Monday, July 13, 2015

776 ~ Sister Rodiana...


Akak mula kenal beliau waktu mula2 buat rawatan dialysis 2008. Beliaulah staff nurse pertama yg telah merawat akak waktu akak buat rawatan di unit dialysis.
Beliau dedikasi pada tugas. Sering menasihati akak tentang pengambilan air yg sering banyak sebab langgar pantang.

Pesakit di unit dialysis ada berbagai2 ragam. Beliau menangani masalah itu dgn sungguh berhemah. Ada pesakit yg tidak memberi kerjasama yg baik dgn petugas lain.... tapi dgn Sister Diana, perangainya berubah. Sister Diana sangat bijak menangani masalah pesakit yg begitu.

Seperkara lagi... Andai pesakit mengalami masalah kesihatan seperti luka yg berpunca dari masalah diebetes dan perlu buat 'dressing' atau cuci luka.. Sister Diana akan dengan sukarela membantu mencuci luka tersebut tanpa perlu pesakit tersebut pergi ke unit lain untuk mencuci luka.

Beliau juga berjaya memujuk seorang pesakit yg enggan masuk wad untuk dapatkan rawatan lanjut akibat diabetes.

Kemudian beliau menyambung pelajaran di OUM. Beliau dah ditempatkan di unit lain. Jarang dpt bertemu selepas itu.

Setelah beliau berjaya mendapat ijazah.. Beliau dinaikkan pangkat 'Sister'. Akak sangat gembira kerana beliau mmg layak  mendapat kenaikan tersebut.


Sekarang beliau menjadi ketua unit Dialysis. Gembira akak dgn perlantikan tersebut kerana dapat bersua kembali dgn beliau. Akak doakan agar beliau terus dinaikkan pangkat hingga Matron atau tutor. Memgenali peribadi beliau... Akak tahu beliau mmg sangat layak sbb berkebolehan dan layak.

4 comments:

  1. Tahniah Sister Rodiana. Semoga terus cemerlang dalam kerjaya...

    ReplyDelete
  2. mabruk sister rodiana,..smoga Allah prmudahkn urusan kita semua...:-)

    ReplyDelete
  3. ganjaran dunia dan akhirat buat yg ikhlas dalam tugas seperti sis Diana.

    madora

    ReplyDelete
  4. Mungkin kita perlu lebih ramai orang seperti beliau untuk menangani persepsi masyarakat yang selalu mengaitkan hospital dengan kualiti servis yang rendah. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata