb Disember 2010.

Tibalah kini hari yang amat dinanti-nantikan oleh semua anak-anak yang berbintikan Abdul Kahar.... Hari berpesta di Universal Studio Singapore.

Seawal pukul 600 pagi semua sudah dikejut untuk mandi dan bersiap-siap menunggu bas yang sedia menanti di perkarangan hotel. Tepat pukul 700 pagi, semua dah menaiki bas...





Urusan di Imigresen Tuas berjalan dengan lancar pagi ini. Mungkin sebab kami antara penumpang bas yang terawal dan tiada kesesakan seperti semalam. Urusan lebih cepat dan mudah.

Kami di turunkan di Kawasan Hentian Bas di basement Resort World Sentosa. Dari situ kami menaiki escalator dan ini yang pertama sekali kami jumpa...

Olehkerana USS hanya dibuka pada pukul 100 pagi dan kami antara yang terawal tiba, kami sempat pergi mencari sarapan pagi di kawasan sekeliling luar USS. Syukurlah terdapat 7Eleven yang menjual sarapan seperti sandwich, mee hoon dan air hot chocolate. Mencukupi untuk mengalas perut. Restoren yang terdapat di sekitar USS juga turut memulakan perniagaan pada pukul 1000pagi.

Sempat bergambar kenangan...




Antara tempat2 yang menarik didalam Universal Studio.



Akak sempat bergambar dengan Mr Frakenstein... (Boipren lama akak ekceli.. tapi sebab dia tidak seganteng abah anak2 akak, akak tinggalkannya buntang walaupun hidung mancung...heheheheh BPPJ )
Anak2 tidak turut serta kerana depa takut melihatkan make-up Mr Frankenstein.



Sempat jugak bergambar dengan watak dalam Revenge of the Mummy..



Gambar awal tiba..sebenarnya..



Aisyah dah ada lesen memandu... kami dipandunya dalam ride 'Treasure Hunters'...
Boleh tahan jugak anak bongsu akak ni...



Sempat main air pancut di Jurassic Parks..



Menemankan Aisyah main Dino-Soarin...



Merehatkan diri di depan kedai Hersheys...



Aisyah dibelikan bekas air yang cukup menarik kerana ketinggiannya...



Anak-anak yang lebih dewasa menaiki ride 'Canopy Flyer'... Aisyah yang awalnya turut bersama beratur dengan kakak-kakaknya dipujuk agar tidak turut bersama.



Sebagai ganti abahnya turut menemankan Aisyah menaiki 'King Julien's Beach Party-Go-Round..


Sebelum persembahan dari Water World kami dihiburkan dengan aksi simbah/tembak air...



Persembahan yang hebat dari para stunt man & Woman.. sangat menghiburkan..
letupan dan tembakan... terkejut2 akak jadinya...




Letupan yang sebahagian dari persembahan...



Berhenti makan tengahari di Restoren Goldilocks...
ada tanda halal...
Ada Aiskerim jenama antarabangsa Ben & Jerry.



Waktu menunggu meja memang mencabar kesabaran... Alhamdulillah Allah mudahkan...



Sambil menanti kakak-kakaknya menaiki ride yang lebih bahaya... Aisyah bermain dengan ibu dan abahnya...




Akhirnya Aisyah kepenatan...


Sempat terlelap seketika...



Selesai semua anak-anak menaiki ride, kami pergi solat jamak dan qasar di Guest Services.

Tips yang berguna tiada dalam brochure Studio Guide.

Tempat solat/Musolla.
1. Pergi ke bahagian hadapan USS.. terdapat Guest Services. Disitu ada tempat solat.
Bersebelahan dengan Baby Room. Disediakan tempat solat di bilik stor yang agak kecil. Berkongsi jemaah lelaki dan wanita. Untuk mengambil wuduq kena ambil di tandas yang terletak tak jauh dari situ.

Tandas yang disediakan hose.
2. Tandas yang mempunyai paip air untuk 'cebok' adalah setiap tandas yang dihujung sekali. Satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Tandas yang awal memang tiada.



Secara keseluruhannya.... memang best membawa anak-anak berhibur/bercuti di Universal Studio Singapore.....
Alhamdulillah..

Tuesday, December 21, 2010

884 ~ Bestnya cuti...

Kisahnya hari Jumaat..

Selesai dialysis, kami menjamu selera di Mc Donald BBBangi sementara menantikan abahnya solat Jumaat di Masjid Hasanah. Selesai solat pukul 200 ptg, kami pun bertolak ke Johor Baru.




Sempat singgah di R & R Pagoh sebelah selatan. Pernah dengar Nasi Ambengnya sedapppp...
Selesai solat jamak takdim dan Qasar.. kami pun berehat sambil menjamu selera disini. Akak yang lebihnya nak rasa Nasi Ambeng original...

Memang sedappppp......


Nama gerainya... jangan tak jumpa pulak...



Kami tiba di Tune Hotel JB +- pukul 7malam. Memang selesa dapat merehatkan diri setelah perjalanan yang agak meletihkan.


Ceritanya hari pertama....Sabtu

Pagi-pagi dah kelihatan bas-bas menanti penumpang/penghuni hotel yang buat sama seperti kami. Bermalam di Tune Hotel dan tinggalkan kereta.. masuk Singapura dengan menaiki bas. Bas yang disediakan sangatlah selesa...
Kita tak payah nak pening memikirkan mana nak parking.. mana nak cari jalan ke tempat yg nak dituju kerana pengangkutan teksi di Singapura amatlah banyak dan mudah di dapati.



Keranamu Aisyah...
patutnya ibu kena puasa sabtu dan ahad...
tapi ibu terpaksa juga meluangkan masa membawa aisyah berjalan-jalan...


Tiba di Imigresen Singapura... Kami melalui link kedua CIQ - Custom immigration Quarantin TUAS.
Pengalaman hari pertama agak meletihkan kerana kami terpaksa menanti bersama-sama penumpang yang dari bas yang lain. Tapi pada hari kedua kami melalui imigresen ini kami lebih mudah kerana kami menaiki bas yang awal dari semalam. Semalam bas pukul 830pagi.. hari kedua kami memilih bas pukul 700pagi. Di imigresen tidak ramai lagi pelancong dan penumpang bas seperti mana hari pertama....


Tiba di Marina Bay Sands kami mengambil teksi untuk ke Orchard Road. Mercu tanda Orchard Road yang masih sama sejak akak mula-mula ke Singapura bersama keluarga angkat +- 30 tahun dahulu. Dahulunya bangunan ni di panggil CK Tang.. Sekarang Tang Plaza. Tiapkali akak masuk Singapura, akak mesti akan di sini. Teringat masa muda-muda dulu menyopping dan makan-makan di sini...



Pertemuan dengan Puan ***** dan Encik ******** dan anak-anak mereka di Orchard Road... berlanjutan sehingga kami dijamu lauk Minang di Kampong Gelam. Masjid Sultan di Kampong Gelam dijadikan tempat solat kami dan kemudiannya kami menjamu selera di Restoren Minang. Puan ***** yang mengenali akak sebagai tekak Minang memilih untuk belanja kami makan tengahari di sini. Alhamdulillah dan terima kaseh buat Puan ***** dan Encik ******** yang telah sudi meluangkan masanya menemankan kami hari ini.... Jangan lupa datang ke Bangi tau...





Antara menu lauk-lauk Minang...

Antara yang tersedapppp....
Rendang Ayamnya....
Kecur mulut jadinya...



Selesai jalan-jalan di sekitar Arab Street dan Kampong Gelam.... kamipun pulang ke Marina Bay Sands untuk menaiki bas pulang ke Johor Bharu.
Sempat bergambar sekeluarga...



Dari sini kita boleh beli tiket untuk menaiki ke Skypark.



Gambar Skypark...
Memang gayat melihat ketinggiannya....
( Kami belum berani...)



Peta di Orchard Road...

Kampong Gelam...
( Berkali-kali akak masuk Singapura..baru pertama kali ke daerah ini... Suami dah pernah solat di Masjid Sultan sebelum ini...)



Marina Bay Sands...
Masih dalam construction...
bila dah siap sepenuhnya sure lebih meriah...