Sunday, June 16, 2013

551 ~ SELAMAT HARI BAPA...





16hb June disambut sebagai Hari Bapa. Sejak menjadi menantu keluarga besar Haji Abdul Ghafar... akak berpeluang menyambut Hari Bapa bersama-sama dengan anak-anak dan menantu-menantu Haji Abdul Ghafar.

Memang sejak dari kecil akak tidak begitu merasai punya bapa kerana tinggal bersama ibu angkat.. peluang mempunyai seseorang yang dapat akak panggil Abah menjadi automatik sejak menjadi menantu Haji Abdul Ghafar.

Beliau seorang yang sangat istimewa. Berpendidikan tinggi dan bekas pengarah di jabatan kerajaan. Bila-bila kami memerlukannya beliau sentiasa ada seperti contoh sewaktu suami akak pergi belajar ke Germany, beliau menemankan kami kerana beliau tahu kesukaran akak untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah sewaktu hari dialysis. Ibu mertua juga sering diizinkan menemankan kami sewaktu ketiadaan suami akak. Dan apabila salah seorang dari kami mendapat rawatan di hospital, abahlah yang akan datang tinggal beberapa hari menengokkan keadaan kami sekeluarga. Alhamdulillah... merasa mendapat abah yang sangat penyayang dan mengambil berat.

Sempena hari Bapa pada hari ini...
terimalah ucapan Selamat Hari Bapa dari akak....




Sambutan kali ini di sambut di Kampachi Restaurant, Hotel Equatorial, Melaka.



Saturday, June 15, 2013

550 ~ Syukur Alhamdulillah.. di LindungiNya.....



Satu peringatan buat sesiapa yang berkunjung ke Jakarta... Untuk pertama kalinya akak hampir di tipu oleh ulat-ulat pemandu kereta haram. 

Sebaik keluar dari Kastam dan Immigrasi di Airport.. akak terus mencari kaunter menjual tiket teksi Blue Bird sebab telah dipesan oleh Noha agar mengambil teksi yang berdaftar. Pegawai di kaunter bertugas mengeluarkan satu surat untuk akak tunjukkan pada pemandu teksi yang ada di depan Airport. Okaylaaa... maka keluarlah kami...

Sebaik tiba di kawasan teksi, ada seorang pemandu kereta haram telah mengambil beg akak dah terus dibawanya ke kereta yang terletak tidak jauh dari pintu keluar Airport. Akak bertanya juga samada dia pemandu teksi Blue Bird. Dia jawap, sama saja...

Tak suka akak dengan jawapan tu, akak ikutkan juga... bila dia berhenti dekat keretanya dan lepaskan beg akak, akak terus ambil beg akak dan minta kertas yang tertulis nama teksi Blue Bird daripadanya. Keberatan juga dia nak memberinya dan mengatakan sama saja keretanya dengan teksi Blue bird. Akak berkeras juga nak kertas tersebut dan dia pun memulangkan semula kertas tersebut.

Pengalaman tersebut memang agak menakutkan. Tapi syukurlah tiada apa-apa kejadian yang tak baik berlaku. Dia pun tidaklah se agrasif mana memaksa kami menaiki keretanya. Terus akak berlalu cepat2 dari situ.

Dapat kaunter teksi Blue Bird akak menukar mengambil limosine ke hotel. Puas hati... Kereta Toyota Innova digunakan dan memang selesa. Keluar dari Aiprort perjalanannya masih okay sehinggalah tak jauh dari situ sudah ada tol...





Kesesakan bermula dari tol ini...
melihatkan gaya pemanduan pemandu di Jakarta, memang akak tak akan pandai dan berani nak bersaing dengan mereka. Bila-bila masa depa rasa nak masuk ambil jalan depan kita, depa akan lakukan tanpa memikirkan pemandu kenderaan lain. Memang amat mengerikan..
Penunggang motor menyelit-nyelit sesuka hati...
Memang sangat sibuk..




Pemanduan disini berbeza sungguh dengan di Malaysia..
tapi agak serupa dengan Ho chi minh dan Hanoi..




Alhamdulillah...
Selamat sudah kembali ke tanah air dan terasa tiada tempat yang lebih indah dari negara Malaysia sendiri....

Tuesday, June 11, 2013

549 ~ Nyopping2 di Mangga Dua...



Memang ada kisahnya waktu ingin bersopping.... Kami di beritahu Mangga Dua Square ada di sebelah hotel kami... Tapi waktu kami kesana awal sangat dan banyak toko masih belum dibuka. 

Logo di pintu masuk Mangga Dua Square...




Kemudian akak teringatlah waktu dalam perjalanan dari Airport ke Hotel ternampak ada bangunan tersergam indah tertulis WTC Mangga Dua... Kami pun terus kesana untuk menyopping...
Tiba di sana... kelihatan banyak toko-tokonya bertutup lagi. Masih menyangka yang tokonya buka lewat tengahari, kami merayap-rayap sebentar di situ. Sewaktu membeli kain batik akak bertanyakan kepada pemilik kedai... Memang agak mengejutkan bila diberitahu toko-toko tersebut memang dah tutup iaitu dah  'bungkus....' Aduh!!! Macamana ni? Tak sangkalah dalam bangunan yang tersergam indah banyak toko yang gulung tikar...




Bertanya dengan penjual yang lain di WTC membawa kami ke Pasar Pagi..
Nampak meriah sangat dengan penjual dan pembeli..
barulah senang sikit dalam hati...




Macam-macam yang dijual tapi ianya tidak sama macam di Pasar Baru Bandung. Untuk mencari penjual telekong pun tidak mudah seperti di Pasar Baru. Jenuh jugalah berjalan dan bertanya dengan penjual. Akhirnya akak bertanyakan kepada wanita bertudung yang dah pasti berugama Islam. Barulah dapat jawapan tapi hanya satu kedai sahaja yang menjual dan tidak banyak pilihan seperti di Pasar Baru.



Keesokkannya sewaktu  breakfast, teman melayari internet dan mencari tempat shopping di Mangga Dua. Ada gambar yang ditunjukkan dalam satu blog dan kami terus bertanya kepada pelayan di restoren. Pelayan tersebut memberitahu gambar itu seperti di Mangga Dua Mall...
Selesai sarapan kami ke Mangga Dua Mall..
Nampak ramai penjual dan pembeli... senang hati sikit.
Dari Mangga Dua Mall ada jejantas yang menghubungkan Mangga Dua Mall dengan ITC..
memang banyak penjual menjual bermacam-macam barangan walaupun di atas jejantas.




ITC Mangga Dua..
Lebih meriah.
Barulah ketemu apa yang di cari...






Sempat bergambar dengan Doktor   Singa punya kawan baik..
Akak panggil Aslan..( Dalam citer Narnia )



My teman yang sama-sama ke Bandung, Ho Chi Minh dan Jakarta...
- Dah jadi acara tahunan lak.... kan?




Kami tiba waktu malam..
Pemandangan dari luar tingkap tingkat 9 Hotel Amaris Mangga Dua..



548 ~ Ngapain Ya???




Jumaat 7hb June... akak terbang lagi... kali ini ke Jakarta...

Jika tertanya-tanya ngapain aja sih akak ke Jakarta...? Even pegawai immigrasi di Airport pun tanya yang serupa... " Buat Apa Sini?"... Waktu ditanya akak pun tak tahu nak jawap sangat... cuma boleh kata" libur...".





Tapi setelah 3 hari 2 malam di sana... Yaaaa... ternyata....

Es Telernya paling enak buk...
Campuran avocado, nangka dan isi kelapa....
Aduhhhhhh..... enak banget deh...




Bakso bebola daging juga enak...
Supnya sederhana rasa...
tapi ya.... enak kali..




Hotel Amaris menyediakan sarapan pagi buat yang menginap..
Bubur ayamnya memang enak kali..
setelah diletakkan semua bahan sampingan...
Iyer... enak sungguh..





Nasgor juga enak...
biasalah depa suka guna short form macam tu...
disediakan dengan jeruk bawang juga..





Sup ekornya juga enak ya...
simple tapi memang enak..




Yang ini memang akak teringat-ingat..
Kopinya...
Aduhhhh.....
Tak cukup secawan buk...





Wendy di sini ada chili..
memang sedap dimakan dengan potato chip..
terkenang waktu tinggal bersama kak Long di Bukit Damansara.. selalu turun pergi makan Wendy's dengan Arwah Iqbal dan memang ini makanan kami yg dimakan bersama biskut jacob..





Lagi satu..
Nyopping di ITC..


Thursday, June 06, 2013

547 ~ Nikmatnya tak terkata....




Bila selera dan tekak dah minta....
.
.

Yang ini..
.
.

Tak MO





Ini pun tak MO
.
.
.


Ini?... Pun tak MO...



 Yang ini pulak????
Lagi laaa tak MO...





Hmmm...
Yang ini???? Celah gigi jer ni..
Tak MO....!!!!





Percaya laaaa...
Yang ini pun tak MO...!!!







Naknya yang ini

.
.
.
.
Sambal ikan bilis ketuk...
.
.
.




Judunya...
Telor mata letak kicap dan bawang goreng...

.
.
.

Wa Cakap Lu laaa....

Nun Min Kap Mim Ya Taaa......


NIKMAT...


Tuesday, June 04, 2013

546 ~ Demi selera yang dah terasa-rasa....


Malam Ahad baru ni kami ke Kg Baru..... 
Dah terasa-rasa nak makan tomyam Kg Baru yang selalu kami kunjungi. Tapi berita tak baiknya Kedai Anwar Tomyam sudah tidak operasi lagi kerana masalah pekerja. Perbualan akak dengan pemilik Anwar Tomyam memberitahu D'Lala Seafood milik kakak sulong mereka juga ada di Kg Baru. Akak pernah dengar sejak dulu mengenai D'Lala Seafood ni tapi sebabkan selera kami sudah sebati dengan Anwar Tomyam, kami tidaklah mencuba sehinggalah Anwar Tomyam ditutup.

Lama kan akak tak bercerita mengenai makan-makan ni...
So sekarang akak mulakanlah semula....

Perjalanan nak ke Kg Baru ni membuatkan kami pergi ke Putrajaya dahulu untuk mengambil Lebuhraya MEX kerana kuatir Lebuhraya Selatan-Utara mengalami kesesakan di Sg Besi. Demi tekak....

Tiba di Jalan Raja Abdullah... sebab akak kurang pasti lokasi sebenar Lala Tomyam, kami menyusur pelan-pelan Jalan Raja Abdullah... Lantas nampak sign Lala Tomyam. Nak masuk terus tidak mudah kerana ruang letak kereta depan tu telah penuh... kena buat satu pusingan masuk ke hingga ke Masjid Pakistan... kemudian ambil Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Alang.... Sangkut pula di Jalan Raja Alang sebab peniaga turun naik barang di tepi jalan.. Kelihatan di kiri kanan jalan meriah dengan penjaja menjual jualan mereka dan yang buat akak terkejut bukan setakat sayur-sayur kampong dan ulam-ulaman ada di jual malam-malam... Daging baru pun ada... Nanti tahulah mana nak cari bahan jika perlu memasak....

Okay sambung citer nak cari tomyam...

Akhirnya dapatlah parking dekat dengan Restoren. Legaaaa....
Pelanggan punyalah ramai memenuhi setiap ruang restoren. Tiba-tiba ternampak seseorang yang memang akak kenali sejak 30 tahun dahulu.. Adik kepada pemilik Anwar dan Lala Tomyam... Fauziah....Siaplah ada sessi peluk dan salam-salaman... Memang dah lama tak jumpa.. Dia pun macam terkejut lihat kami ada di situ dan bagitau Anwar dah tutup dan depa membantu kakak sulong depa di sini. Akak beritahu akak ada berbual dengan kakaknya Sophia petang tadi dan Sophialah yang memberitahu mereka sudah ada di sini.
Demi tekak kan?... dapat kawan...





Antara menu yang kami cuba di sini yang mana di Anwar Tomyam tiada.
Tapi apa yang ada di Anwar Tomyam tiada pula di sini.
Tekak masih rindukan apa yang ada di Anwar Tomyam.
Hadoi....

Tomyamnya tomyam merah..
Anwar punya tomyam putih..
Kami suka yang putih...

Daging masak merah di sini menggunakan daging betul.
Anwar punya guna Lidah lembu..
Kami suka Lidah lembu...

Rasa-rasanya....
kami kena cari port baru ni...



Malam Jumaat sebelumnya kami mencuba tomyam di Garden Cafe tepi Highway Silk dekat Sg Ramal..
Sedih... memang bukan tomyam yang sedap..
biasa-biasa jer...

Hiasan Garden Cafe memang cantik.. tapi tak tepat dengan selera...




1st time makan Tomyam adalah di Phee Fatima di Medan Tuanku/ Jalan Campbell
memang Da Best...
kemudian Anwar Tomyam...
kemudian... (masih mencari ni....)

Thursday, May 30, 2013

545 ~ ALHAMDULILLAH...



Pada 29hb Mei 2013.. Hari Rabu... Qeeb menjalani pembedahan membuang 7 batang gigi. 3 batang gigi geraham bongsunya tumbuh senget/terbalik dan memberikan kesakitan pada gusi setiapkali ianya membesar. Selepas berunding dengan Ketua Jabatan Pergigian Doktor Sharifah Munirah gigi tersebut perlu dicabut. 
Manakala 4 batang lagi iaitu gigi yang hampir dengan taring juga perlu dibuang untuk memberikan laluan dan ruang apabila hendak memakai pendakap gigi.

Sepatut pada cuti sekolah lepas (Bulan 3) kami dah aturkan pembedahan ini tetapi setelah mendapat pandangan dari pakar bius, kami dinasihatkan agar menangguhkan pembedahan ini kerana waktu itu Qeeb tidak begitu sihat. Tarikh baru dibuat dan ALHAMDULILLAH segalanya telah selamat.

Seawal pukul 7 pagi, Qeeb sudah disediakan untuk dibawa ke Dewan Bedah. Air dimasukkan melalui IV line dan diberikan nebulizer untuk asthma. Alhamdulillah.. pukul 9 pagi pembedahan bermula sehingga jam 1145 pagi.





Ada kenangan waktu pemasangan Branula ni.
Sewaktu doktor pergigian memasang alat ini di tangan kanan Qeeb, Qeeb memerhatikan dengan teliti.
Entahmacamana tiba-tiba Qeeb bagai nak pitam. Akak yang ada sama di situ panik juga tapi mujur doktor yang bertugas tenang dan meminta Qeeb menarik nafas lepas.. tarik nafas lepas...
Memang pucat kaki tangan Qeeb waktu itu. Rupanya dia panik melihat jarum dicucuk ke salur darah ditangannya.

Akhirnya Branula berjaya di pasang apabila datang 2 orang doktor Bius yang lebih arif memasang Branula. Alhamdulillah... Mudah sahaja dah selesai.
( Ikut pengalaman akak, memang bukan semua doktor mahir melakukan dan berjaya memasang branula kerana waktu akak di CCU dan selepas keluar wad.. akak sering di pasangkan Branula kerana hendak memasukkan ubat antibiotik yang diperlukan. Sewaktu mengambil wuduq akak sering terlanggar alat branula tersebut dan sering tertanggal... maka akak sering berulang alik ke CCU meminta jasabaik doktor-doktor bertugas memasangkannya semula...)




Malam pertama di wad, akak menemankannya. Bangun pagi sakit2 badan dan tengkuk.
Malam kedua, abahnya menawarkan diri menemankan Qeeb.





7 batang gigi yang diberikan sebagai kenangan.
(Aisyah hari tu pun lebihkurang 7 batang juga...)




Alhamdulillah..
Tengahari 30hb Mei, Khamis... Qeeb dah boleh pulang kerumah...