Friday, September 23, 2011

1161 ~ Ada tamu lagi....



Alhamdulillah... menerima tetamu lagi....
kali ini daripada teman2 mengaji... Baru saja berkenalan dengan mereka... Alhamdulillah...



Sempat juga masakkan laksa penang buat mereka...




Dari kiri : Kak Ani, Liza, Norlee, Roslina dan Kak As...



Terlalu mencintaimu sayang...
LUEM



Thursday, September 22, 2011

1160 ~ Maling datang betul2....




Petang semalam rumah BIL dimasuki maling... modus operandinya lebih kurang begini...

Maling yg datang mencuba nasib waktu senja memeriksa rumah yang menjadi sasarannya. Menurut saksi tempat pertama yg ditujunya ialah switch box diluar rumah dengan tujuan untuk menghentikan fungsi alarm. Kemudian, mereka memanjat tembok masuk ke dalam kawasan rumah.

Tempat yang di tuju ialah tingkap dapur.. Tingkap jenis daun mudah di umpil dan grill keselamatan di tolak ke dalam. Terlalu mudah nampaknya... mereka masuk melalui tingkap dapur dan mula mencari barang2 berharga di dalam bilik utama. Almari baju diselerakkan kerana hendak mencari barang2 berharga...



Kita tak sangka grill tingkap yang kita pasang di rumah, tidak begitu kukuh kerana dengan mudah perompak itu boleh regangkan tanpa memotong besi....



Mujur BIL dan Biras tidak menyimpan barang berharga di rumah. Yang mereka cari ialah barang kemas.. Laptop dan jam jenama tidak menjadi keutamaan. Mereka jumpa dua bentuk cincin tunang dan kahwin...
Menurut jiran yang sempat terserempak dengan perompak tersebut, peronpak tersebut adalah berbangsa Arab ataupun Pakistan. Memang kurang ajar. Datang negara orang..jadi perompak.




awak telah memenuhi segenap ruang dalam hidup ini


LUEM

Wednesday, September 21, 2011

1159 ~ Masih raya, harijadi & ngaji.... Dan Wajib Jumpa

Semalam masa pergi mengaji.. Ada teman2 yg belikan kek dan sambut 'belated birthday' kami yg menyambut hari lahir sama tarikh... Kawan mengaji Bibi Sharifah sama2 lahir pd 7hb September...



Lepas makan2... Sambung ngaji....






Wajib Jumpa..

Malamnya ada tamu. Kak aini, zuraida dan kak shima datang beraya...






Kakak saudara yang menjadi tempat menumpang kasih waktu kecil2 dahulu...
ALhamdulillah... Kita masih di pertemukan lagi...
Selagi ada hayat memang akan selalu akak kunjungi...




Mak sedara yang paling rapat walaupun mengenal melalui perkahwinan...
Rapat dan paling disayang...



Tuesday, September 20, 2011

1158 ~ Seronoknya Raya....


Musim raya ni memang sangatlah seronok.... Bizi ... bertemu dengan semua yang rapat...

Hari Khamis... 
kami beraya di Cozy Corner, Ampang Park... Punyalah rindu nak makan Mee Hailam sejak dari sebelum puasa... bawak ke raya.... Hmmmm... 2 pinggan licin.....




Hari Jumaat....
Dear Sista sejak dari zaman sekolah dari Rawang datang beraya...
Sempat jamu Mee Hoon Goreng....




Hari Sabtu... 
Orang sekampung dari Alai yang akak kenal di kedai buku setahun lepas... pun datang....
Di Bangi ni pun kami berjiran sebenarnya...
Batrisyialah yang buat akak mula menegur ibunya, Rodzana....



Ustazah yang dah 5 tahun berjiran.. baru tahun ni bermesra.. pun datang....
Alhamdulillah... Jiran depan rumah saja tu...




Anak-anak sedara dan cucu sedara pun datang...
Kami sejak kecil membesar bersama-sama.. banyak kenangan yang dikenang bila jumpa lagi...
Yang baju biru Along... dan Baju Unggu adiknya Nani...
Nani memang iras arwah emak akak ... dah namanya keluarga.. rupa memang akan iras-iras...
Along pula kata Aisyah memang iras akak masa kecik.. dah kami kenal sejak dari kecik2 dulu...
itulah yang bestnya jumpa mereka yang kenal kita sejak dari kecil-kecil...




Along dan suaminya Razak..




Sempat gambar bertiga...




Hari Ahad..
Akak berjalan-jalan pula..
( Janganlah ditanya kemana... hehehehehe)




Hari Isnin...
Tara... punyalah payah nak berjumpa...
Akhirnya tepat pukul 12tengahari sewaktu ngam-ngam mesin dialysis pun berhenti Zuraida mesej bagitau dia ada di Hospital.... Hmmmmmmmm... jumpalah apa lagi... beraya kami di hospital...




Begitulah ceritanya selama mendiamkan diri tak update blog....


Ku berjanji kerna cintaku
Kuberharap kerna kasihmu
selamanya dan tak akan pernah berpisah
sampaikan nanti...


LUEM

Monday, September 19, 2011

1157 ~ Hai la Bibikku...


Bibik kami yang baru ni jika di panggil akan menjawap dengan gaya dan bunyi meleret.... 'Iyyyyeeeerrrrrr'...
Kalau bibik yang lama dulu ringkas saja bunyinya...' Ya Bu.....'

Adalah satu cerita yang sangat kelakar mengenai bibik yang baru ini...

Sebentar tadi sewaktu pulang dari sekolah .. dan setelah sampai depan pintu pagar.. pintunya tidak boleh dibuka dengan remote kontrol. Qeeb ditugaskan masuk kedalam rumah melalui pintu pagar kecil dan kemudian masuk ke dalam rumah menekan suis pintu pagar dari dalam rumah.

Sebaik Qeeb masuk ke dalam rumah, bibik terkejut kerana pintu rumah ditutup dengan kuat kerana Qeeb berebut nak tutup pintu dan mengelakkan dari 'baby ching' masuk ke dalam rumah. Pintu berbunyi kuat...

Bibik : Siapa Kau???!!!!!!!!! Maling......

Jika betul2 pencuri yang menjawap begini.. sama bunyinya jika bibik di panggil kami...

Pencuri : Iyyyyyeeeeeeeeerrrrr.....

Jika begitu scenarionya.. sure bibik pengsan kejung......



Sungguh aku mencintaimu, sayang


LUEM

Thursday, September 15, 2011

1156 ~ Merdeka!!!!!!.......



Sebagai menghiburkan jiwa yang panas membara nak periksa UPSR, trial PMR dan SPM..... belanja anak-anak makan Tutti Fruitti....
Sejuk dan nyaman saja.....

Pilihan ibunya....



Pilihan budak Trial SPM...




Budak Trial PMR....




Budak UPSR...



Sangat menikmati...



Hari ini dah Merdeka...
Games Nintendo DS dah kena serahkan semula pada dia...
menonton TV sampai naik muak....
main laptop sampai juling bijik mata....


Hmmmmmmm.....

Sebelum keputusan bulan November nanti......
Siaplah.....



Wednesday, September 14, 2011

1155 ~ Makanan Hospital sedap



Antara makanan hospital sedap terdapat di IJN Dan Hospital Pantai.... Baru ni ziarah adik di hospital Pantai, lauknya mmg menyelerakan.... Ayam goreng rempah berdaun Kari... Pesakitnya tak berselera sangat.. Yg melawatnya pulak yg berselera... Mmg sedapppp.....