Ada seorang doktor sedang tidur dengan nyenyaknya.
Beliau tidur mengiring dan tangan kirinya diselitkan dibawah bantal.
Tetiba beliau terasa ada satu tangan landing baik punya di muka beliau. Sudah tentu beliau rasa terganggu sebab tangan tersebut.
Lalu beliau ambil tangan tersebut dan cuba untuk mengalihkannya dari wajah beliau. Sebaik di angkatnya tangan tersebut, beliau rasa terkejut kerana lansung tidak merasa sentuhan tangannya yg sedang memegang mengalihkan tangan tersebut. Terus beliau menggoncangkan tangan tersebut. Sebaik digoncang, beliau masih tidak merasai goyangan tangan itu.
Rasa panik telah datang dalam fikiran doktor tersebut..
" kena stroke kah aku ni?...." Katanya dalam hati? Digoyangkannya lagi masihlaaa tidak terasa...
" Memang sahlaaa aku dah kena stroke ni..." Getus hatinya. Tapi matanya masih tidak dibukanya..
Dalam pada memikirkan hal tersebut, doktor telah membuka matanya. Dilihatnya tangan yang dipegang tidak berasa itu ialah tangan isterinya yang lansung tak sedar apa walau di goncang tangannya berkali2....
Siapa pula yg kena stroke ni ek?
Senang hati doktor tersebut bila melihatkan tangan yg disangka dah tak
Berasa itu sebenarnya terselit bawah bantal.
Gitulaaaaa kisah doktor yg mendiagnos dirinya dalam keadaan tidur.
Bangun pagi, jadi bahan ketawa doktor itu dengan ahli keluarganya.








