Monday, March 12, 2012

305 ~ Kemamang oh Kemamang..



Hari Jumaat malam sabtu... sebaik selesai ambil Ain dari sekolah... kami terus ke SKVE menuju Elite. Ingatkan dapat lepas dari kesesakan di Sg Besi... Hmmmm sama juga rupanya... Nak menyampaikan ke NKVE sakitla jugak... Berhenti rehat dan makan2 di KFC NKVE kemudian barulah teruskan perjalanan ke Duke. Dari Duke agak lancar nak menyampaikan ke Plaza Tol Gombak... Lepas dah bayar tol... nampak sesaklah sikit dari Tol Gombak ke Tol Karak...

Rasanya memang kami sekeluarga dah selesa sangat menginap di sini. D'Embassy... di Bukit Pelindung. Dekat dengan Teluk Cempedak. Cari sarapan pagi di Tree Under. 2 tahun lepas hanya gerai bawak pokok, sekarang dah restoren besar.... Alhamdulillah.... Anak melayu kita... 




Hari Sabtu hanya rehat2 di Apartment.. Bawa Aisyah dan Ain mandi kolam dan selebihnya main FB berehat di bilik..

Hari Ahad... baharulah kami semua 3 keluarga bergerak ke Kemaman untuk kenduri kawin anak sepupu.
Memang ramai saudara dari Melaka sebab kahwin sedara juga... memang sangatlah meriahnya..



Biras akak yang turut serta...



Nak jadi kisahnya...
Kami tinggal berdekatan.. Bandar baru Bangi dan Bandar Baru Salak Tinggi bukannya jauh sangat... tapi jumpanya di Kemaman. Balik Melaka pun tak da peluang nak jumpa...
Unik betul kan Ida???
Lepas ni rajin2lah cari peluang nak jumpa...




Kami berehat dan tumpang solat di rumah Aunty Fa... Aunty yang tinggi putih tu....
Terima kaseh Fa.. menerima kami berkunjung kerumah.




Di jamukan dengan mee goreng mamak special dari Chef Tn Atip...
Jangan jelezzzz...




Perjalanan pulang melalui LPT sangat lancar. Tapi sebaik tiba di Tol Karak... memang azab... sesaknya...
bayangkan kelajuan kereta kami dan Ferrari sama jer... 20km sejam....
Ingatkan sempat sampai rumah dan maghrb di rumah... tak boleh sebab jalan sangat sesak...
Solat maghrib/Isyak berdekatan dengan Kajang.

Thursday, March 08, 2012

304 ~ 2 versi cerita..






Aisyah telah 3 kali kehilangan dompetnya disekolah. Samaada tercicir ataupun hilang diambil orang tidaklah dapat hendak akak pastikan. Jadinya abahnya menasihatkan Aisyah tidak lagi boleh bawa wang ke sekolah dan kami harus bekalkan air dan makanan untuk Aisyah makan sewaktu rehat di sekolah.

Hari ini Aisyah pulang dengan girangnya menceritakan kisahnya pada waktu rehat.

Versi Aisyah.

Aisyah : Ibu, hari ini kawan saya yang kembar tu dia baik... dia belanja saya makan nasi goreng... dia kasi makcik tu  duit untuk bayar nasi goreng dan dia share makan dengan saya... Mereka tu lelaki... tapi mereka tu sangat  baik...

Sebaliknya akak terfikir adakah kemungkinan cerita buat pasangan kembar itu begini pula versinya waktu mereka bercerita dengan ibu mereka...

Versi Amir dan Amar.

Amir : Mama... tadi kan dekat sekolahkan... ada seorang budak pompuan ni.. badan dia kan besar... gemuk... tapi kan mak dia kan tak bagi duit belanja sekolah... Kesian dia... Dia lapar.. badan dia kan besar dari kami walaupun cantum kami berdua.. badan budak pompuan tu lagi besar...

Amar : Betul Mama... Badan dia besar sangat... bila dia lapar.. muka dia garang sangat.... dia mintak kami belanja dia nasi goreng... Kami belikan dia nasi goreng dan bagi dia makan... Kami lapar mama... dia makan habiskan semua....




Jadinya mulai hari ini Aisyah kami bekalkan juga dengan duit belanja sekolah. Biarlah duit itu digunakannya atau dihilangkannya.. Kesian dan belas betul kami mendengar cerita Aisyah. 

Monday, March 05, 2012

303 ~ Menurun saper????


Ada sesuatu yang tidak akak nafikan mengenai perangai Aisyah... memang sah-sah sebijik menurun akak..

Jika masa kecik2 dulu hendakkan sesuatu memang akan mengulang-ngulang minta sampailah dapat...
Sebelum umur akak yang kira dah nak hampir hujung... eloklah akak ingatkan semula kisah lama yang menjadi kenangan manis dalam hidup akak sewaktu kecik dulu. Bila tua-tua ni kenang, memang manis tapi waktu kecik dulu nak mengingatkan pun menjadi t a k u t....


Cerita ni akak pernah cerita dalam entry yang mula2 dulu tapi maybe ramai kenkawan yg baru ni belum baca lagi...




Waktu kecik-kecik dulu akak bebas ke mana-mana. Ke kedai selagi ada duit.. selagi itu akan berulang ke kedai Pak Rostam di Jalan Watson. Bila dah habis duit... akak akan minta dengan arwah mak. Upacara meminta ada berbagai-bagai cara. Dah rasa macam tak berapa nak laku cara itu, guna cara ini pula...
Sehingga pada suatu hari sedang arwah mak sedang duduk berehat-rehat di suatu petang yang berangin dan sangat indah....

Arwah Mak jika duduk di kerusi suka angkat kedua-dua belah kakinya atas kerusi... Santai sungguh.

Akak pula akan datang dari arah belakang dan pujuk baik-baik.
Macam-macam ayatlah akak minta nak memujuk.
Tapi bayangkan... jika dah satu hari sejak dari matahari terbit hingga dah nak ke petang pun masih meminta... kejap minta 10sen.. kejap minta 20 sen... kejap minta 5 sen... memanglah emak mana yang nak melayan...

Arwah mak akak sedang duduk di kerusi rotan sebijik begini..
.
.
.



Akak pegang belakang (bahagian tempat sandar kerusi tu) sambil menimbang-nimbang badan emak. Lepas.. sambut.. lepas... sambut... lepas sambut...

Sekali tu...

lepas .. sambut... lepas... sambut...
oooppppsssssss
ter lepas.....

Mata pun sudah bertentang mata...
>
>
>
>
>
>
Akak memang tergamam waktu itu... tidak sesekali akak menyangka akan terlepas...
Mak pulak agaknya terkejut dan sakit akibat kepalanya terhentak .. memandang blank jugak seminit..

Sebaik dia tersedar... bingkas dia bangun...

Akak pun dah tak tunggu lagi... Lompat seribu langkah lah...


Sayup-sayup dengar jeritan mak..

" Ko balik nanti, siap Ko...!!!!!!! ".

Betul kata pepatah lama..

Mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi...


Sunday, March 04, 2012

Saturday, March 03, 2012

301 ~ My Paberet Lunch




JIka terkejar2 ambil anak... inilah lunch yg akak suka sangat...

Chicken Curry Puff




Sarsi...




Teringat zaman kecik2 dulu....

Thursday, March 01, 2012

300 ~ Dah lama sangat tidak kemari....


Bagi sahabat yang dah lama mengikuti corak perjalanan hidup RTK... kunjungan ke Pasar Tani setiap Khamis dan Sabtu memang adalah satu rutin yang paling RTK suka... Jika dahulu setiap petang Khamis RTK akan ke Pasar Tani seksyen 16 berdekatan dengan Maybank dan Shell. Memang nikmat betul berbelanja di situ. 

Kerana RTK dialysis setiap Isnin, Rabu dan Jumaat... teman2 mengaji sepakat mengadakan waktu mengaji pada hari RTK tidak dialysis. Hari Selasa untuk tuition mengaji dan hari Khamis untuk mengaji berkumpulan. Oleh kerana itu telah berbulan-bulan RTK tidak dapat menjejakkan kaki ke Pasar Tani hari Khamis...

Tapi .. entah macamana petang ni, RTK yg memang sedang dengan niat asalnya hendak ke Maybank... teringat ada pasar tani di situ. Heeeeee tak terkata gumbiranya... bagai nak jumpa kekaseh lama...

Gerai pertama yang akak kunjung ialah gerai daging... dapat tulang dan daging pejal. Rasa macam dah lama tak makan sup tulang... ekekekekeke...

Lepas tu pergi gerai buah2an... dapat mangga harum manis ...

Lepas tu teringat Aisyah minta nak pisang berangan.... dapat jugak..

Lepas tu teringat pulak nak beli Udang laut segar.... Dapat.... Banyak cerita pasal udang laut segar ni. Kata Qeeb " Udang Pandang Pertama"... kihkihkihkihkkkk nak dengar kisahnya tak? Nanti request..OK???





Lepas tu suka kat gerai jual bawang-bawang disini...
dahlah gerai milik bumiputera... bawangnya bersih dan cantik2...
puas hati...




Jangan heran kenapa RTK sangat teruja petang ini...
balik rumah senyum riang....
( berangan nak ponteng dan datang sini Khamis depan.... )

299 ~ RTK JJCM...



Semalam sedang dialysis, tiba-tiba muncul satu wajah yang sangat familiar... Teman lama yang dah lama tak bertemu muncul ziarah RTK di Opis. Happy nyer tak terkatalah... Memang dahlama tak bertemu dengan beliau yang sangat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang Pensyarah di Uitm. 






Selesai dialysis, kami ke Alamanda...
Terus tuju ke Garden untuk makan-makan dan bual2...




Cantikkan hiasannya...
Ada buaian sekali...




JIka buat majlis di sini memang sesuai..




Yessss...
Olio Aglio disini memang puuurrrrrrfeeecccctttt...




RTK rasa macam tak kenyang dengan olio Aglio tu
order lagi Garden Sandwich..




Prof Kalsom...
( Belum boleh lawan my title Dato Prof Dr.... lagi.... ekkekekekekekke)




Jumpa kawan lama sejak sekolah memang seronok mengenangkan semula kisah masa sekolah...
Bayangkan kami bukan dari satu sekolah.. kami bertemu sewaktu mesyuarat Persatuan Bulan Sabit merah.
Masing2 mewakili sekolah masing-masing.
Well... orang ramah... hehehehehehhe....