Thursday, May 10, 2012

341 ~ Rama-rama









Dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelonsong
tiba masa kepompong pecah  POM
Jadi rama-rama yang indah


Rama-rama terbang merata
hisap madu dipohon bunga
sungguh cantik aneka warna
tapi sayang hidup tak lama...



Lagu Rama-rama yang sedang di nyanyikan oleh Aisyah. Senikatanya agak sedih walaupun indah....

340 ~ Buai ku Laju...





Jika naik buai ini sesuai tak lagu Pohon Beringin?








Pohon Beringin Tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi
penghibur aku
menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
Laju-laju buaiku laju
Akulah anak yatim piatu...


Laju-laju...
Buaiku laju


Pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah ke bumi
hatiku ingin hidup gemilang
nasib malang suratan diri
hidup aku tidak beribu
akulah anak yatim piatu......

(baru teringat nak cari lirik lagu ni... jika tidak tu naik buai semedangnya nyanyi
laju-laju buaiku laju... aku nak kawin dengan anak raja.... hehehehehehehe)

Monday, May 07, 2012

339 ~ Anak Penang sayang Selangor







Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia





Sekarang ni setiap hari Aisyah akan menyanyikan lagu ini...


Sedang nak suap nasi... pada suapan pertama...


" Duli Yang Maha Mulia.... Sela...maaatttt di atas takhta"


Sedang melangkah naik anak tangga pertama...


" Bawah Duli Tuanku... Baha....Giaaaaa... selama-lamanya....."


Malam selepas baca doa nak tidur...


" Aman dan sentosa... Duli Yang.... Maaa Haaa.... Mu..Lia......"




Ini kalau tak dapat perkenan Duli Tuanku Sultan Selangor... saja jer ler......

Saturday, May 05, 2012

338 ~ Janji bunyinya sama ....



Sewaktu sedang beratur hendak mengambil nasi dan lauk di Restoren Nasi Kandar di RasaFood Court yang baru di Alamanda.

Ain : Ibu, Qeeb mintak ibu ambilkan periuk goreng...

Ibu : Apa Ain? Qeeb nak apa?

Ain : Qeeb minta ibu ambilkan dia lauk periuk goreng...

Ibu : ( lama nak memahamkan....Lama-lama dah tau maksud Ain...)


Inilah dia 'Periuk Goreng' yang sangat sedap, rangup dan pahit2 sikit....


Peria Goreng Tepung...



Friday, May 04, 2012

337 ~ Minatnya Menurun juga




Teringat semula  semasa sekolah rendah akak cukup suka membeli buku komik TINTIN.
Kedai buku yang menjual buku komik ini adalah Pustaka Antara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan nama yang paling dikenali ialah Chow Kit Road. Waktu tahun 1970an, itu adalah antara kedai buku yang terbesar di Kuala Lumpur.

Akak memang rasa terhibur bila dapat senaskah komik TINTIN. Habis baca kumpul lagi duit atau menggunakan taktik yang paling licik iaitu... bawa Arwah emak sekali masuk kedai buku. Ambil satu buku TINTIN dan pujuk mak bayar... Seribu satu macam alasan akak berikan agar mak setuju belikan tanpa banyak soal. Alasan yang paling logik ialah kononnya Cikgu yang suruh beli sebab nak bagi mahir berbahasa Inggeris. Bila guna alasan Cikgu, mak pun lemah dan mengalah.... Heh Heh Heh....

Sekarang anak akak yang ketiga iaitu Ain cukup minat membaca komik ini. Dia beruntung sebab tanpa perlu buat berbagai alasan, abahnya sangat suka membelikan komik ini untuknya. Rupa-rupanya abahnya juga minat membaca komik ini kerana masa kecik juga abahnya selalu ke Pustaka Antara membeli komik ini...
( Kenapa tak jumpa masa tu yer????? heh Heh heh )




Thursday, May 03, 2012

336 ~ JJCM di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.



Dengar mengenai shopping centre ini apabila ada kejadian letupan baru2 ini...  Jika tidak memang tak tahu kewujudan Empire Shopping Gallery... RTK tinggal di hujung sini... manakala shopping centre ini berada di hujung sana... 




Dengar kabarnya Wagyu Beef yang halal berada di sini...
K dalam hidup RTK cukup menggemari Wagyu Beef...
ada seorang teman K yang telah beritahu K mengenai Wagyu Beef di sini...
K mengajak RTK ke mari kerana K tahu RTK memang suka JJCM..




Restoren ini terletak di dalam Cold Storage
Pilih daging yang dikehendaki..
Bayar dahulu...
Chef akan memasaknya...





Hidangan yang sudah disediakan menggunakan Wagyu Beef..




Melihatkan banyak pilihan restoren yang ada disini...
RTK akan datang lagi...

Tuesday, May 01, 2012

335 ~ JJCM dan JJTW sempena cuti 1 mei.


Pagi tadi kami ke Alamanda, PutraJaya. Hajatnya hendak bersarapan dengan Rawa Tosei tetapi dah tertulis rezeki kami di sini pula. Kami keluar awal ke Alamanda kerana hendak mendapatkan tiket untuk tayangan The Avengers tapi telah kehabisan tiket. Tiket yang ada adalah untuk cerita BattleShip... sementara menanti tayangan pukul 3petang, kami bersarapan dan lunch di Bumbu Desa.

Bumbu Desa baru dibuka di Alamanda.




Mempunyai hiasan deko yang sangat cantik dan menarik.
Kebetulan hari ini ada hari 'Pemotretan' (Photography Session)




Ikan Gurame terbang.
Sewaktu akak ke Bandung tak sempat nak mencari Gurame Terbang, rupanya ikannya dah 'terbang' ke Alamanda. Patutlah tiada di Bandung...




Sambal Te Rong..
( Bukan salah eja... suka cara depa menyebut Te Rong)
Sebut Te dulu.... pause sebentar sekadar 2 harakah.... baru sebut Rong...




Ayam Gulai..



Sambal Udang...



Suka bekas nasinya...
Bekas anyaman yang berlapik kan daun pisang






Isi dah makan...
tulang masih tegak gagah berdiri...




Verdict:

Buat yang minat masakan manis2.. okaylah.. tapi kita masih boleh minta Sambal Ijo... kira balance lah juga pedas dan manisnya gandingan masakan Sunda dan Padang. Masakan Sunda yang kering dan bagai bersira gula disempurnakan dengan sambal ijo Padang dan Gulai Ayam.