Thursday, May 24, 2012



24hb Mei...
sangat teruja...
sekian lama menanti..
persiapan dah berbagai-bagai...
Terima kaseh Ustazah Aslina... menjadikan nya kenyataan....
terima kaseh Bibi Sharifah, Kak As, Liza, Ina, Kak Ani dan Noly...
sama-sama kita belajar.....
Petang nanti akak uploadkan gambar2nya ya...
Insya'ALLAH....

Monday, May 21, 2012

347 ~ Teringat waktu dulu... (Putu Mayam)






Setiapkali akak menikmati Putu Mayam sekarang ni, akak sering teringat waktu kecik2 dahulu. Kami penduduk di Jalan Raja Muda, Kg Baru ... menikmati Putu Mayam yang dijual oleh seorang hindu yang  menaiki basikal. Yang akak ingat waktu dulu Putu Mayam hanya dijual oleh orang hindu sahaja. Mungkin kerana mereka yang mempelopori makanan ini.

Setiap pagi atau petang kelihatan penjual hindu yang sama membuat jualan mengelilingi kg baru. Setiap kali akak lihat penjual tersebut dengan minyak rambut yang membasahi rambut yang disisir rapi... walaupun dahulu dah ada golongan yang berambut panjang bagai hippies... tapi penjual Putu Mayam kami ni, kelihatan sangat kemas dan segak.

Gula yang digunakan ialah gula merah. Cuma sekarang penjualnya menggunakan gula perang. Walau bagaimanapun sedap lagi gula perang dan lebih bersih dari gula merah. Dahulu, gula merah kadang-kadang terjumpa macam ketul batu kecik2... bila nak cicah putu mayam memang kena berhati-hati... jika tergigit boleh patah/sumpik gigi...

Waktu akak berpindah randah dari melaka, kuala lumpur, melaka, penang dan selangor... lama jugak akak tidak dapat menikmati Putu Mayam. Bila sekali terjumpa ada peniaga melayu menjual putu mayam di pasar malam, terasa bagai bertemu teman lama. Syukurlah... sekarang dah ramai peniaga melayu mendominasi jualan putu mayam. Tidak perlu lagi mengharapkan penjual hindu.

Alhamdulillah....

Saturday, May 19, 2012

346 ~ Bila dah Makan tak Sedau Hengat...







Khamis baru ni ada majlis Khatam Quran sahabat/kembar akak. Selesai majlis mesti/wajib ada makan/minum... Memang akak makan hingga tak sedau hengat...

Balik dari majlis perut dah rasa semacam....
cari minyak Tiger Balm.. sapu kat perut dan tengkuk...
tak lega jugak...
ambil Gripe Water...
Masih tak lega...

Ambil Zellog
tak lega jugak....
kesakitannya terasa sampai ke pinggang...
akhirnya..
panaskan air.. masukkan air panas kedalam bekas air panas jenis plastik yang sangat elok jika dituam di bahagian perut yang sakit dan belakang yang sakit...
Sejam dua... Legaaaaaa....

Memang kena berhengat-hengat..
Umur dah tak berapa nak muder ni memang kena jaga2 sikit pemakanan...
jangan main makan sahaja... kena ada rasa berhati-hati
sebab bila yang dah sakit..
Sendiri tanggung Lorrrr...







Thursday, May 17, 2012

345 ~ My Precious..(bunyi macam smeagol sebut)



Baru2 ni akak ke MBO di Gardens, Mid Valley. Akak memang suka mencari2 buah yang agak payah nak ditemui di supermarket biasa.. ternampaklah buah ni... masa gi London 20 tahun  lepas... sempena honeymoon... adalah musim buah ni. Puas jugaklah makan. Harganya jika disana sangat berpatutan... tapi sekarang ni buahnya dalam 20biji harganya mencecah RM29.65 dan sekilo mencecah RM129.00 Haiyooooo.... mujurlah tak perlu beli sekilo baru dapat rasa...

Hmmmmmm... kenapalah tak boleh nak tanam belakang umah tu?????




Wednesday, May 16, 2012

344 ~ I M not Derhaka... (just degil...)


Semalam adalah hari Thalatha... Hari Thalatha selalunya akak suka puasa... Bila puasa, tekak akan cepat tergoda....

Ada entry khas dibawakan oleh majalah terkenal dan tersohor iaitu Al Kisah yang telah mendedahkan rahsia memasak Kambing masak Kicap. Nope... bukan sebarang kambing... bukan kambing hitam atau kambing yg tak mandi pagi... Ini adalah Kambing Biri-biri Ostolia... Ha'ah tak main-main... Ostolia mari....



Antara bahan-bahannya..
( Nak lebih lanjut bukak dan carik kat Al Kisah )
Ada tomato, ada French Loaf ada Kismis lagik...




Semalam juga sessi mengenalkan rempah ratus yg beratus-ratus kat Zahrah...
Ada bunga lawang, bunga cengkih, Pelaga, Kayu Manis dan rempah kari daging...
Tak lupa juga minyak sapi...




Kak Thom...
nampak ke'hitaman' dan ke'legaman'nya?




Bila makan cicah roti..
Aduh...
memang enak buk...
Tanpa sedar sudah abis satu ketol roti..
(harap mahap cikgu2... tak pandai penjodoh bilangannya....)



Makan untuk berbuka puasa semalam..
Mengadap ini sahaja...
rasa macam tak kena pulak makan dengan nasi..
jadinya berbuka semalam hanya makan roti cicah kambeng....




Oooooooo lupa citer part Derhaka...
kak thom( diubah suai sebab hari thalatha ) bg pilihan samaada letak kismis satu cawan atau buah tomato..
Mak Andeh ini sudah taruk dua-dua...
#### next time nak letak tomato SAHAJA...
jika letak kismis, make sure jangan sampai secawan... letaklah sekadar-sekadar sahaja.... sebab jika letak banyak... ianya akan memaniskan lagi masakan...



Tuesday, May 15, 2012

343 ~ Appa, Amma Yelek....



Jumpa gambar lama sewaktu ibu dan abah depa pergi berjimba ke Dubai. Inilah antara xtvt anak2 yang ditinggalkan....

Opah yang rajin  melayan membawa mereka ke Pantai Klebang.



MIL yang amat lah rajin melayan cucunda...




Adapula kemudahan nak naik kuda.... apalagi... tak ketinggalan lah...







Yang ibu depa punyalah risaukan anak2nya... kejap2 call... kejap2 sms...
anak2nya sedap berjimba di tepian pantai....
mujurlah ada opah dan atuk yang melayan cucunda-cucunda semua...
terima kaseh Atuk.. terima kaseh opah....
- Ehem..ehem... rasa macam nak berjimba ke ........

Sunday, May 13, 2012

342 ~ Vangganya Ibu di hari Ibu....







(gambar ni masa Aisyah berusia setahun lebih dahulu... rindu waktu dia kecik2 dulu... rasa cepat sangat dia membesar...)


Negaraku
Tanah tumpah nya darahku
rakyat hidup bersatu dan maju....


RAHMAH bahagia
Tuhan kurniakan...
raja kita..
selamat bertakhta......

Tak pernah-pernah akak berdiri tegak dan berbangga bila mendengar lagu Negaraku, Aisyah dah beri akak semangat baru... kami sekeluarga memang suka dengar versi Aisyah menyanyikan lagu Negaraku. Mula2 sebutan ini hanya abahnya yang perasan... selepas tu satu rumah dah perasan...

Padanlah Aisyah selalu tanya... Ibu... nama ibu Rahmah Zin kan????


Itupun dia tahu sebab sama-sama ada Facebook...