Monday, November 07, 2011

205 ~ Dah lama terjalin.... Alhamdulillah....


Hubungan kami dah sekian lama terjalin... sejak dari 1980.. Kita tak boleh nak pilih ibu dan ayah kita tapi kita boleh pilih keluarga angkat kita... Ye Ker????... Apapun keluarga angkat yang akak dapat ini sangatlah Awesome.... 

Dari seorang budak yang tak tahu apa-apa... akak mula mengenal dunia remaja dan dunia pekerjaan  sejak tinggal bersama mereka setelah ibu akak meninggal dunia.. Bayangkan jika kita hanya mempunyai seorang ibu tanpa adik beradik yanglain dan bila ibu kita meninggal dunia... tentu kita hilang arah... tapi Alhamdulillah... akak diambil pula tinggal bersama keluarga ini yang pada awalnya akak hanya berkawan dengan Zuraida... kemudian berkenalan dengan kakak-kakaknya, kemudian anak saudaranya, abang-abangnya dan kemudian ibunya... Teruslah mereka menjadi keluarga akak pula.

Bila akak mahu melansungkan perkahwinan, merekalah orang yang bertanggung jawap menguruskan majlis tersebut dari awal hingga selesai... Tapi waktu akak hendak menikah, Zuraida tiada kerana mencarikan Icing Cake untuk hantaran.... Memang sangat terasa... tapi bila tahu dia tiada waktu itu kerana pergi mencari sesuatu untuk majlis akak, akak lagi rasa terharu......
Dan menjadi satu kemestian bagi akak untuk bertemu dengan mereka pada Hari Raya ataupun bila-bila akak dah rindu.... 

So hari ini selepas dialysis, akak terus bertemu dengan mereka... 

High Tea di One World One Utama, Bandar Utama....








1st time naik kereta yang dipandu oleh Zuraida...
Awesome....
Hari ini Dalam Sejarah...




Waktu muda2 dahulu beginilah kami bila kemana-mana bertiga... Akak memang selesa di bahagian tengah... Berbual-buallah kami dengan selesanya... Bila hari ini buat semula...  teringat kisah muder2 dulu....




Waktu petang2 begini memang kami selalu duduk di taman... minum petang...
hmmmm.... sama rasanya dengan 30 tahun dahulu...
Indah sungguh...




Sambil menikmati buah rambutan dari pokok sendiri...
manisnya....
lain dari rasa rambutan beli kan???




Alhamdulillah... masih dapat bersama-sama lagi...
Dah banyak yang kita lalui bersama-sama...

Yang bestnya tadi kami compared notes...
Zuraida suka apa yang akak tak suka dan akak suka apa yang dia tak suka...
Jika dulu, akak cuma tahu satu dua sahaja yang akak tak suka dia suka... tapi bila kami bual2 tadi.. banyak yang akak suka dia tak suka...
contoh:
1. Akak suka kuning telor - zuraida suka putih telor
2. Akak suka tutti fruitti banyakkan aiskrim - zuraida suka sedikit tutti fruitti tapi banyak toppings
3. Akak suka ais- zuraida tak suka ais
( Semalam memang banyaklah... pagi ni dah lupa...)

Tapi itulah yang merapatkan kami...
perbezaan kami itu....




Sunday, November 06, 2011

Hanya Nak Kongsi Gambar Faberet....


Pemandangan yang indah ini terdapat di Lorong Ustaz Ghauz, Bukit Larang. Deretan pokok Getah dan sungai yang jernih benar-benar mampu memukau akak... Subha Nallah... Memang sangat indah...





Deretan rimbunan pokok yang bertemu di tengah jalan seakan bercantum ini terdapat di Jalan Besar berdekatan dengan Duyong, Melaka...
Berdekatan dengan Perigi Hang Tuah...




Tom Yum Kung...
6 kali dalam 2 minggu turut-turut...
hahahahahaha....
Pemandangan yang memang sangat memukau mata dan tekak...



Friday, November 04, 2011

204 ~ 20 tahun lepas


Terkenang waktu mengerjakan ibadah haji 20 tahun lepas... tahun 1992.. Hari Raya Aidil Adha jatuh dalam bulan Jun... Kami ke tanah suci Mekah awal bulan Jun dan balik pertengahan bulan Julai.

Kemuncak ibadah bila para jemaah perlu ke Padang Arafah.. Para Jemaah menaiki bas untuk ke padang Arafah saat yang sama seperti malam ini... Kami tiba di padang Arafah hampir waktu Maghrib.
Kelihatan sesak dengan lautan manusia. Pokok2 yang kelihatan dah rendang sekarang hanyalah anak-anak pokok dan berada di dalam khemah kami.

Kenangan bersama teman sebilik.




Dr Hajah Ainy adalah orang yang akak jumpa sewaktu pertama kali jejakkan kali dalam Masjidil Haram. Entah bagaimana kesemua rakan sebilik boleh hilang sekelip mata dan hanya tinggal Dr Hajah Ainy bersama-sama akak. Akak memang perasan beliau adalah sama rombongan haji dengan pakej akak tapi tak pernahlah menegur. Pernah mendengar ceramah kesihatan yang diberikannya sewaktu Agen Haji kami mengadakan Kursus Perdana di Masjid Shah Alam. Tahu dia seorang doktor dan tidaklah berkesempatan nak berkenalan. Hah! Bila dah akak pandang dia, dia pandang akak..... apalagi... dia ajaklah akak melakukan tawaf dan sa'i sama-sama.

Balik dari Solat subuh, kami tidak terus pulang ke Apartment...Kami merayap ke Pasar. Duduk lagi berbual-bual dalam proses mengenal antara satu sama lain. 

Bila dah mesra begitu, setiap kali kami hendak melakukan Umrah, kami akan buat bersama-sama. Rasa serasi sangat. 



Di Mekah, Mina dan Madinah  kami banyak keluar bersama-sama. Mencari barang keperluan.... Membuat Umrah di Tanaim .. Mencari Aiskerim selepas Asar... Mengikut beliau merawat pesakit...

Rupanya sudah 20tahun berlalu... Melihatkan teman-teman yang sama-sama mengerjakan ibadah haji telah mengulang ke Tanah Suci dengan membuat Umrah pula. Hmmmm... Semuga akak berpeluang membuat Umrah dengan kemudahan rawatan Dialysis.. Insya'Allah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Thursday, November 03, 2011

203 ~ Masa untuk bertemu Pakar Pemakanan...


Ini adalah kali kelima akak makan TomYum Kung dalam jangkamasa 2 minggu ini....
memang dah terlampau....




Nasi Lemak Kukus Kg Baru...
Dah menaikkan bacaan Phosphate akak...
Dah tak boleh makan lagi...
( Iyer ke? Boleh percaya ker?)



Fro Yo Tutti Fruitti....
Kandungan Kalsium yang tinggi
menaikkan bacaan Kalsium akak...




Nasi Lemak Daun Pisang...
Juga menambahkan bacaan Phosphate...
Ish..ish..ish...



Nasi Ayam Madu Teras Jernang..
Juga menaikkan Kalsium dan Phosphate...




Dah diberi pilihan untuk bertemu Pakar Pemakanan Hospital Serdang..
hahahahahaha....
lepas ni macamana??
ke Secret Recipe,  Nasi Lemak Kg Baru dan Tutti Fruitti lagi?????
Of Course....!!!!!!!!!!


LUEM
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu...........





202 ~ Sebelum terlupa..




Umur makin meningkat... Dah sampai penghujung. Jika dalam larian 400meter... kita sudah di final lap.. Di usia yang sudah hujung ini dah banyak yang kita lalui sejak lahir dahulu. 47 tahun tu... bukan waktu yang sedikit... 



Deli Rasita antara teman yang sama membesar sejak dari akak kenal apa itu kawan. Dia menjadi teman yang paling rapat sejak zaman sekolah. Kebetulan kami berjiran, ibunya Puan Shamsiah mengenali ibu akak. Jika apa-apa hal yang melibatkan kami, ibu kami sering merujuk sesama mereka. Memang kami sangat rapat.

Bila cuti sekolah, rumahnya menjadi tempat akak meluangkan masa. Kami suka main Monopoly. Kedua ibu kami tidak susah hati jika tahu kami ada sama-sama. Tak akan kemana hilangnya akak, jika bukan kerumah Deli dan tidak akan kemana juga Deli jika bukan di rumah akak.

Ada sekali tu, ibu Deli membawa kami ke Taman Tasik Perdana semata-mata untuk bermain Roller Blade..

Bila masing2 sekolah menengah, walau tidak sekelas, kami sering pulang bersama-sama dengan berjalan kaki. Pernah sekali tu selepas sekolah akak membantu Deli yang membantu tuanrumah yang disewanya menjual di gerai depan Yayasan Anda Jalan Hamzah, Kg Baru. Tiada gaji pun cuma dapatlah minum dan makan percuma.

Apabila Deli berpindah ke Taman Selayang Baru dan Gombak... akaklah orang yg pertama akan datang kerumahnya. Sebaik Deli beritahu dia berpindah, akak akan mengikutnya balik selepas sekolah.

Sekarang masing2 dah berusia... Anak2 pun dah besar-besar. Kenangan kami semasa kecil-kecil dahulu selalu kami ceritakan setiapkali bertemu.

### Sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday, November 01, 2011

201 ~ NL Buah Bidara - Kita harungi sama-sama



Seawal pukul 6pagi Ashley dah bangun.... Tiba depan rumahnya dia dah siap mandi.... Terus hangkut bawak ke Kg Baru..



Keadaan pukul 9 pagi dalam terowong Smart agak sesak semasa nak menyampai ke Jalan Tun Razak..
Harungi jua....



Sebaik keluar dari Smart Tunnel... Akak paling suka walau mata rasa agak silau... Sebenarnya akak jenis fobia jugak masuk terowong lama-lama macam tu... menanti-nanti saat nak nampak cahaya....
Harungi juga...




Sebelum kami makan, Ashley diberikan makan dahulu oleh Mak Longnya.
Ashley kenyang, Mak Long pun senang...




Sanggup datang jauh dari BBBangi semata-mata Nasi Lemak Kukus Kg Baru...
Harungi juga.... demi tekak yang dah memintak...

Ashley kena bangun pagi-pagi....
hehehehehe.... nasiblah Ashley.. kami nak Mak Long you...
Jika takder Mak Long you rasa kurang korum...




Ashley dan Mak Longnya...
Thank you Mak Long... gigih bangun pepagi dan mandi...




Hahahahahahahaha.....
Memang comel Ashley bagi pose istimewa....
#### Baru tanya Mak Longnya .. nama panjang Ashley adalah
ASHLEY ROSLLIN WALKER



200 ~ Kali ke 4....



Buat kali yang ke 4... 

Dengan cuaca yang dingin dengan hujan yang mencurah2 waktu balik dialysis semalam... satu saja yang tergambar di kepala ..
Nak Tom Yum Kung........
Ha..... terus ke Sikwet Wesepi....



Qeeb dah  tersangkut dengan Lasangna...
sekali lagi ......



Zahrah pula ambil Spagetti Meatball...




Lasagna ni mmg sedap...
bila dah muak tom yum kung..
mungkin lasagna...