Thursday, August 26, 2010

733 ~ Derma Umur 20


Semalam sekembalinya ibunya dari hospital... Aisyah membuat pertanyaan...

Aisyah : Ibu, Ibu sakit ker?.. Kenapa ibu kena selalu pergi hospital??

Ibu : Iyer.. ibu sakit... ibu sakit buah pinggang...

Aisyah : Ibu sakit macam mana kalau sakit tali pinggang...??

Ibu : Buah Pinggang ibu dah rosak... jadinya ibu kena pergi hospital untuk cuci darah... Kalau ibu dah cuci darah, barulah ibu rasa sihat...

Aisyah : Nanti bila saya umur 20.. saya bagi saya punya tali pinggang biar ibu tak rasa sakit...

Ibu : Aisyah.. nanti Aisyah kena operate.. keluarkan buah pinggang Aisyah...

Aisyah : Saya tak akan rasa sakit nanti... saya bagi kat ibu bila umur saya 20 tahun.

Hmmmm.... Bual bicara ini hanya kami saja yang terlibat. Aisyah tidak di ajar oleh sesiapa... Mungkin Aisyah pernah mendengar bual ibunya dan kakaknya.
Mendengarkan perbualan ini pun, ibunya dah rasa sihat... tak perlu menunggu 20 tahun untuk mendapatkan buahpinggang anaknya...

732 ~ Tembakan anaknya...


Ibunya cukup malas nak membaca kitab-kitab mengenai DSLR yang dibelikan abahnya..
ibunya juga malas nak hadiri kursus fotografi yang diberikan oleh SONY..
tapi..
ibunya nak jugak DSLR..

Lalu ibunya menghasut anaknya yang sememangnya minat nak menembak menggunakan DSLR
Anaknya memang menantikan saat DSLR bertukar tangan...

Berpandukan kitab dan majalah yang dibelikan oleh abahnya kepada ibunya
anaknya rajin membaca walaupun belum katam..
banyak ilmu yang diperolehi...
sambil menunjukkan kepada ibunya...
ibunya buat tak tahu tapi dalam hati lega sebab kitab dan majalah yang dibeli dah ada orang yang baca...
taklah ibunya berasa bersalah sangat-sangat

Inilah hasil tembakan si anak....












Akak perhatikan ramai jurugambar profesional minat ambil gambar bunga semarak api ni... Doktor???... akak dah baca komen doktor mengenai bunga ni....




Rasa-rasanya gambar ni macam terbalik...
takpalah... bukan masuk pertandingan ponnnn...




Wednesday, August 25, 2010

731 ~ Gambar baru hari ni....


Terlewat bangun dan bersiap..
samalah lakibini sama jer...
Anak-anak yang dah siap sejak 630pagi....

Keluar kat porch tengok langit cantik sekali..
dah pukul 705pagi...
selalu masa ni dah sampai spital..

Masya'Allah... cantiknya kurniaan dan ciptaan Allah....


Ini pun cantik juga... AllahuAkbar...


Tiba di unit dialysis...
Bibik cepat-cepat keluarkan barang dari beg..
tugas yang tak perlu nak di arahkan...
macam wonderpet... Kerjasama....



Dah dekat dengan TV.. tapi akak bukannya minat nak tengok TV pun...
Lektok lagi best...



Jiran-jiran dahulu... dah jadi jiran sekarang...
Uncle yg pertama tu.. ada 2 orang anak yang bekerja sebagai doktor..
Uncle Loo yang kedua tu.. sering ditemani isteri....
Shamsiah... supplier kopi 434 dari Muar dan juga selalu belikan nasi lemak kat tempat yang dia rasa sedap...



Shamsiah ni dulunya duduk depan akak.. disini..
sekarang dia ambil boipren akak uncle Loo..
kalau dulu akak sering duduk rapat-rapat dengan uncle Loo..
(jangan sangka bukan-bukan..) akak nak pakai plug yg terletaknya belakang uncle Loo..
kami punyerlah rapat sampai boleh main sep-sep...
isterinya Puan Loo dah faham.. senyum jer...
agaknya dalam liver.... Huiiiisssshhhhh... takot....



Ini adalah Uncle Chan..
First time akak dialysis, memang akak duduk mengadap dia...
Isterinya Puan Chan juga adalah teman setianya...
selalu Puan Chan datang berbual dengan akak
pada Puan Chan akak pernah menangis mengenangkan masa sakit teruk dulu..
Puan Chan sering datang memujuk...
bila dia lihat akak sekarang..
dia selalu senyum lebar
selalu dia tegur dan kata akak dah nampak sihat dari setahun dulu...

Pakcik sebelah tu adalah Pakcik Salleh..
Lembut tuturkatanya..
kalau berbual dengannya kena perhati betul2 mulutnya dan dengar baik-baik..
orangnya lembut..
Isterinya juga selalu menemaninya..
Peramah isterinya...
Kadang-kadang kami akan berbual-bual...



Puan Chan yang berbaju putih tu..
Gembira dia bila akak dah pindah depan suaminya semula..

Makcik yang berkerusi roda tu adalah
makcik Jamilah...
supplier karipap segera, pucuk ubi dan buah belimbing buluh....



Begitulah kami setiap kali bertemu..
bayangkan..
dalam seminggu 3 x jumpa..
4jam setiap sessi..
mana tak mesra...
dengan adik beradik sendiripun kita tak jumpa sekerap itu....

730 ~ Teman ziarah....


Kali ini akak nak berkenalan dan beramas mesra dengan yang pengunjung di blog akak ini... melalui feedjit ada tertera dari mana datangnya pengunjung-pengunjung ke blog akak...

Selamat datang teman-teman yang datang dari :

1. Lanas, Sabah...
2. Singapore
3. Salisbury, Wiltshire, United Kingdom
4. London
5. Plano, Texas, Amerika
6. Sudan
7. Indonesia
8 .Miri, Sarawak

begitu juga kak Zah dari Ukraine... dan juga kenkawan sesama blogger...

Tidak mahu dikatakan ego kerana tidak menegur lansung pada pengunjung di blog akak tetapi akak memang tak tahu siapakah anda yang datang berkunjung... sebab tak mahu dikatakan ego.. akak mencari dari feedjit dari manakah asalnya anda...

Untuk itu... jika sesiapa yang sudi untuk meninggalkan nama untuk akak kenali. Lebih seronok jika kita saling kenal mengenal....

Salam perkenalan telah akak hulurkan buat anda semua.....

729 ~ Pindah...


Nampaknya akak masih berpindah randah... Ari ni pindah di seksyen sebelah sana... (seksyen lama).

Masuk2 unit dialysis, petugas bagitau akak dah pindah sebelah sana... rupa2nya akak balik ke seksyen asal... bersebelahan dgn sham, uncle Loo dan di hadapan akak adalah uncle Chan dan pakcik Salleh. Boipren lama kekdahnya... boipren baru kenal.. uncle Tang... kena tinggal... Kerusi yang akak duduk ni bekas kerusi uncle Kok...

Akak terlewat hari ni sebab otw ke hospital... kami buat lawatan muhibbah ke petronas... ingat citer wan ja dan wan som yg terpaksa bergegas dlm usaha untuk mengeluarkan sesuatu yg patut dikeluarkan ditempat yg sepatutnya tetapi situasi tak membenarkan... Waktu itu mmg kita rasa kalau kita turun dari kereta, kita buleh lari pecut lagi laju dari ferrari untuk kesatu tempat..... Kita rasa amat gelisah... Peluh2 mula kelihatan... pandangan kita pada si pemandu.. makin halus-halus dan mengecil...

Pemandu yg dah memahami turut bersimpati... Mind Over Matter pun tak boleh dijadikan wirid... Mujur dia tak cakap apa2... nampak jer Petronas... dia pun faham.. terus masuk dan parkir....

Phewwwwwwww! mujurlah... tiada berlaku insiden yg memalukan sehingga 7 keturunan... syukur.......

Seri/bibik baru cerita...
uncle Tang (uncle yg suka tengok akak makan) cukup cemas bila akak tinggalkandia..
dia bertanya seri kemana akak dipindahkan.. seri bagitau ditempat lama... dia bertanya macamana akak makan... makan apa.. seri dah belikan ke belum... cukup perihatin dia.... walaupun jodoh kami hanya sebentar... perihatinnya masih ada.....
yang bestnya bila seri kata akak beli NL.. dia senyum dan kata.." Ya.. dia memang suka nasi lemak....".
Thank you uncle.....

Tuesday, August 24, 2010

728 ~ Bila hati rasa resah...



Hari ni hati rasa tak tenang...
Mungkin kerana ABC...
jika tidak tu.. taklah begini rasanya...
selain dari beristighfar...
akak layankan lagu ini...
memang terasa lega sedikit...

Alhamdulillah...
Lagu-lagu Maher Zain memang terbaek...
Senikata/lirik yang halus..
Irama yang merdu....

The Chosen One
For the Rest Of My Life...
Always Be There
Insha'Allah....

727 ~ Pasar Tani di Telok Mas.


Angin rajin bergambar...
Wan Fa punya gambar akak cilok...
Akak tiru aksi terhangat Wan Fa dan Wan Atip...
( Kan satu ketika dulu Wan Fa guna gambar ni untuk Profile dia...)
Kak som..
Hari tu i tiru Profile U...
bila u tukar ketam, i dah tak boleh nak tiru....
( Hellooo.... Fa....!!!! where are you?????........)



Ini adalah buah mata kucing yang bukan dari pokok akak...
ini adalah mata kucing dari pokok jiran FIL akak...
dia punya pokok (tak sanggup akak nak tengok sebab tahap jelezzzzzzzzzzzz)
buahnya punyerlah lebat...
sampaikan dia boleh bagi setangkai kat FIL akak....



Hari ahad hari tu, akak dan suami ke Pasar Tani di Telok Mas..
Pergi dah pukul 12 tengahari.. tak banyak gerai yang masih ada..
mujurlah gerai yg penting-penting masih ada...
Gerai daging...



My faberet untuk buat chekodok...
Udang ini adalah sangat segar dan baru
besar-besar dari biasa....



Hmmm... kenangan pahit manis dengan ikan kerisi....
Tak akan ku buat lagi...



Ini ikan yang selalu akak dapat kalau memancing dengan FIL...
Ikan gerot-gerot ataupun serkot...
Pelik sikit namanya.. tapi sedappppp...



Ikan senangin dan ikan kurau...



Sekarang sedang musim duku langsat...
sedap dan manis....
mungkin inilah penyumbang pada cherry berryy kami sekeluarga...
doktor (S)??? ada komen????



Ini adalah Geragau...
suami cukup suka kalau geragau dibuat chekodok...
memang sedap...
Sekarang sedang musim...
Geragau boleh buat cencalok dan belacan...
( Ja panggil Velachan.... )



Kupang...
Kecik-kecik.. tak minat nak beli...



Rokan...
Besar sangat...
Tak beli jugak...
( Selalu macam tu... bila ada tak nak beli... bila dah takder musim... tercari-cari...)



Kita sebok bergambar dengan pokok mangga kita yang dalam pasu..
Ini pokok mangga tepi jalan tak der sapa pun heran..
Kita jer yang heran...
Klik dekat-dekat...
buahnya... besar-besar...
Yani..
I mengaku pokok ni i punyerlah...