Sunday, June 18, 2017

761 ~ ALHAMDULILLAH... Bersyukur atas Nikmat Yang ALLAH kurniakan.


16hb Jun 2017...

Berita 1.

Anak yang menduduki Pro Exam akhir tahun 2 telah mendapat Distintion. Sangat bersyukur rasanya akak kerana peperiksaan tersebut menentukan beliau berjaya naik tahun 3 dan meneruskan pelajarannya hingga tahun 5.

Kabar yang sangat menggembirakan kami sebagai ibu dan abah. 



Berita 2.


Anak yang selama ini nampak hanya mengambil mudah dalam segala perkara kini sudah pun menjadi seorang penuntut U. Jika dahulu kelihatan dia banyak menghabiskan masa melukis dan hanya bergaul dengan adik bongsunya kini sudah pandai berkawan dan menumpang bilik kawan barunya utk bersolat. 

Nampak dia dah dewasa.


Dia dah matang.

Dia meminta kami mendaftarkan namanya untuk mendapatkan bilik kerana ingin memiliki kemudahan untuk solat dan memudahkan dia menghadiri aktiviti yang adakalanya bermula awal pagi.

Wah! Untuk seseorang yang kita kenal seorang yang pendiam dan tak pernah tinggal di asrama... kini berubah ingin menjalani hidup jauh dari keluarga.

'Biarlah saya jalani kehidupan saya seperti student lain... saya boleh survive ibu.. bila saya cuti bolehlah saya balik rumah....'

Walhalnya sewaktu baru mendaftar bulan lepas, dia seakan bertanya bolehkah seorang dari adik beradiknya menemaninya jika dia perlu tinggal di asrama.

Terasa anak ibu mmg dah dewasa.

Ada seorang anak ibu yang pernah tinggal di asrama. Malam pertama dah bengkak mata menangis rindu kan keluarga....