Saturday, August 31, 2013

572 ~ Merdeka, Sarapan, Majlis


31hb Ogos 2013

Sambutan ke 56 tahun Kemerdekaan ..
Teringat 2 teman sama2 di Mekah menyambut hari ulangtahun kelahiran yg ke 56. Mudah nak ingat usia mereka..

Sempena cuti umum hari ini ada majlis perkahwinan, majlis hari raya dan sarapan bersama yang akak terlibat. Sambutan hari raya paling banyak di terima. Jarak yang jauh2 buatkan akak mengatur masa dengan sebaik2nya. Faktor kesihatan pun main peranan penting. Jika 10 undangan, akak boleh hadirkan diri hanya 4 sahaja kerana jika setiap rumah akak minum secawan air.. 10 rumah jadi 10 cawan. 10
Cawan fah dekat 2 liter...

Jadinya pada yg memahami tu akak minta maaf jika tak dapat hadir semua. Takkan tak jamah makanan dan minum... Dah minum banyak2 mudharat pulak jumlah air dalam badan akak....

Pagi, majlis raya dan sarapan di rumah adik ipar.. Akak hadirkan diri. Bertemu jiran2 yang lain juga menjadi bonus
Buat akak...

Kemudian majlis kahwin seorang anak blogger dan jiran belakang rumah akak. Ini jemputan kali kedua.. Yang pertama hari tu akak tak dpt hadir... So yang kedua ni mestilah hadir.

Kemudian jemputan jiran di rumah lama akak.. Kawan semasa membesar di kg baru.... Kami bertemu kembali kerana facebook. Mesti hadir sebab pertama kali nak beraya sama2...

Then... Jemputan junior dan jiran kg baru juga.

Then...
Balik.....
Rehat............




Thursday, August 29, 2013

571 ~ Meraikan yang berjasa...


Pada malam jumaat yang baru lalu.. Hospital Serdang menyambut Malam Mesra Jururawat di Hotel Equatorial Bangi.

Acara tahunan yang termasuk dalam kalender axtiviti Hospital Serdang.

Majlis di pengerusikan oleh Datuk Dr Ardi Pengarah Hospital Serdang.

Tema Raya Satu Malaysia

Kelihatan Pengarah Hospital Serdang



Tuesday, August 27, 2013

570 ~ Mabuk Bau...


Pergi beli barang 2 beranak...
Sampai kat bahagian pewangi pelembut kain kami dok buka tutup2 botol ni...
Bau satu persatu..
Anak ngadu...
Ibu.. Peninglaaa...

Ibu pandang anak dan nampak 2 bayang...

Rupanya kami mabuk sebab asyik mengambil bau yang kami cari...
Jika dah semua botol2 pewangi
Kami buka dan bau... Memanglaaa jadi pening....

Padanlah bila kita bau parfume kat counter parfume di pusat beli belah depa sediakan sebotol kopi biar kita boleh bau parfume tanpa terganggu deria bau kita...

Siapa pernah buat?
Pening ambil bau pewangi kain?

Monday, August 26, 2013

569 ~ terganggu dgn blogspot...

Blogspot dah tukar format.. Maka nak berkarya jd terganggu..
Tak mahir dgn format baru.. Akak dahlama tak hapdet.

Tetiba tgk melalui iphone jd mudahpula.. Tp azablah nak menaip sebab ruang yg sangat kecik dan terhad.

Buntu sngguh jadinya..
Nanti ada kesempatan akak cerita lagi.



Wednesday, August 14, 2013

Saturday, August 10, 2013

567 ~ Selamat Hari Raya... belum habis beraya lagi...







Alhamdulillah...
selamat sudah puasa sebulan Ramadhan...
( Org sebelah tu jer yang berpuasa penuh.... )




Selepas acara bermaaf-maafan dan bersalam-salaman... acara bergambar sekeluarga pula... memang meriah.. ahli keluarga sejak 4 tahun ni belum bertambah... ehehehehehe





Kunjungan pertama dari keluarga Bik Azai.. satu-satunya adik FIL yang tinggal...





Kemudian kami pula bergegas kerumahnya untuk menikmati juadah pagi raya..
memang rumahnya jadi tumpuan setiap tahun kerana juadah yang sangat istimewa...
sambal sotong... sambal pucuk tahu dan lodeh..



Alhamdulillah...
Masih dapat menikmati kesedapannya...
semuga berpanjangan...




Kemudian kerumah Mak Uda..
Kakak ipar FIL..
Antara makcik pertama yg akak temui sewaktu pertamakali ke Pernu.




Alhamdulillah.
Suami dah mula puasa sunat syawal sejak semalam... memang raya awal laaa tahun ni....

Selamat memulakan puasa sunat bulan syawal...

Sunday, August 04, 2013

566 ~ Budak Kotak...




Budak yang pantang jumpa kotak..
dah mula dah dia...
Orang sibuk nak raya
dia sibuk tinggal dalam kotak dengan selesanya...





Sampai umur berapalah dia suka main dalam kotak ni?