Monday, July 15, 2013

559 ~ Balik Berbuka dengan Abah....



Lama juga akak tak buat entry baru... Memang malas rasanya tetapi ada orang dah ingatkan kata bukan ke Blog ni seumpama diari untuk anak dan cucu.... ( Hmmmm cucu tu.... jika cakap kat Qeeb sure dia dah menyeringai siap bagi nama cucu tu.... Dalam liver dia... Wooooo ibu pun dah berangan nak tengok cucu...)

Sebelum terlupa... Khas buat Doktor Singa... ( katanya hari tu jika lalu kat sini kalau tak nampak budak yang sedang selak rimbun pokok .. memang kena pakai cerminmata... Untuk menjimatkan kos dan mengkayakan Optometris... akak perhati betul2 sebaik melalui jalan ini.. 


Jeng..
jeng..
jeng...

Tu diaa....!!!! Budak yang sedang selak rimbunan pokok sebab nak tengok akak lalu.....



Betul2 berhadapan dengan Mutiara Motors...
Kawan akak yang memandu nampak gambar AA..
akak cuma nampak kereta Audi...


Petang Jumaat selepas habis waktu sekolah Ain dan Aisyah... kami balik ke Melaka.
Dalam perjalanan singgah McD sebab budget masa memang tak sempat nak berbuka dengan Abah sekeluarga...
Azan Maghrib kami berhenti di Petronas, makan burger untuk berbuka.


Hari Sabtu... memang sessi membalas dendam.
Seawal pukul 3 petang akak dah keluar rumah.. Pergi PaRam Taman Telok Mas... Memang ternanti-nanti tiapkali Ramadhan, akak akan ke gerai Kak Faridah yang menjual sambal sotong.. Terbaek.
Tapi menurut kata Kak Faridah, mungkin tahun depan dia tidak lagi berniaga sambal sotong kerana harga sotong yang terlalu tinggi. Tapi... Jika ada permintaan... beliau tidak keberatan  mengambil tempahan untuk makan seisi keluarga...




Susunan sotong Kak Faridah dah susut bila akak borong separuh dari yang dijualnya.
Memang nak makan puas-puas...
Alhamdulillah..
Sejak mula akak makan sambal sotongnya hinggalah ke sabtu lepas... tak berubah rasa sedikitpun...
Syukur.





Tuanpunya gerai Kak Faridah.
Airtangannya memasak sambal sotong dan menggoreng mee memang terbaek.



Monday, July 08, 2013

558 ~ Al Fatihah





Pagi Jumaat...
5hb Julai 2013
26hb Shaaban 1434 ...perginya insan yang sangat istimewa.

Menderita sakit kanser ovari sejak 10tahun lepas.
2kali kimo... akhirnya beliau dipanggil mengadap penciptanya,

Sebelum mendapat kanser, beliau seorang yang sangat rajin melakukan kerja-kerja amal.

Akak mengenali beliau sewaktu akak bekerja dengan Muslim Convert Association di Setiawangsa.
Kami membawa masuk dua orang pendakwah terkenal iaitu Sheikh Ahmed Deedat dan Yusuf Islam.
Waktu itu beliau menetap di Brunei Darussalam kerana suaminya bertugas di Shell Brunei.
Beliau turun ke Kuala Lumpur sama-sama menjayakan program dan kemudiannya menyelia siri ceramah Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat di Brunei.




Kenangan akak dengan beliau sewaktu menghantar hadiah buat isteri Saudara Yusuf Islam di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz ketika itu.... Kami bertemu dengan saudara Yusuf Islam dan menyampaikan cenderahati khas buat isteri beliau. Memang menjadi  kenangan paling manis kami berdua.

Buat Kak Ida...
Semuga kak ida ditempatkan bersama para solihin.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., penghulu sekelian Rasul dan juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, jadikanlah kubur kak Ida ini sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
Ya Allah, Engkau ialah Tuhan bagi kak Ida..
Engkaulah yang menjadikannya dan Engkaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam;
dan Engkaulah yang mencabut nyawanya.
Engkau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya.
Kami sekelian hadir atas tujuan memohon syaafaat kepadaMu untuk kak ida;
Ya Allah ampunkanlah segala kesalahan kami dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh kak ida;
mohon limpah kurniaMu jua wahai Allah, Tuhan sebaik-baik pengurnia rahmat.
Allah cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

( Kali terakhir akak bertemu kak ida ada di entry 
282 ~ Yang Jauh kita dekatkan... Yang dekat.. Kita mesrakan bertarikh Selasa 7hb Febuari 2012...)

Saturday, June 29, 2013

557 ~ Kemain lagi nak nyambut.......







Bangun pagi... Ibu menyanyi...

Ibu : Happy birthday to you... Happy Birthday to you.....

Aisyah : (Segera berbunyi) Eh!!... Esoklaaaa....

Ibu : (Nak ngusik lagi) Happy Birthday to me.... Happy Birthday to me...

Aisyah : Ibu punya lambat lagi laaa......

Cukup perihatin dengan tarikh hari lahir dia. Sebulan sebelum dia dah menyebut-nyebut.

Malam tadi dia dah pesan dengan abahnya...

Aisyah : Abah... besok masa birthday saya... Kita pergi tengok movie. Lepas tengok movie kita pergi shopping. Kita shopping kat kedai yang ada jual pokemon. Masa balik saya nak masuk rumah abah nyanyilaaa lagu "Happy Birthday Aisyah"....


Amboi..Amboi..... kemain lagi tu...... Siap plan sambutan majlis harijadi dia....

Thursday, June 27, 2013

556 ~ Soalan ini tiada dalam SPM.......





Satu malam sedang kami rehat-rehat datanglah anak ketiga masuk ke bilik.
Sambil menonton bersama kami, dia sempat bertanya dengan keadaan teragak-agak sangat....

Ain : Abah..... Jika ....Aaaaaaaaa macam..macam...macam ........jika kita dah besar.... macam dah habis belajar... macam dah tak sekolah lagi... macam bukan tingkatan dua... macam dah besar... - Jika kita.. macam.. macam nanti jika kita... macam... aaaaaaaaaa.... cari suami... aaaaaaaaaa macam ... aaaaaa kita kena dapat approved dari kedua family ke?.........

Abah: ( Lama terdiam... pandang wajah Ain sambil menahan ketawa.....)
Ain... aaaaaa macam..macam... Ain baru tingkatan dua... macam... Ain kena habiskan sekolah dulu... aaaaaaaa macam... Ain kena belajar pandai-pandai dulu.... aaaaaaa.... macam.... periksa semua dapat straight A.... macam......aaaaaaa..... lepas tu masuk Universiti... aaaaaaaa... macam...aaaaaaaa..... dapat kerja jadi doktor.... aaaaaaa........ Baru boleh tanya soalan ini semula.....

Aisyah : Ain cakap apa ni Ain? ( Tetiba menyampuk...)

Ain : Awak jangan masuk campur... ini Teenager punya stuff...

Aisyah : Ibu Adult... Abah Adult... bolih dengar juga....

Ain : Meow!!! ( Ain jika marah suka buat bunyi kucing nak gaduh...- Terus keluar dari bilik...)

Tuesday, June 25, 2013

555 ~ Bila sakit TOBAT...



Sebelum memulakan cerita... nak ketawa sat....
Ekekekekekekekeke
Bukan apa...
citer yang bakal diceritakan ni...

Masa sakit seminggu lepas... rasa Tobat yang amat.... Nak makan pun mesti berhati-hati.. Pilih-pilih..

Tup-tup... Bila dah ke pasar pagi tadi...

Nampak kepala ikan jenahak dah melambai-lambai suruh ambil...

" Amiklaaa.... masak kari kepala ikan ni memang sedap.... " Pandangan sayu dari mata Jenahak tu.

Apalagi akak pun amiklaaa....

Masakkkan kari....

Ya ALLAH Ya Rabbi Ya Tuhan.... tersedaplah pulak...
(mahap cakap yer...).
.
.
.



Then.. sebagai sayur ada la pulak taugeh besar ni..
Sejak dari kecik akak panggil Taugeh Ipoh.. ( Dont know why... ask the Taugeh okey.. oppssss ask the Taukeh...)
Ada udang ada kucai...
memang terbaek...




Aleh-aleh.. waktu membayar harga taugeh dan daun kucai ternampak pulaklah bacang sebiji...
tergolek-golek minta di ambil...
katanya pula..
" Dah masak kari kepala ikan... takkan takmo sambal.....?? Amacam? Beranni????"
- Kurang asammm punya bacang... berannni dia cabar akak... Ish.iish..ish.. nak kena cencang dia ni...
Lepas cencang tumbuk kasi lumat... biar dia rasa..... Padan Muka Awak!!!!
Memikirkan perut dah getting okay sikit malam tadi sebab dah tak makan Eno...
okay ajerlaaaa..




Bila dah campur dalam pinggan...





Part kepala tu yang tak boleh tahan...
Nyum-nyum.....





Ceritanya...
masa sakit memang TOBAT...
baik jer sikit..... TAU BUAT...
Sakit semula kalu......
Tanggung sendiri aaaaaaaa........

Monday, June 24, 2013

554 ~ Bukan nak Ngengada.....tapi betul....



Bila makan ni
.
.
.
.


 .
.
.
.
.
.

ini.....




.
.
.
.
.
Ini...





.
.
.
.
Maupun yang ini...




.
.
.
.
.
 Dan yang ini juga...






Perut takder pula meragam..
tidaklah sampai seminggu kesannya...

Tapi...

.
.
.
Jika yang ini ... silap haribulan...
Mau merana juga perut sebab cili api...




Akhirkata...
Umur dah semakin meningkat..
perut pun dah tak larat dah nak melayan tekak yg minta macam-macam...
berpada-padalaaaa...
nak makan ... pikir dulu kesannya...
jangan main makannnnn jer....

( Peringatan buat diri sendiri setelah dekat seminggu perut sebu... menganggu perjalanan dialysis juga....)

Thursday, June 20, 2013

553 ~ Kerana tekak.... badan merana..... :-(




Hari Selasa...
Hari selasa adalah hari cuti dialysis. Mengemas serba sedikit makanya malaslah nak memasak.
Pergi kedai Mak Siti belakang kedai Amir dah jadi tempat akak mencari lauk tengahari.

Pilihan lauk memang banyak.
Kerap akak mengambil kari daging, sambal belacan dan ikan keli sambal.
Tapi rasanya hari ni nak tukar menulaa..
ambil sesuatu yang akak jarang masak dan teringin nak makan.

Nampak ada gulai daging tetel dengan nangka masak lemak...
Then ada kangkong goreng belacan...
then ambil ikan keli bercili juga...
Untuk minum tengahari akak order Teh Ais...
( teringat masa zaman sekolah sering minum teh ais..)

Nak menyampaikan petang, perut akak dah agak sebu.
Menyangkakan mungkin sebab banyak sangat minum air perut dah naik kembung, akak okaylah jugak.
Bila malam sedang tidur, terjaga setiap jam..
bermula pukul 12 tengahmalam hinggalah ke 5pagi..
akak rasa perut berangin/sebu/mual/ tapi cuba muntah tak keluar makanan hanya air masam..

Bangun pagi dah terasa tersangat penat dan tak larat macam nak demam...

Suami pelawa nak hantar akak dan balik dihantar pulang. Memang akak dah rasa tak larat sangat.

Tiba di unit dialysis kehairanan lah geng akak. Selalu masuk ofis, akak paling riuh bergurau dengan Shamsiah dan Puan Chan.. tetiba pagi tu akak ditemani suami dan diam sahaja.

Waktu dialysis beberapa kali rasa nak pitam kerana tak lalu nak makan apa semasa sarapan.. hanya roti gardenia 2 buku sahaja dengan air kopi. Diet hospital pun makan sedikit sahaja. Jika tidak selalunya memang sarapan akak agak 'heavy' dan sejam sebelum waktu dialysis habis akak dah sediakan roti gardenia 2 buku.

BP drop hingga 89/65.. memang terasa pening sekali.

Selepas suami mengesyorkan akak menghabiskan setin air manis teh bunga... baru naik sikit BP.
Balik memang dalam keadaan badan yang sakit2 dan demam.. Siap menggigil sebelum dapat dilegakan dengan dua biji panadol.

Teringat semula apa yang akak makan hari Selasa tersebut.... memang serik...

Tak akan buat lagi...


Dah lama tak menembak dengan DSLR..