Tuesday, September 13, 2011

1154 ~ Rezeki Dia...



Sekali sekala akan ternampak sekumpulan monyet yang lalu lalang di pagar rumah kami. Selalunya setakat lalu sahaja. kebetulan waktu mereka lalu tadi buah mangga masak ranum di ladang mangga 100 hektar akak,  mereka singgah sebentar untuk memetik. Kebetulan kami ternampak dari dalam rumah, aksi mereka sempat dirakamkan.

Kelihatan salah seekor dari mereka sedang mencuba hendak mengambil sebiji mangga masak ranum.




Kelihatan buah mangga sedang di petik...



Sudah di dalam genggaman




Sempat cium bau keharuman mangga masak ranum..




Bawak ke tepi untuk menikmati seorang diri....




Ambil lagi sebiji...




Tak sabar nak makan...




Bawak tepi untuk diagihkan pada saudara mara tercinta...



Menurut saksi kejadian... 3 biji mangga juga yang menjadi rezeki mereka tadi. ALhamdulillah... tidak pada manusia.. pada haiwan pun kita masih boleh bersedekah...

Agak-agaknyalah... mereka akan datang lagi tak? Kabar mangga masak ranum yang tersangat manis sudah tentu dah tersebar dikalangan sahabat handai mereka... Mungkin mulai esok, akan ada yang akan datang memetik mangga masak ranum di pokok????


1153 ~ Selamat periksa UPSR, Ain.....



Pagi ini Ain akan menghadapi UPSR.... Selamat menghadapi peperiksaan dan bawa pulang kejayaan....




Yang PMR dan SPM akan menghadapinya tak lama lagi... Oktober dan November

1 selesai..
2 lagi belum selesai..



Monday, September 12, 2011

1152 ~ Old habit ..or bad habit....?????






Inilah yang sebenarnya akan terjadi bila...

Kes 1

Ain : Ibu... saya sakit tekak...

Ibu : Okay.. nanti ibu bancuhkan air asam jawa...
tapi realitinya...

Ibu : Qeeb... tolong bancuhkan air asam jawa untuk adik...

Kes 2

Aisyah : Saya ada homework.. tapi saya takda pensil..

Ibu : Okay... nanti ibu beri pensil baru...
tapi realitinya...

Ibu : Kakak... bagi adik pinjam pensil kakak....

Bila kita jadi ibu... berkuasa penuh... inilah jadinya...


1151 ~ Tempat sopim...



Jika ke Pathong.... Jgn sesekali lupa untuk menyopping di Jungceylon... Macam2 toknadok adaaaaa....... Anchor tenantnya Adalah Robinson....kena pulak masa sales... Mmg rambang mata jadinya.... Ini betul2 berbaloi untuk menghabiskan duit..... jika tak habiskan duit tgk show di Phuket fantasea... Lg byk boleh menyopping...






FIL sedang menukar wang untuk belanja..






Ada satu Restoren Islam di Phuket...(setakat inilah yg akak tahu...)
Dekat jugaklah dengan Jungceylon... sebab di JungCeylon tak nampak pun restoren halal. Nak makan Mc D pun meragukan....
Aman Restaurant..menyediakan masakan Tomyam.. memang sedapppp...




Sunday, September 11, 2011

1150 ~ Phuket Fanta Sea...



Malam minggu kami ke Phuket Fanta Sea... Katanya antara yang menarik di Phuket... Manager Villa Soon yang belikan tiket dan katanya sangat menarik walaupun dia sendiri tak pernah pergi.....



Sempat bergambar sebelum keluar.....



Setibanya di Phuket Fanta Sea, pemandu kami Poon menurunkan kami dan terus disambut dengan penyambut tetamu ....


Dari luar kelihatan lampu-lampu yang bergemerlapan... 



Dah masuk di dalam kawasan....


Tiket yang dikenakan  Baht 1,500 sama dengan MY 150.00 - ikut pendapat akak ianya tak bervaloi dengan shownya yang biasa-biasa jer.... 
Di tiket terdapat nombor seat untuk melihat show. Yang bagusnya bila kami terpisah, kami bertemu kembali sewaktu masuk ke dalam Auditorium... Awalnya panik jugak bila Aisyah dan Ain mengikut abahnya... tinggal kami mencari dan risau memikirkan. Mujur handphone dapat digunakan....



Sebaik masuk ke dalam Auditorium segala jenis kamera harus di simpan disini.. Inilah yang lecehnya. dengan beratur panjang semasa nak menyimpan kamera dan juga beratur panjang nak ambil kamera. Nak masuk Auditorium pun beratur panjang. Tangganya pun puaslah nak mendaki....



Habis pertunjukan yang tidak seberapa... Aisyah dah meminta dibelikan permainan...



Kedai-kedai menjual cenderamata yang terdapat di luar Auditorium...







Balik rumah kena mendaki lagi.... Paling banyak turun naik tangga sewaktu tinggal di sini.....



Saturday, September 10, 2011

1149 ~ Chef dan Manager Rumah...




Mamat ni sedang gigih menyediakan masakan untuk menjamu kami. Sambal belacannya memang tersedap dan tomyamnya...hmmmmmmmm buat teringat-ingat....



Sepanjang penginapan kami di Villa Sanyanga, Phuket... makanan kami disediakan oleh Chef Lek.. Masakannya memang yang tersedap. Barang-barang untuk masakan dibeli oleh mereka dengan diberikan wang belanja untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Sewaktu kami menyewa Yacht, mereka juga bertanggungjawap menyediakan makan tengahari dan minum petang untuk kami. Memang selesa sekali.


Meja2 ni di sediakan oleh Sooo.






Makanan tengahari yang disediakan di Yacht.




Kelihatan dalam gambar Datuk Dr dan Datin Dr sedang bagi arahan untuk menu esuknya... begitulah hari-hari. Kami berbincang nak makan apa, Datuk Dr akan beritahu Chef dan Manager...




Sambal belacannya...
sampai belajar buat macamana...




Minum petang dan dessert selepas makan..
Durian dan Mangga pulut bersantan...




Rambutan siap kopekkan kulit lagi...
Dahlah kita ni mengidamkan rambutan sejak balik Melaka lagi...- idamkan rambutan atas pokok...
di Phuket dapat makan siap kopekkan lagi....
Hmmmmmm.... memang habislah sebesen...




Nenas yang punyalah manis...
jika makan banyak2 pun tak lidas lidah...





Ini adalah Soo. Dia merupakan manager yang mengatur kerja dan membeli barang-barang keperluan. Sehari sebelum dia akan berbincang menu yang kita mahu dan apa barang-barang dapur yang perlu dibeli. Kerja-kerja menyedia dan menghiaskan meja makan juga tanggungjawapnya...

Gambar tukang bersih Villa dan Driver tak sempat pulak diambil. Mereka tidak sentiasa kelihatan, tahu-tahu saja bilik dah berkemas... Apapun kerjasama mereka amat dirasai.





Episod akan datang....
Phuket FantaSea...
Harga tiket RM150 satu kepala...






Friday, September 09, 2011

1148 ~ iPad/Lektok/Interneck

1st time guna iPad untuk entry hari ni. Tak Mudah ya..... Lain tulislain ejaannya.... Budak 6 tahun tu dah tau sangat mintak pinjam dgn ayat power... Aisyah: ibu, pinjam Lektok.... Lektok saya takda Interneck.....ibu dah Ada iPad....