Saturday, May 28, 2011

1051 ~ Setinggi Penghargaan Buat Semua Jururawat....




Setinggi penghargaan buat semua Jururawat terutama yang pernah merawat akak dan arwah emak. Tanpa mengira keadaan pesakit, rawatan yang diberikan sangat akak hargai. Lebih-lebih lagi ketika merawat arwah emak akak yang terlantar koma selama 10 hari tanpa boleh melakukan apa-apa.

Arwah emak diberikan penjagaan yang terbaik. Segala urusan membersihkan arwah, memberi makan memberi susu mengikut jadual dilakukan oleh jururawat wad 7B... hanya beberapa kali dilakukan oleh adik beradik akak yang menjaga arwah emak dengan bermalam bersama arwah emak di wad.

Menjaga kebajikan pesakit bukan semudah yang disangkakan. Jika tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang mengalami penyakit yang dikira agak 'berat' akak sendiri tidak akan dapat membayangkan tugas-tugas jururawat.

Suami akak pernah berkata bahawa kerja jururawat sering tidak dihargai oleh pesakit. Dalam sehari ada 24jam... dan selama 23jam 30 minit.... kerja-kerja menjaga kebajikan pesakit dilakukan oleh jururawat manakala hanya 30 minit sahaja pesakit di rawat oleh doktor. Tanggungjawap yang digalas oleh jururawat memang sangat besar. Teringat kembali akak sewaktu akak di rawat di CCU, macam-macam karenah pesakit yang akak nampak dan dengar sendiri.

Ada tikanya pesakit menendang jururawat yang sedang memberikan rawatan kepada pesakit. Dan tak kurang juga keluarga pesakit mengeluarkan kata-kata kesat kepada jururawat. Semuanya itu dihadapi oleh jururawat tanpa ada rasa dendam. Kita kena ingat kerana jururawat tersebut juga ada masalah sendiri yang harus mereka hadapi namun sikap kerja yang profesional tidak pernah pula mereka membalas perbuatan itu dengan kasar.

Bukan semua orang mampu untuk berbuat dan menjaga pesakit seperti yang telah mereka lakukan. Tanpa ada rasa jijik mereka turut membersihkan pesakit samaada pesakit itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Kerana baru akak tahu, setiap pesakit yang meninggal dunia di wad... akan dibersihkan fizikalnya terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada ahli keluarga yang menuntut untuk dibawa pulang untuk disempurnakan. Sebab itu ketika akak memandikan jenazah arwah emak... badan dan fizikal arwah emak sangat bersih... Alhamdulillah.

Dikesempatan ini akak ingin menyampaikan perhargaan yang tidak terhingga untuk semua Jururawat. Semuga ALLAH snw membalas segala budi anda semua.

9 comments:

  1. Salam Akak,

    Pengalaman saya semasa arwah bapak dirawat dlm HDU Hospital Ipoh buat saya faham tugas jururawat. Tambahan pulak, kami adik beradik tidak dibenarkan langsung handle arwah. Kami tingin jugak nak lap badan bapak, tapi tidak dibenarkan. Alhamdulillah, jururawat2 di situ prihatin belaka.

    Salute to all nurses!

    ReplyDelete
  2. Salam DM

    Takziah.... semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.... amin

    ReplyDelete
  3. Takziah buat akak sekeluarga atas kehilangan orang yang tersayang.
    Tak semua orang boleh jadi jururawat.

    ReplyDelete
  4. Takziah buat akak sekeluarga..mudah2an roh arwah ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman,buat semua jururawat yang ikhlas menjalankan tugas..ada ganjaran dariNYA di sana kelak,

    ReplyDelete
  5. Saya sering kali berurusan dgn MIsi2 ni sbb hubby selalu masuk wad. Tak pernah jumpa lagi nurse yg tak menyenangkan..alhamdullilah mereka byk memudahkan urusan saya menjaga hubby.Salute to all nurses.

    ReplyDelete
  6. Akaaakk...Akak sihat ke? Masih sibuk dengan urusan arwah emak akak? Jgn lupa jaga kesihatan yaa.

    ReplyDelete
  7. akak take care :)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata