Jika sekiranyalah kucing pun dikenakan zakat masa Hari Raya Aidil Fitri... harus setiap tahun bilangan dan jumlah zakat kami bertambah-tambah...(Mudah-mudahan rezeki juga ditambah....).. kerana kucing yang asal kami bela... kerjanya dalam setahun 2 kali beranak... setiapkali beranak keluar 6..4..6..3..6..4.. ( Hahahahaha.... peminat nombor ekor macam uncle kat dialysis tu sure minat nombor ni...)
Baru ni beranak lagi.... keluar 4 ekor... 3 putih dan seekor belang...
Anaknya batch pertama dulu dah beranak dah... anak yang batch kelima pun dah nampak dah cukup umur nak beranak jugak... dah tak terkira jumlah kucing dirumah ni....
Bila dah sayang.... bela jer semua....























