Semalam akak ke majlis menyambut menantu seorang yg mengenali akak sejak akak kecil lagi. Kami tidak punya hubungan darah tapi kami mengenali sesama kami melalui kakak saudara akak yg berkahwin dengan abang kepada bapa pengantin.
Sewaktu anak anak sedara akak bergambar dengan pengantin iaitu sepupu mereka, akak diajak bergambar bersama. Bapa saudara mereka turut ada bersama. Beliau ialah Haji Basir suami kepada ibu saudara anak2 sedara akak. (Beliau adalah yg bergambar di kanan sekali).
Sewaktu akak berusia 9 tahun, suami kakak saudara akak (arwah abang kepada isteri Haji Basir iaitu Kak Jam)telah dihantar bertugas oleh Majikannya iaitu BSN ( Beras Negara Malaysia) ke Sungai Besar, Selangor.
Akak diajak oleh kak Jam dan suaminya pergi ziarah kakak sedara akak pergi ke Sg Besar bersama arwah Makcik Ramlah. Waktu itu Haji Basir bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat ASP.
Di tahun 70an, pegawai kerajaan seperti Haji Basir sudah dikira orang yang berpangkat tinggi dan sangat dihormati.
Arwah makcik Ramlah sangat menyanjungi budi bahasa dan sikap berhemah yang ditunjukkan oleh Haji Basir suami isteri. Budi bahasa itu yang akak kenang sampai hari ini.
Peluang bertemu Haji Basir dan kak Jam di majlis perkahwinan semalam membuat akak teruja untuk menceritakan kisah ini walau dah 40tahun lebih ianya berlaku......
Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang dua
Hancur badan dikandung tanah
Budi yanb baik dikenang jua.....