Wednesday, August 15, 2012

404 ~ Manalah menurunnya ni... Berannniiiii...



Pagi semalam akak buat temujanji dengan Biras akak yang mempunyai klinik gigi. Gigi kacip Aisyah mengalami kerosakan dan dah mula menghitam dan berlubang. Lupa pula nak ambil gambar sebelum dirawat.

Waktu akak beritahu Aisyah nak pergi ke klinik gigi... Aisyah terlebih seronok. Berkali2 di tanyanya bila nak pergi. Akak pun tak macam tu masa kecik2 dulu... Pernah ajak mak pergi klinik gigi sebab nak cabut gigi... selalunya emak yang bertugas mencabut gigi akak... Helah yang masih akak ingat ialah.. sebaik akak terasa ada gigi-gigi akak yang dah mula goyang, akak dengan naifnya... menunjukkan pada mak. Mak kata dia nak tengok.. dan dia pegang sahaja katanya. Akak seriau bila dia kata dia nak pegang .. takut dia nak cabut gigi tu... tapi mak mesti menjawap... " Takder lah... mak nak pegang sahaja...". Sebaik gigi tersebut dipegangnya... terus dia mencabutnya.. kalau nasib baik.. gigi tu mudah sekali dicabut... jika nasib tak baik hari tu.. gigi tak tercabut tapi sakitnya sangatlah "Masih aku terasa"....






Doktor Mazlina dah memulakan tugasnya... mungkin kerana Aisyah kenal makciknya dia menaruh kepercayaan bahawa rawatan itu tidak menyakitkan... Baguslah saikologi begitu.



Setelah diamati oleh Dr Mazlina... rupa-rupanya 2 batang geraham Aisyah perlukan tampalan juga. Makanya kedua-dua gigi gerahan tersebut telah pun ditampal sekali.


Aisyah pernah mendapat rawatan mencabut gigi susu yang telah buruk sebanyak 6 batang. Bila keluar gigi kekal yang baharu, ibunya macam dah terlepas pandang. Makanya soal menggosok gigi yang selama ini di pikul oleh bahu Aisyah.. maka akan berubah tugas kepada ibunya semula.





Gambar sebelum dirawat terlupa nak diambil...
gambar ini menunjukkan gigi yang berlubang tersebut telah pun ditampal. Teknologi masa kini, boleh tak nampak tampalan tersebut...






10 comments:

  1. Replies
    1. Doc...
      Mmg cuti sokmo....
      Ekekeke....
      Kakak2 bela bgtau depa dulu darjah 1 ibu depa bg puasa setengahari jer.....

      Delete
  2. saya sakit gigi! siyes ni, bukan main-main! tapi penaaaakuttt nak jumpa dentis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB,
      Jika doktornya lembut... Suwitttttt.... Cakap lembut...
      Mode:promote...
      Pesakit sure selesa......

      Delete
  3. i penakut, menurun kat semua anak. best aisyah ada makcik dentist. agaknya i pun boleh hilang takut dengan dr mazlina.
    aisyah nak jadi doktor mestilah berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Mujurlah.. Mujurlah anak2 akak tak menurun ibunya...
      Tp mmg membabtu jika dlm keluarga kita ada dentist.... Bila jumpa, kita boleh beramah mesra dan tanya itu ini.... Ketakutan tu akan sikit2 hilang.....

      Delete
  4. Akak

    Mak sedara sendiri cabutkan gigi, kena bayar
    juga atau ada diskaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanda som...
      Akak buat2 jugak bukak2 purse....
      Tapi doktor kata... Ala kak rahmah... Takper lah....
      Secepat kilat tutup balik purse....
      Hehehehehe
      Har har har...

      Delete
  5. IM memang takut nak cabut gigi. gayat bila gusi nak kena cucuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      Bila kesakitan akibat sakit gigi tu lenih menyakitkan...
      Suntikan bius tu pu kita akan redho....
      Lepas tu, semua sakit hilang.....
      - pengalaman sendiri...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata