Sepanjang 2 bulan ini... kami menyambut majlis Khatam Al Quran Bersanad seorang demi seorang. Kumpulan mengaji kami yang terdiri dari 7 orang... yang sudah Khatamnya 5 orang dan masih berbaki 2 orang. Insya'Allah... pada bulan hadapan... seorang lagi teman akak akan menamatkan pengajian Al Qurannya dengan bersanad.
Ini adalah teman-teman sepengajian...
Dimulai dengan Majlis Khatam Al Quran Kak Long iaitu Kak As..
Diikuti dengan Kak Ngah iaitu Liza..
Kak Teh @ Ina...
Kak Yong kami iaitu Kak Ani menyusul..
Adik Bongsu kami Noly
Majlis yang berikutnya adalah saudara kembar akak iaitu Kak Der Bib... dah akhir sekali... ehem-ehem...
tak lain dah tak bukan.... RTK....@ Kak Lang...
Alhamdulillah...
Berkat ketekunan dan Istiqamah Ustazah kami Ustazah Aslina.. kami dapat menghabiskan Khatam Al Quran bersanad kurang dari setahun.
Selepas ini kami akan meneruskan pengajian dengan membaca Al Quran Wakaf yang lain pula.
Insya'Allah.




